@ 20 w3d

Friday, December 23, 2011
Arini ada appoinment untuk routine check-up macam bulan yang sudah2. Bezanya aku kena puasa since malam tadi sebab today nak kena buat few test. First kena minum air gula untuk check possibility kencing manis (sebab aku ada keturunan) + second, kena ambik darah untuk pregnancy jugak..huhuhu!

Kena minum air gula?? Nasib baik ada experience masa 1st pregnancy dulu. Kalau x, mau berpinau bijik mata aku minum air yang manis ya amat tuh, hahaha!! So,'date' ngan doktor today awal skit coz nak kena buat banyak benda kan. Luckily dia dah bagi tau awal2 during last appoinment, dah pesan suruh datang awal skit sebab maybe smuanya akan ambik masa yang lama. Memang pun! Lama betoi!!

Sampai sini tadi lebih kurang pukul 9.30 pagi. 

Register sekejap then check blood pressure, timbang berat and urine, semuanya routine biasa setiap kali datang..hehehe!! Then ada la tunggu lebih kurang 10 minit, doc pun panggil masuk. Check punya check, alhamdulillah everything ok + baby pun sihat. Hah!! N3 dulu aku pernah cakap check kali ni maybe boleh tau jantina baby kan. Guess what? Doc kata still x nampak, so dia stick dengan opinion yang dulu that most probably kali ni baby girl..hahaha!! Nampak gayanya kalau nak confirm kena tunggu bulan depan baru nampak clear kot. So, kita tungguuuuu!!

Dah habis consultation dengan doc then bermulalah segala sesi itu. Doc dah stated kena ambik darah 3 kali arini. Memula ternganga jugak mulut aku nih, tapi nak buat macam mana kan. Ikutkan sajalah arahan yer. Nasiibbb..hahaha!!

Dia cucuk tang sana, dia cucuk tang sini..hahaha!!

Minum air gula tu dibuat antara pukul 10.15 - 10.30 pagi. Time tu x kuasa la pulak nak snap picture sebab diri tengah 'konsentret' nak menghabiskan 1 mug yang besar tuh. Lepas minum, ambik darah untuk kali kedua. Then tunggu lagi ambik darah kali ketiga pulak, yang penghabisan (eh, betul ke aku eja nih?? macam pelik je!). Fuhhh!! Nasib baik aku bawak novel. Paling tidak, x ler aku melangut sesorang sambil tunggu time nak ambik blood. Time gap lama tu. Anak teruna aku awal2 lagi dah 'dirasuah'ngan bapaknya main ps2. So, keadaan terkawal lah. Anak main game keta, bapak baca majalah keta. Sesuaiiii la sangat..hahaha!!

Novel penyelamat boring!

  So, segala-galanya settle lebih kurang pukul 1. Lupa plak, between test tu memang x boleh makan apa2. Nanti x valid la pulak testnya kan. Nasib diri mampu bertahan. Idak la dilayan sangat rasa lapar tu demi menjayakan test nih. Chewwwaahh!!(gila poyo yek!) Alhamdulillah, sangat puas hati sebab semua process berjalan lancar + puas hati jugak sebab service kakitangan hospital yang sangat profesional. Feels belong gitu!! Result untuk test takes 2 weeks kata nurse yang bertugas. Jadi nak mudahkan so that x payah nak ulang alik, next check-up la baru consult dengan doktor macam mana progressnya. Hopefully everything ok :)

Aktiviti harini diteruskan ke..

 Midvalley..hehehe!!

Kebetulan aku nak beli barang sikit. Lagipun dah ada dekat2 area sini kan so, kita proceed sajala. Memula terkejut jugak sebab ingat weekdays ni x ramai org, tengok2 car park semua FULL!! Terlupa lansung sekarang dah nak dekat christmas kan, tengah mega sale pulak..Huhuhu!! Dalam hampir2 berputus asa tu, dapat 1 parking space. Dekat ngan entrace pulak, alhamdulillah..rezeki!

