Showing posts with label Sambutan. Show all posts
Showing posts with label Sambutan. Show all posts

Hari Guru 2014!

Tuesday, May 20, 2014
Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Guru (^^,)/!!
16 Mei ialah tarikh penting untuk warga pendidik macam aku sebab 16 Mei ialah hari guru (^^,)/. Dah bila dikata penting, tiap-tiap tahun mesti la ada sambutan. Cumanya, hari guru tahun ini sedikit berbeza sebab dalam seminggu aku sambut 2 kali.

Tahun ni aku terlibat dengan ProElt Course anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia kolaborasi bersama British Council. Program ProElt ni khas untuk cikgu-cikgu Bahasa Inggeris bertujuan untuk  memantapkan kemahiran dan membantu dalam P&P, katanya. Semua cikgu-cikgi yang terlibat dibahagikan ikut pusat  latihan masing-masing and it happens mine dekat SK Batu Belah. So every wednesday instead of rushing to school, I'll be rushing to the training centre. Ok, memandangkan hari guru jatuh pada hari jumaat but our class is on wednesday the whole class sepakat nak cepatkan sambutan so that the trainer pun dapat join. It was a simple celebration though but fun!


Teachrs' Day @ Awesome ProElt
The happy faces with their trainer (^^,)v




Selesai sambutan di training centre, sambung lagi sambutan hari guru tapi di peringkat sekolah lah pulak. Dekat sekolah sambutan ni dibuat hari jumaat lepas. Ha..memandangkan tahun lepas aku preggy so x lah beriya sangat kan. So tahun ni i balas dendam..hahaha!!

 Awal pagi sambil-sambil dengar perutusan ..

Roses among the thorns..hahaha!!
Wajah-wajah ceria Samat!

My pupils..

Persembahan puteri-puteri PPKI

 Besties!

Kalau diikutkan banyak lagi nak upload tapi karang n3 nih over la pulak. Apa pun, baik murid atau cikgu semua happy, semua enjoy. Maunya x enjoy, setahun sekali jer kot murid-murid dapat tengok cikgu-cikgu dia sporting x ingat kan. Hari-hari biasa jangan la harap! Fokus2! Cikgu-cikgunya pun hari gini sajalah nak buang tebiat bagai..x gitu cikgu?
Hehehe! (^^,)v

" SELAMAT HARI GURU "
Terima kasih cikgu!

Khas buat semua guru,
 TERIMA KASIH atas kerja keras dan tunjuk ajarmu.
TERIMA KASIH untuk nasihat dan panduanmu.
 TERIMA KASIH atas jasa dan pengorbananmu.
TERIMA KASIH CIKGU!















Happy 8th Anniversary!

Wednesday, April 30, 2014
Assalamualaikum & Selamat Tengahari..

30 April 2014
Alhamdulillah harini ulang tahun perkahwinan yang ke-8. Banyak juga yang dah ditempuhi sepanjang 8 tahun nih. Ada suka, ada duka tapi itu semua perkara biasa dalam rumahtangga. Adat berumahtangga kan, mesti la ada pasang dan surutnya. 

Macam yang P.Ramlee selalu nyanyi tu,
 "sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri". 
 Ha..gitu itu. So kira normal lah yer..Hihihi! 
Apa yang penting, segala apa yang datang dapat diatasi sama-sama. 

 Semoga Allah terus merahmati perkahwinan ni sampai ke akhir hayat, InsyaAllah.


Majlis Tetangga

Saturday, February 5, 2011
Kawen! Kawen! Huh? Apa daaa..sah2 la bukan aku yang kawen! Aku kan  memang dah kawen...ahaks!  Ni jiran yang kawen la, tapi aku plak 'terexcited' sama. Kira macam pinjam majlis orang untuk flashback own memories gitu, hehehe!! Bolehkah??

Ni hah, actually kat depan rumah aku nih ada suasana yang sedikit bz dek preparation kenduri kawen esoknya. So, la nih a bit meriah la dengan cahaya lampu yang terang benderang, dengan pakcik makcik yang dok sibuk settlekan apa yang patut + sembang2 kosong. Tuan rumah pulak x yah cakap la kan. Ala, fenomena biasa yang selalu kita nampak bila ada  majlis cenggini. Riuh rendah itu dah macam satu kemestian kan!