Lepak2 makan, shopping2 skit..hehehe!! Lebih kurang kul 4.30 gerak balik. Kaki pun dah lenguh, badan pun dah penat. Alih2 Naufal ajak makan ice-cream pulak. Berenti la kejap demi memenuhi hajat tuan kecik,hahaha!!

 Sedap la tu kunun!

Settle makan ice-cream, dah kenyang perut + dah ada tanda2 mengamuk sebab tuan kecik dah ngantuk..kami pun chalow!!  On the way balik drop by kat kedai furniture jap. Survey2 barang untuk umah tahun depan. Then last stop berenti tuk dinner jap, isi tank before balik umah. Sampai  je umah, semua dah low b3. Makanya, at 10.30pm semua pun tido..pengsan sampai pagi..hahaha!!

"1 hari yang penuh dengan aktiviti."



Jalan2 hari Sabtu @Nilai 3

Monday, December 19, 2011
Jumaat lepas ibubapa mertua + adik2 ipar datang dari Ipoh ke sini. Cadangnya nak jalan ke Nilai 3 ;) Pertamanya, sebab ada misi membeli kelengkapan perkahwinan bakal adik ipaq cheq. Oit!! Bukan la maksudnya kat Ipoh nu x da kedai jual barang-barang kawin tau, cumanya kat Nilai 3 tu kan banyak pilihan gitu. Dah tu sebab keduanya pulak kebetulan bapak mertuaku nak menghabiskan saki baki cuti dia yang tinggal (dia cuti 2 minggu ok!).

So, hari Sabtu lepas tu lebih kurang dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Nilai 3. Memang plannya sengaja nak sampai awal skit, sebab sekarang ni petang selalu hujan. Lecehlah kalau nak membeli-belah nanti. Ya x?!! Lagipun, kalau sampai awal nih org x ramai lagi. So, nak parking pun senang.

Gambar nih aku google ja sbb terlupa snap masa sampai,huhuhu!
 (Source: http://cikpajahanim.blogspot.com)
Sampai kat sana dalam pukul 11 lebih. Dah sampai tu, apa lagi misi pun dimulakan. Dari satu kedai ke satu kedai kami jalan. Tujuannya sebab nak compare harga antara kedai. Ternyata berbaloi jugak la jalan2 survey dulu sebab, walaupun produknya sama tapi harganya ada yang berbeza. Depend pada tuan kedai jugak sebenarnya. So, petuanya kalau datang sini, JANGAN terus beli tapi survey dulu!! Dalam kes nih itulah yang kami buat, kedai mana yang bagi harga patut makan kedai tu lah jadi pilihan kami,hahaha!!


Memang betullah kata orang, rambang mata tengok barang2 yang ada. Dari kain pasang, sarung kusyen, langsir, barang2 kawin, barang hiasa umah, aksesori kereta, tudung, baju,kasut, pendek kata semuanya adalah! Dah tu, semuanya cantik2 + kreatif2 belaka. Macam-macam design yang ada. Kita nih tinggal pilih ja yang mana berkenan di hati ok! Of courselah mesti sediakan ongkosnya sekali..hehehe!! Apa yang penting beli barang mengikut budget yang kita plan so that kita x lah membazir. Maklum sajalah, bila dah rambang mata nih nanti semua benda pun kita nak. Itu sangat bahaya yer uols!!

Bakal pengantin bukan yang ni ok! Hahaha!!

Si belang tu hah bakal pengantinnya..rabak pocket yer boy?!!

Jalan punya jalan, hati berkenan pada satu kedai nih. Kalau x salah, VR Star kot namanya (ingat2 lupa la plak!) Harganya berpatutan, PR dia pun bagus. Banyak membantu + x jemu melayan demi nak meuaskan hati kami. Cayalah!! So, apa lagi kan?? Dekat situlah kami borong segala-galanya! Kira win-win situationlah gitu.

"Angkat semua boy!" -ibu mertuku..hehehe!!

Ok, dh penat shopping kan? Duit pun dah keluar kan? Maka misi seterunya ialah makannnnn!!! Dan2 (maksudnya terus ja dlm loghat kedah ya) perut pun rasa lapar. So, port biasa kalau sampai sini mesti makan kat gerai Sup Berdengung. Serious sedap! Puas hati makan tau. Highly recommanded kalau nak cuba. Kalau x nak makan sup, nasi ayam, nasi campur pun ada. Banyak lauk pauk yang ada. Tinggal pilih yang mana suka. Konsep kat sini self service. Ambik makanan, nanti org tu datang kira then lepas makan bayar kat kaunter. Senang!!

Muka kekenyangan!

So, penutup rombonganan En. Saad (bapak mertuak cheq la..) ke Nilai 3 aritu ialah aktiviti makan tengahari yer (tengahari ke?? Hahaha!!) sebab masing2 dah menyala lampu merah dek kelaparan,hahaha!! 
Siap isi 'tangki', kami x tunggu lama dah. Lebih kurang dalam pukul 4.30 gitu kami semua pun gerak balik KL sebab hujan pun dah mula turun + kami pun kebetulannya nak menghala pulak ke destinasi seterusnya..hahaha!!

Akhirnya, di Nilai 3: 
Misi tamat!!


P/s: ok, n3 pun tamat jugak sebab saya sudah ngantuk. Sekian!

@ Terry Fox Run KL 2011

Wednesday, December 14, 2011
"The Terry Fox Run is an annual non-competitive charity event held in numerous regions around the world in commemoration of Canadian cancer activist Terry Fox, and his Marathon of Hope, and to raise money for cancer research."


Sungguh!! Seumur hidup x pernah langsung join aktiviti macam ni, melainkan aktiviti yang pihak sekolah anjurkan. So, ini pengalaman pertama or ulung2 kalinya join charity run (walaupun sbenarnya jalan ja..hahaha!!). Thanks Encik Suami sebab ajak join event ni yang mana pada mulanya agak hesitate jugak sebab rasa macam x sesuai ja nk lari ber'charity' bila dalam keadaan macam nih :p 
Tapi memikirkan aktiviti ni dari sudut positif, as one of exercise rasanya x rugi pun kalau mencuba. Lagipun, Encik Suami dah beriya-iya ambikkan baju untuk kami satu family. Maka, teruskan sajalah. Dalam kepala otak nih asik dok pikir, "ada ke org pregnant lari nih, ke aku ja?" Tapi buat x tau ja lah, hentam saja bak kata orang.


 Pakai baju yang di'sponsor', thanks TALISMAN!!
 
Kami sampai di tempat kejadian (Padang Merbuk, KL) lebih kurang pukul 8 pagi. Sangka aku, kami ni awal, rupanya ada beribu lagi manusia yang awal. Makanya, terpaksalah parked kereta tersangat jauh melepasi tempat Tugu Negara nu. Sampai di padang tu, nampaklah ramai lagi ibu2 mengandung yang turut sama join aktiviti nih.

So, lega la rasa hati. Oh, ya! Lupa nak bagi tau yek walaupun namanya Terry Fox Run, tapi aktiviti nya x terhad pada larian saja rupanya. Ada yang naik basikal (macam En. Naufal tuh!), yang guna roller blade, yang jalan kaki sambil nyanyi, yang lari2 anak pun ada. Pendek kata, macam2 ada! ;) Ramai sangat yang join, ada yang bawak family, yang bawak Gf/Bf, yang bawak tunang, yang datang ngan kawan2, orang perseorangan dan staf syarikat2. Memang meriah sangat!!


Tu dia, Naufal dengan basikalnya. Excited bukan main!
Dalam pukul 9 pagi, semua peserta larian dilepaskan selepas ucapan pihak penganjur dan acara senamrobik tuk regangkan semua otot, urat2!! Fuhhhh, boleh tahan jauh jugak tracknya oooii!! 


Nasib baik sepanjang jalan ada yang setia menunggu, hulurkan air dan sebagainya. Ya lah, in case peserta dahaga, letih ke injured ke kan. They all memang dah fully prepared.Sangat bagus! Alhamdulillah selepas naik bukit, turun bukit, berjaya jugak kami semua sampai ke penamat walaupun x dapat no. depan2 + termengah-mengah jugak hahaha!!