Itu pun untuk majlis esok, tuan rumah dah decided ealier nak guna khidmat catering saja. Kalau x, cubalah uols bayangkan keadaannya kalau still ada amalan gotong royong macam kenduri kawen abg+kakak aku dulu2. Konpem lagi havoq punya..hahaha!! Haiyak, sangat rindu sama itu time jugak sebenaqnya. Perasan x, sekarang ni dah jadi perkara biasa dah, rata2 tempat org dah jarang buat kenduri gotong royong + guna khidmat pakatan smua tu kan??

Gambaq hiasan
Lagi satu, perihal tempat pun sama jugak. Dulu kita buat kenduri kat rumah sendiri ja kan, tp sekarang  nih dah ramai yang buat kat dewan saja. Lebih mudah agaknya. Hah, dulu2 mana ada wedding planner tapi sekarang ni, kalau kena gayanya depa lah (wedding planner yer!) berpotensi menjadi kaya raya, hahaha!! Hurm itu semua terpulang la pada yang empunya majlis kan, yang penting smua happy dan dapat keberkatan dari majlis tu. :)

Selamat Hari Raya!!!

Saturday, September 26, 2009
Erm..rasanya belum terlambat kot kan untuk aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua..past weeks nie x sempat nak update blog sebab bz ngan mood nak balik kampung..and when dah kat kampung, terus terlupa dengan perihal berblogging nih..heheheh!!! By the way kengkawan, tahun nie giliran beraya kat kampung aku yer..tu yang feel lain sikit tu, hehehe!! Aku balik kampung 2 hari b4 kita raya..tau2 sajalah, bila dah kat kampung..macam2 nak dibuat, ya x?..lagi satu kesian la kat mak aku sebab dia seorang yang menguruskan semua benda kat umah..ayah kan x kuat sangat dah.. :(
Jadinya, kesempatan yang ada tu la aku gunakan untuk buat apa yang patut..boleh tahan letih jugak la..tu pun mak aku dah sempat jugak buat kuih b4 aku balik..kuih fav kami sefamily, biskut arab!..aku dah ckp x payah la buat tapi katanya, kalau x dak kuih tu rasa macam x lengkap ja..makanya, dua kuih mak aku buat..yang lain tu kuih tunjuk je k..aku beli (sebab rasa bersalah la jugak sbenarnya), hahaha!!!

Alhamdulillah..raya tahun nie meriah jugak..tapi kalau semua dapat berkumpul lagi best la kan..soalnya, masing2 pun ada komitmen sendiri ya x?..this year my elder brother beraya kat umah in law dia, kat melaka..and anak sedara aku pulak (anak arwah kakak aku) beraya kat teluk intan dulu, umah opah dia..x kisahlah, yang penting semua happy kan..kan..
Lagi satu, meriah jugak sebab selepas 2 tahun family kami nie huru hara..tahun nie kami semua dapat kumpul semula ramai2..tok, wan, pakngah, makngah, paklang, maklang, pakcik, makcik..semua sepupu, sepapat..wah, aku suka!! Syukur..alhamdulillah..



Keluarga En. Fazli..


Saling bermaaf-maafan..

Semoga syawal ini jugak bererti untuk kengkawan semua ya..
Selamat Hari Raya..Mohon maaf zahir dan batin...

Selamat Hari Bapa

Wednesday, June 17, 2009
Kalau bulan lepas meriah dengan sambutan hari ibu, jadi dis month giliran bapak2..ayah2, walid2, papa2, daddy2 dan yang sewaktu dengannya lah pulak yer..bukanlah maknanya bulan2 lain tu x best..x la macam tu kan..it just that dis month would be happier la sebab dis month kita sambut hari bapa!
Macam mak2, ibu2, mama2, mummy2 kita..jasa ayah or bapa pun tak kurang hebatnya..di situ terpikul tanggungjawab yang sama besarnya sebab ayah atau bapa adalah kepala keluarga..kiranya kepala kuasa gitu..tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga bukan sesuatu yang mudah dan boleh kita tengok sebelah mata ja kan..kalau ibu2 mendidik anak di rumah, ayah pulak kena keluaq cari rezeki di luar..jadi, jasa kaum bapa jugak x ternilai kan..

Suamiku..cewwwaaahh!! ;)


"Abang, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini..Semoga kita bahagia hingga ke akhir hayat..I luv u so much!!"

Ayah, Hj. Zainul..


"Terima kasih di atas nasihat, tunjuk ajar, kasih sayang dan segala-galanya..Pengorbanan dan jasa ayah x akan dapat dibalas sampai ke hujung nyawa..Sayang ayah!!"


Abah, Mohd Saad.. mertuaku!

"Encik polis nih, hehehe!! Terima kasih kerana memahami dan menerima diri ini seadanya..Sayang abah jugak!"
Juga...kepada semua kaum bapa x kira la kat mana sekali pun, Selamat Menyambut Hari Bapa or Hari Ayah..Semoga kalian semua berbahagia, bergumbira dan sentiasa dirahmati oleh Nya..Amin..




Tima Kasih banyak yek!!

Sunday, May 17, 2009
Sempena dengan sambutan hari guru tu..aku ada jugak dapat cenderahati or presents dari pupils..aku sukaaaaa!!!! x sangka la they all nak bagi..ya lah, kadang2 aku ada jugak marah2 kat kelas..kot2 ada yang terasa hati kan..meluat kat aku ka..mana la tau kan..haish!! aku marah bertempat ok..jangan pikiaq bukan2 ha..no..no..!!!
Uik, ha...ha...jangan salah faham ha..Aku bukannya harapkan balasan ok..Apa saja yang aku bagi, semuanya ikhlas dari hati..Jadinya, isu nak balasan x timbul ok..hadiah dari murid2 tu sebenarnya aku kira sebagai satu kredit pada aku..Kira bonus gitu!! Sedangkan pada aku, ucapan pun dah cukup sebenarnya..Bila pupils ucap "Selamat Hari Guru" tu besar dah ertinya pada aku..rasa happy ja..dihargai ja rasa..ha,gitu!
Apa pun, terima kasih sangat2 yek..semua pemberian tu amat bermakna bagi aku..ada sentimental value gitu.."penghargaan dan tanda ingatan pupils pada cikgu"..lagipun, kita kena ingat yang dibagi tu bukan they all dapat free kan..mesti guna duit kan..jadinya mesti la kena hargai..kesian sebab susah2 they all beli untuk kita..touching tau..sob..sob..!! sweet sangatttt kan!!! Thanks again guys!!! Teacher sayang semuanya..work hard ok!!
Ini antara tanda ingatan yang pupils bagi kat aku masa Hari Guru hari tu..
Kat atas ni rupanya semua hadiah before aku bukak pembalutnya..ada apple, tapi x sempat sebab Naufal dah songlap dulu..hehehe!!
Kat bawah ni pulak rupanya bila dah dibuka..ada mugs, ada handbag, card, frames , pen holder, flowers and hiasan atas meja..cumelll semuanya..aku sukaaaaaa!!!!

Sambutan Hari Guru '09

Last Friday sek aku buat celebration sempena teacher's day..Memang kalau ikut friday tu belum lagi exact date 16th May, tapi disebabkan saturday dah cuti and next week pulak exam, jadinya pihak pentadbir decided untuk celebrate awal.This year agak meriah sikit if compared ngan last year coz ada banyak activiti yang dibuat...Aku pun x lepas peluang wei..buang tebiat jugak hari tu..ala, bukannya selalu pun kan..hahaha!!!
So, berbalik pada sambutan tadi..This year ada banyak aktiviti yang dibuat tau..Bahang sambutan tu pun dah terasa awal2 dah..that's why few days before celebration tu ada jugak aktiviti, colouring competion..Kalau selalu pupils yang colour tapi this time cikgu2 pulak yang kena colour hehehe!!..Pupils pulak ada pertandingan lukis potret cikgu..
Pertandingan Mewarna oleh Cikgu-cikgi

Pertandingan Melukis Potret Guru oleh murid2

Macam tahun sebelum nie acara wajib macam biasalah ye..Mesti ada performances dari sesi pagi, sesi petang and cikgu2 pendidikan khas. Cumanya, tahun nie ada tambahan nasyid dari panitia Agama Islam..sedap nasyidnya tau! Tahun nie jugak ada sukaneka, acara apa? Bowling kelapa, rebut kerusi and cari barang..participantsnya cikgu2 lah! Hahahaha!!! Memang enjoy sangat!!

Tapi kan sayang sgt sebab aku x sempat ambik gambar time sukaneka nie..dok bz gelak tengok aksi member2 aku..huhuhu!! Eh,before that, cikgu2 nie ada join pertandingan tau..Ala2 tunjuk bakat terpendam tau..Ada yang berlakon, menyanyi, menari, main gitar..X kering gusi dibuatnya..