Sempat jugak berenti bergambar dekat Tugu Peringantan Negara nih.

Aktiviti ni tamat lebih kurang dalam pukul 12. Kami semua x tunggu sampai habis sebab masing2 dah x larat. Sampai ja penamat, Encik Suami pun ambik kereta dan kami pun chalooo. X tunggu dah, penat rasanya. 
Apapun, kesimpulannya ialah aktiviti ni best sangat! X rugi rasa dapat join. Dapat jumpa ramai kawan, dapat segarkan badan, dan dapat jugak sampai ke Tugu Negara yang x pernah jejak sebelum nih..hahaha!! Walaupun sedikit penat, tapi berbaloi-baloi. Badan pun rasa segar, maklum sajalah dah berkurun lamanya x buat aktiviti macam gini. Paling best, mission menghabiskan quality time dengan family successfully accomplished! yeay!!  

 

@Gerhana Bulan

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.


Yup! Memang x pernah tgk pun b4 this. Alhamdulillah, kali ni dapat tgk akhirnya. Rasa kagum dengan ciptaan Allah yang satu nih. Cahaya terang benderang then pelan2 cahaya dan bulan hilang, macam dekat saja sang bulan dengan manusia. Subhanallah, cantik sangat!! Kata bijak pandai, senario ni akan jadi balik 2014 nanti. Time tu ntah sempat lagi ntah tidak kan. So, rasa beruntungnya dapat tgk tahun nih..

2nd trimester

Tuesday, December 13, 2011
Alhamdulillah, now dah masuk ke 2nd trimester.Setakat ni x ada masalah mabuk2 yang teruk. Kadang-kadang saja terasa, itu pun kalau lambat makan atau terlebih makan..hahaha!! Pregnant kali a bit berbeza. Kalau masa pregnantkan naufal dulu, rasa macam superwoman pun ada (chewwwaaahh!!) sebab jarang sekali nak rasa letih, muntah2 atau cepat penat segala. Not even time buat kerja rumah or jalan2  ok! Ajak sajalah ke mana, laju ja kepala ni mengangguk..hehehe!! Opss!! Cuma dulu ada terasa skit kepenatan masa bulan puasa, time tu dah hujung2 pregnancy dah dekat due date.

Tapi kali nie, semuanya berbeza ok. Muntah?? Ada! Letih, cepat penat?? Ada!! huhuhu!! Masa 1st trimester aritu, selalu gak muntah2. Lambat makan muntah, terlebih makan pun muntah. Alhamdulillah, sekarang dah x dak, cumanya kalau buat keja apa2 mesti rasa cepat letih..mesti cepat penat. Pulak tu ditambah dengan keletah anak teruna nan sorang ni, lagilah terasa kepenatannya. Hah, lagi satu! If compared ngan 1st pregnancy dulu, x pernah teringin pun nak makan masam2. Tapi kali nih, kalau x sedap mulut skit sure cari asam,hahaha!!

Setakat ni jantina baby belum tau lagi. InsyaAllah, next week baru tau sebab next week baru ada routine check-up. Ada yang kata maybe kali ni nak dapat baby girl pulak kot, hehehe!! Tapi pada kami suami isteri, jantina baby tu x kisah sangat. Kalau rezeki dapat baby girl alhamdulillah, jadi la sepasang. Kalau dapat baby boy lagi pun x kisah jugak, boleh buat geng Naufal kat umah. Yang penting, harap baby sihat dan semuanya berjalan lancar :) So, sama2 doakan yang terbaik ok..

 

Tanda2 awal kehamilan

Friday, October 14, 2011
Hari ni tetiba rasa nk ckp pasal pregnancy coz rasanya pregnant kali ni a bit different if compared masa pregnant kat Naufal dulu. Lagipun tadi ada baca artikel mengenai early pregnancy, so blehla share serba sikit. Bukan x biasa, but maklum sajalah dah 4 tahun kan. So maybe boleh improve pengetahuan yang sedia ada :)  +  maybe boleh bantu mereka yang memerlukan. Pernah x terpikir, sometime kita mungkin alami tanda2 ni, tapi kita still x tau itu tanda2 awal kita pregnant..ya x? 