Ni hah antara gambar persembahan dan pertandingan yang sempat disnap during the celebration...


Tumpang glemer

Sesi pagi (tu kenal x yang sorang tu?..ala yang cun tu..pakai spek + tudung pink tu..hehehe!!!)
Sesi petang..


Pendidikan Khas

Panitia Agama Islam


Kumpulan Slamber

Kumpulan I'm sorry
Kumpulan Hot Mama

Kumpulan Gitu2


Rebut kerusi
Bila ada sambutan macam nie terlupa la sat kesibukkan reja..sebabnya, semua orang nak enjoy ja that day..pupils pun nampak enjoy jugak..Ya lah, bukannya selalu they all bleh tengok cikgu2 dok merapu kat atas pentas tu..heheheh!!! Apa pun yang penting penting semua orang happy..Semoga tahun depan lebih meriah dan lebih gempak lagi yer..!!

Happy Teacher's Day


"SELAMAT HARI GURU"
16 MEI 2009
Walaupun entry ni lambat sehari, aku tetap nak highligt topic nie..sebabnya hari yang satu nie bermakna sangat buat semua warga pendidik tau (termasuk diri aku sendiri la ya)..Hari meraikan para guru yang besar impaknya dalam hidup kita..
Pada aku sendiri, sedar x sedar tahun nie masuk tahun ke-3 aku sambut Hari Guru dengan title "Cikgu"..Lain benar lah rasanya..sebab? Ya la, biasanya b4 this asyik dok wishkan cikgu2 sekolah aku dulu ja..Jadi, aku x faham sangat perasaan dan erti sebenar HARI GURU tu..x sangka pulak akhirnya aku pun join bidang yang sama..
Since that, la aku mula faham pengertian hari guru yang sebenarnya, emotion yang ada pada hari tu..Syahdu ada, bangga pun ada..Itu la namanya takdir kan..? Tapi x pa, sebab sekarang nie yang pasti aku dah mula jatuh hati dengan bidang nie..ahaks!

Apa pun aku nak ucapkan terima kasih yang x terhingga kepada semua guru yang telah banyak berjasa dalam mendidik dan mengajar aku..Berkat tunjuk ajaq dan doa semua cikgu lah yang membuatkan aku ada di tempat sekarang..Sesungguhnya, jasa semua guru memang x aterbalas. TERIMA KASIH, CIKGU!!

"Sacrifies is better than love, character is greater than beauty, humanity is greater than wealth but nothing is greater than a teacher.. Happy Teacher's Day"








30 April 2009

Saturday, May 2, 2009
Erm, entry nie sepatutnya aku dah masukkan last two days..tapi x tau apa yang disibukkan sangat ntah sampai aku x sempat nak update kat blog kesayanganku ini..ewahhhh!!! Actually, last two days was my wedding anniversary..yang ke-3 tahun..

Alhamdulillah, sepanjang tempoh 3 tahun perkahwinan nie aku rasa bahagia sangat..Ditambah pulak dengan kehadiran Naufal to our life, menjadikan everything even more perfect than ever..thanks to my hubby yang sentiasa tahan dan sabar dengan karenah aku,hehehe!! kalau gaduh sikit2 tu biasa la..gaduh2 manja gitu..lidah kan lagi tergigit kan..inikan pulak suami isteri..hehehe!!

Sayang sebab hubby x da kat sini. If not, sure kami bleh celebrate sama2..Tapi x kisah lah, coz walaupun x jumpa tapi dia ada called..Itu pun dah memadai pada aku..Thanks for the wishes ya dear..I luv u!!!Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat..Aminnn...
Kenangan: Majlis akad nikah 30 April 2006, Masjid Tanjung Pauh Jitra,Kedah

To my beloved husband, thanks for everything that u've done for me..I love u so much and always will..May our love last forever and may Allah protect us and our family with His precious blessing..

Kebetulan yang best!

Monday, April 20, 2009
Hubby dah balik ke darat last sunday..Dia off for 1 week..Ok la tu, sebab luckily he's here when i needed him the most..sedikit terubat la sakit hati aku tu..weeks before we've agreed nak celebrate anniversary kami yang ke-3 lebih awal sebab masa exact date tu nanti he'll be back on duty..x dapat la nak celebrate sama2..
Jadinya, few days sebelum hubby aku balik, aku pun belikan hadiah untuk dia..Ari isnin tu kitaorang pun decide nak exchange present sebab katanya dia dah belikan..Sukanya hati nih! Excited tu..Kami pun exchange la present tu..
Masa tukar tu dalam hati nie aku dok berbisik, "apsal la kotak nie macam sama ja..saiz nampak sama,berat pun lebih kurang sama?" "ish, x kan la sama hadiah kot?"
Jeng..jeng..jeng...!!!!! Erm, patut la features dia nampak sama sebab ia dah memang sah2 sama semuanya..Hadiah kitaorang sejibik sejibun..Hahaha!!! X sangka la gitu pulak jadinya..Sudahnya masing2 tergelak sendiri..Tu la aku cakap ini kebetulan yang memang best..ahaks! Apa pun, thank you so much ya bang for this wonderful present..I really need it (kan hp aku kena curi aritu..)

To hubby: Abang, may Allah blessed our love and marriage, and may it last for ever..You are everything to me and i cherish every moment since u first entered in my life. Thanks a lot dear..Luv u so much, muahhhh!! ;)

Akikah Naufal

Tuesday, December 9, 2008

Hari ni aku ngan hubby buat akikah untuk Naufal..Asalnya nak buat tahun lepas x jadi, akhirnya tahun nie niat kami suami isteri termakbul jugak..Tapi kenduri akikah nie kami tak buat di rumah sebab semua dah sepakat nak join venture buat kenduri kat kampung..Ramai2 lagi meriah..Lagipun, kat umah aku nie tak ada sapa nak tolong..Ramai jugak yang balik kampung..

Kalau setakat makan2 biasa bolehla..Tau sajalah,nak buat kenduri nie makan banyak tenaga jugak..Mak ngan ayah pun bukan larat sangat..Jadinya jalan paling mudah, buat kat kampung ja..


Alkisahnya, untuk memudahkan urusan kenduri tu, hubby aku disuruh berniat akikah lebih awal..Yang lawaknya, masa nak berniat tu siap ada skrip tu weh! Yang aku nie pulak mati2 ingat nak kena cakap nngan kerbau tu kuat2..Rupa-rupanya just dalam hati ja..Hahahaha!!! Maklum la 1st time kena bercakap dengan kerbau kan....Mana la tau caranya.Hahaha..!!! Lawak ja tengok hubby aku..Jangan kata aku ja, aku rasa taukeh kerbau tu pun gerenti dok gelak tengok telatah kami sebab kami siap dok posing lagi..bukan apa pun, sibuk amik gambar ngan si kerbau!

Sambutan Hari Kanak-Kanak..!

Saturday, November 8, 2008
Walaupun disambut secara sederhana, sambutan Hari Kanak-kanak tahun nie berjalan dengan meriah dan lancar! Alhamdulillah...Macam-macam ada tau..Pupils ada yang menyanyi, yang menari, yang bercerita dan sukaneka..Erm, pendek kata semua ada..It was fun and enjoyable k..Hehehe!!

Tersenyum sendiri bila teringat balik gelagat bebudak masa performances pagi tadi, geli hati rasanya..lawak pun ada sikit-sikit..maunya tak, ada yang mukanya penuh tepung masa sukaneka..nampak gigi ngan mata ja! Tapi, yang pasti semua orang happy..Apa pun aku rasa kagum dengan they all ni, walaupun sibuk dengan exam still lagi boleh buat persembahan yang menghiburkan..!
All the teachers pun sama naik jugak, ambik kesempatan untuk lepas tensen coz dekat-dekat nak cuti sekolah nie memang sibuk. Lagipun, baru lepas exam..Pasni kena back on track coz kena check answer papers..Huhuhu!!



Merdeka Celebration!

Saturday, November 1, 2008
Actually aku dah lama nak postkan gambar nie, masa mula2 create blog nie....Tapi asik lupa ja..So, alang2 dah teringat nie baik terus postkan jer..Yer tak? X kisah la walaupun event ni dah lama lepas kan..So viewers (if any..hahah!!), these are few pictures taken masa Merdeka Day Celebration ari tu..
Pertandingan Pakaian Beragam.


Cikgu-cikgu pun kena buat cat-walk jugak tau..

Aku ngan Fida, posing kat luar dewan..(tapi tensen, baju songket aku x siap!)
Kat belakang..line clear!

A day, before the celebration..Time nie baru lepas jadi Juri untuk semi final pertandingan 'Pakaian Beragam'