So ni serba sikit tanda2 awal kehamilan which aku sendiri pun alami (tp x la semua ok!!):
  • Period lambat - bagi yang fixed circulation tiap2 bulan.
  • Payudara bengkak - normally 2nd week of pregnancy, perubahan hormon dalam badan akan buat payudara mulai jadi besar dan berubah (persediaan untuk menghasilkan susu)
  • Cepat letih/penat 
  • Mual dengan atau tanpa muntah - usually org sebut 'morning sickness' tapi itu mitos saja sebab sebenarnya muntah/mual ni x kira masa dan x terhad pada waktu pagi saja.
  • Tidak suka atau ingin makan satu makanan tertentu - klu dulu kita suka sangat makan makanan tu, tetiba kali ni kita terus x suka, dan begitu jugaklah sebaliknya. Yang suka jadi x suka, yang x suka plak jadi suka..hahaha!!
  • Ngidam - teringin nak makan mcm2!
  • Sakit kepala/pening/melayang-layang - perubahan pada blood circulation
  • Emosi x stabil - kekadang sensitif terlebih, kekadang nak marah2 pada benda x sepatutnya pun ada..
  • Asyik nak buang air kecil - hal  ni sebab ada perubahan pada rahim. Rahim yang membesar menekan ke arah kandungan.
Tapi, KENA INGAT!!! X semua tanda2 ni wajib ada untuk confirmkan kita pregnant ok! Tanda2 pada setiap individu maybe berbeza ;) Zaman kan dah serba moden, so kalau ada tanda2 ni tapi x sure jugak, cara terbaik ialah buat ujian kehamilan atau jumpa je doktor untuk pastikan. :)

Mari!! Mari!! Jualan Amal!!

Friday, October 7, 2011
Ehem2!! Testing 1,2,3..! Ok uols, ni nk promosi skit nih. Esok kat sekolah aku ada Karnival Jualan Amal 2011. Tujuannya nk tambah dana badan kebajikan sekolah yang dh x berapa nk ada, hahaha!!! + nk tambah infrastruktur skit untuk budak2 :) 

Esok ni macam2 ada tau. Kita ada gerai makanan, minuman, games, online games, jumbo sale, sampaikan lagu, karaoke, pertandingan fesyen kanak2, pertandingan teka kacang + macam2 lagi lah!! Kalau nk tau, kenala mai..hahaha!!  


Ops! B4 terlupa, urusniaga semuanya gunakan kupon tau. Huh? X de? Dun wori uols, kat situ ada jugak kaunter yang jual kupon, so boleh beli kat situ nanti..Maka, sesiapa yang berdekatan tu dijemput lah datang beramai-ramai yer. Sama2 kita meriahkan karnival nih. 

MEMBELI SAMBIL MENDERMA UOLS!!

Back dated!

Thursday, October 6, 2011
Yuhuuuuu..i'm back uols!!! Dah lama tinggalkan blog yang dah bersawang nih..sori sesangat yek.Dah lama x menulis, arini tetiba terasa rindu la plak nak merapu kat sini,boleh gitu?? hahaha!! But dun wori uols, all these while i missed menulis saja tp merewang ke blog kengkawan tetap diamalkan..!! In fact, rasa sangat terhibur while blog walking ke sana sini.At least x lah terlepas perkembangan kawan2 kan.

Mana nk mula dulu nih? Dlm kepala mcm2 rasa nak dikongsi, but then x tau la mana satu nk mula dulu..hehehe!! Dah tu terpikir plak kalau nak backdated mau panjang entri aku kali nih.Sudahnya aku summarize yang penting2 ja lah yek..senang skit..kira short cut gituu!! :p

Ok, ini antara highlightnya ye uols..kita share sesama yek..

Pertama:
Life dah easier skit coz en.husband dah berjaya transfer ke sini for good..yeaayyy!!En. husband kebetulannya dpt offer baru yang mana base nye kat KL ni, so lepas ni x da lagilah long distance punya relationship.  Maybe time to time dia kena jugaklah outstation tapi x kisahlah as long as base nye masih di sini. ;)
Hati pun terasa senanglah sikit + sangat happy jugak sebab apa2 pun hal pun kita dekat dengan org tersayang..kira penguat semangat kita tu ada depan mata..1 lg happy jugak tgk naufal boleh bermanja ngan abahnya..b4 this life ngan aku saja..siannnn anak mana!!

Kedua:
Kami dah pindah rumah started last May sbb owner lama nk jual rumah dia.Sedih jugakla memula sbb dah lama kat situ tp nk buat mcm mana kan..So, kami dh dok rumah lain tapi masih di kawasan yang sama dan masih lagi menyewa..huhuhu!! Sbbnya, rumah yang kami beli, awal tahun depan baru boleh masuk. Sekarang,tunggu dapat kunci and then ada few renovation yang nk dibuat. 

Ketiga:
Alhamdulillah, akhirnya selepas hampir 4 tahun menunggu Allah makbulkan jugak doa kami. Lepas raya aritu doktar sahkan aku pregnant lagi :) Maknyanya, naufal naik pangkat la uols..hahaha!! Rasa syukur sgt sbb dah lama nk tambah ahli, dan dh banyak kali failed :p Alhamdulillah, kali ni berhasil.. :)


Keempat:
Naufal pun aku dah daftarkan untuk tadika tahun depan..Tahun depan kan dia dah 5 tahun, so kena skolah dah..hahaha!! Kebetulan ada ad enrolment 2012, so teruslah aku daftarkan. Lambat2 karang x da tempat pulak. Lagipun tadika tu ada 2 sesi, and sesi pagi tu normally cepat full (kata kerani tu lah..hahaha!!) so kena daftarkan awal2. Selesai satu hal kan!!


Ok, sekian highlightnya kawan2..
Kusangkakan pendek, sudahnya panjang juga!






Perginya seorang sahabat..

Thursday, April 7, 2011
Rasa macam x percaya, tapi itulah kenyataannya. Walaupun x serapat mana tapi setakat apa yang aku tau dia nih memang menyenangkan..dan rasanya bukan aku sorang ja yang rasa macam tu..Umum tau, terutamanya semua budak2 BENL rasa aku, ya dia nih orgnya macam mana..so no need aku nk elaborate banyak2..cuma aku rasa, yang paling pasti sekali kami semua kehilangan seorang kawan, teman, sahabat yang tiada galang gantinya..Dia, Arip @ Muhammad Arif b. Azman..

Aku ingat lagi masa tu kat matric Pj, kalau x silap aku time tu ada matric mega carnival ke apa ntah..budak2 BENL ada bukak booth, jual bunga, jual brownies..that time, arwah singgah kat booth then beli brownies..sekali beli 4 weh! Then esk tu dia mai lagi, pun beli brownies jugak..then day after pun mai jugak..3 days in a row tuh! Kiranya laris la jualan kami time tu sebab ada peminat tetap brownies macam arwah..hehehe!! 

Then masa kat main camp..aku pernah terlibat sama dalam drama "Dr. Firdaus". Drama adaptasi dari cerita asal Dr. Faustus. Masa tu arwah acted as anak Dr. Firdaus..senang ckp, mudah keja dengan arwah nih..

dia kata " aku x de bakat ar "
aku jawab, " hg nih! berbakat la nih compare ngan aku " 

Bila aku ingat2 balik kata2 dia tu sekarang..lepas apa yang dia dah capai, aku rasa dia pun mesti x sangka besarnya bakat yang dia ada..kan?  

Apa yang kawan aku (Yuzaime a.k.a Pajai) cakap dalam note dia yang dah aku baca tu pun banyak betoinya....arwah yang aku kenai x pernah lokek memberi..baik ilmu atau apa sekalipun..dia mesti tolong kawan2..hah! Ada satu lagi bab arwah nih yang aku ingat..Arwah nih kalau sampai kelas sure peluh2 macam baru lepaih lari pecut! Hahaha!! Aku kan, x pernah tengok dia bad mood lah..slalu aku tengok dia happy ja..sebab tu kot aku rasa org semua selesa berkawan ngan dia..masa zaman belajaq dulu dia banyak jugak tolong aku yang blur nih, terima kasih banyak la arip! :( Jasa hg tetap aku kenang sampai bila2.

Buat Anaz, 
Berat mata memandang, barat lagi bahu yang memikul..
Doa kami, semoga Anaz terus sabar dan tabah menempuhi dugaan hidup ini.Semoga arwah di tempatkan dikalangan mereka yang beriman dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
Al- Fatihah..






 





   

Sentap ok!!

Friday, February 11, 2011
Dah masuk hari ke berapa dah  skolah lps cuti, tp mood still tunggang terbalik na..aura tekun x sampai lagi nih, yang ada hanya aura penyegan (kawan2 sila rujuk kamus bahasa utara ya..klu ada) saja,hahaha!!Lg x best sbb hati tgh tersentap ngan seseorang (Hoit! org itu bkn hubby saya ok! ) Akibatnya, aku rasa itu jugak telah menyumbang  kepada ketiadaan mood yang sgt melampau! 

Sangat x suka ok! Aku kecik hati? Memang!! Aku jelous? A-ah, memang!! Sapa x stress kalau  berat sebelah ja. Padahal aku pun bukan org lain, family jugak! Haih, bila pk2 baliklah kan, ntah kat mana la silapnya sampai berlakunya 'double standard' nih. Sentap ok!!! Iyalah, dgn aku 'sunyi sepi' ada mcm x da ja. Tp dgn the other side 'meriahnya!'..So, it's kinda hurt and clearly unfair tau!

Kalau bersuara karang lain jdnya, aku ni pulak stylenya kalau dah mulut bercakap nanti ayaq mata pun sama naik, meluncur laju mcm apa apa yg keluar dari mulut. So, NO WAY!!  Bek x payah. Sah2 x tercapai objektif nanti + rasa respect tu pun rasa macam melimitkan jgk. Akhirnya, aku pilih berdiam diri ja, buat hal sendiri rather then dok tgk free show yg menyakitkan hati. Aku x kuasa ok..huhuhu! Sudahnya aku la stress sesorang, menahan perasaan , dn rasa x puas hati itu! Uwaaaaaaaa!!! 

Kesimpulannya pada pandangan aku..
Like it or not org sendiri. Dah kalau flownya begitu who am i to question kan? Jadinya, biarkan saja. X kan nak paksa! Asalkan mereka bahagia.. :)

"Hey, kamu!
Saya syg kamu, sbb kamu keluarga sy. 
Tp sy rasa kamu x fair pada sy. 
Sy rasa kamu lupa sy jgk sebahagian dr kamu. 
Sy juga perlu perhatian kamu.
Tp sy rasa kamu lupa smua itu. 
Jd, apa sbenarnya salah sy?
Satu lagi!
Sy jealous bila tgk kamu dgn mereka.
Mesranya x sama bila kamu dgn sy (eh, tp ada ke masa kamu dgn sy?)
Rasanya ada, cuma sy pd kamu mcm x ada.
Kalau begitu kesnya, 
Kamu rasa apa perasaan sy? 
atau kamu mmg x kisah apa sy rasa?
Hurm..iyalah, kamu mmg x kisah rasanya. 





Majlis Tetangga

Saturday, February 5, 2011
Kawen! Kawen! Huh? Apa daaa..sah2 la bukan aku yang kawen! Aku kan  memang dah kawen...ahaks!  Ni jiran yang kawen la, tapi aku plak 'terexcited' sama. Kira macam pinjam majlis orang untuk flashback own memories gitu, hehehe!! Bolehkah??

Ni hah, actually kat depan rumah aku nih ada suasana yang sedikit bz dek preparation kenduri kawen esoknya. So, la nih a bit meriah la dengan cahaya lampu yang terang benderang, dengan pakcik makcik yang dok sibuk settlekan apa yang patut + sembang2 kosong. Tuan rumah pulak x yah cakap la kan. Ala, fenomena biasa yang selalu kita nampak bila ada  majlis cenggini. Riuh rendah itu dah macam satu kemestian kan!

Itu pun untuk majlis esok, tuan rumah dah decided ealier nak guna khidmat catering saja. Kalau x, cubalah uols bayangkan keadaannya kalau still ada amalan gotong royong macam kenduri kawen abg+kakak aku dulu2. Konpem lagi havoq punya..hahaha!! Haiyak, sangat rindu sama itu time jugak sebenaqnya. Perasan x, sekarang ni dah jadi perkara biasa dah, rata2 tempat org dah jarang buat kenduri gotong royong + guna khidmat pakatan smua tu kan??

Gambaq hiasan
Lagi satu, perihal tempat pun sama jugak. Dulu kita buat kenduri kat rumah sendiri ja kan, tp sekarang  nih dah ramai yang buat kat dewan saja. Lebih mudah agaknya. Hah, dulu2 mana ada wedding planner tapi sekarang ni, kalau kena gayanya depa lah (wedding planner yer!) berpotensi menjadi kaya raya, hahaha!! Hurm itu semua terpulang la pada yang empunya majlis kan, yang penting smua happy dan dapat keberkatan dari majlis tu. :)

Mau habis sudah!

Haih! Esok dah sabtu, then hari ahad tu dah nak balik KL pulak..huhuhu!! Arrrggghhhh..kenapa la cepat sungguh masa berlalu nih? Tetiba mai la pulak mood syahdu tengah2 malam nih. "Rasa macam baru ja balik mai sini" (ni ayat besa bila tengah in denial kena balik KL..uwaaaaa!!) 



Kalau ikutkan hati ni, memang x mau balik lagi tau. Nak dok sini lagi, huhuhu!! (banyak chanteekkk hg!) Hoih! Tu kalau aku ikutkan hati la. Ni dak aih, org kata ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. Jadinya sah2 lah aku x kan membinasakan diri kan..hehehe!! (iya..i balik ok!) Balik kg memang heaven kan. Nak2 lagi dekat dengan insan2 tersayang. Aku pernah terfikir nak transfer balik sini ja and dah try apply tp failed! So, apa nak buat kan..Sabaq ja lah! :p

Aku @ 2011

Friday, February 4, 2011
Ini n3 aku yang pertama untuk tahun 2011 nih..Sangat2 berharap agar tahun ni akan jd lebih baik dari tahun2 sebelumnya..Aminnn..Hurm, sejak dua menjak nih kinda lazy menjenguk blog sendiri as i felt like x dak apa benda sgt yang nk di updatekan..Terasa macam life pun boring ja..hari2 pun aku buat benda yang sama..Oleh yang demikian rasanya lebih baiklah aku 'merayap' ke blog org..Kiranya ziarah menziarahi gitu..Kalau x dapat berjalan mana pun, berjalan di alam maya ni pun kira orait la nih..

Bila dah melawat blog kawan2 nih, bersemangat la nak majukan blog sendiri..walaupun x tau la bertahan lama mana...Ha3x! (ok la yek, setidak-tidaknya niat dah ada..ya x?) Terasa sangat kagum ngan skill kawan2 lain menulis blog, n hopefully aku pun can be like one of them nanti..InsyaAllah.. :) (kengkawan, sila beri sokongan na..terima kasih!)

Aku ingat lagi nasihat seorang kawan few years back bila aku tanya pendapat dia bab nak create blog nih. She said:

" If hg nk buat blog biaq ada identiti jie..ikhlas..jangan ikut2 style org lain..baru ada kepuasan diri..Hasilkan sesuatu dari hati sendiri..Samaada orang suka atau x, terpulang pada diri masing2..

Dulu aku x ambik port sangat of what she said..tapi bila masa berlalu ni aku fikir, apa yang dia kata tu sangatlah betul! Jadinya, aku pegang kata2 tu sampai sekarang..Biarpun sometime n3 yang terhasil tu nampak sangat poyo atau pun x penting, tp..ada AKU KISAH?? Walaupun x glemer, yang penting aku suka..hehehe! 
Sekian.