@ 20 w3d

Friday, December 23, 2011
Arini ada appoinment untuk routine check-up macam bulan yang sudah2. Bezanya aku kena puasa since malam tadi sebab today nak kena buat few test. First kena minum air gula untuk check possibility kencing manis (sebab aku ada keturunan) + second, kena ambik darah untuk pregnancy jugak..huhuhu!

Kena minum air gula?? Nasib baik ada experience masa 1st pregnancy dulu. Kalau x, mau berpinau bijik mata aku minum air yang manis ya amat tuh, hahaha!! So,'date' ngan doktor today awal skit coz nak kena buat banyak benda kan. Luckily dia dah bagi tau awal2 during last appoinment, dah pesan suruh datang awal skit sebab maybe smuanya akan ambik masa yang lama. Memang pun! Lama betoi!!

Sampai sini tadi lebih kurang pukul 9.30 pagi. 

Register sekejap then check blood pressure, timbang berat and urine, semuanya routine biasa setiap kali datang..hehehe!! Then ada la tunggu lebih kurang 10 minit, doc pun panggil masuk. Check punya check, alhamdulillah everything ok + baby pun sihat. Hah!! N3 dulu aku pernah cakap check kali ni maybe boleh tau jantina baby kan. Guess what? Doc kata still x nampak, so dia stick dengan opinion yang dulu that most probably kali ni baby girl..hahaha!! Nampak gayanya kalau nak confirm kena tunggu bulan depan baru nampak clear kot. So, kita tungguuuuu!!

Dah habis consultation dengan doc then bermulalah segala sesi itu. Doc dah stated kena ambik darah 3 kali arini. Memula ternganga jugak mulut aku nih, tapi nak buat macam mana kan. Ikutkan sajalah arahan yer. Nasiibbb..hahaha!!

Dia cucuk tang sana, dia cucuk tang sini..hahaha!!

Minum air gula tu dibuat antara pukul 10.15 - 10.30 pagi. Time tu x kuasa la pulak nak snap picture sebab diri tengah 'konsentret' nak menghabiskan 1 mug yang besar tuh. Lepas minum, ambik darah untuk kali kedua. Then tunggu lagi ambik darah kali ketiga pulak, yang penghabisan (eh, betul ke aku eja nih?? macam pelik je!). Fuhhh!! Nasib baik aku bawak novel. Paling tidak, x ler aku melangut sesorang sambil tunggu time nak ambik blood. Time gap lama tu. Anak teruna aku awal2 lagi dah 'dirasuah'ngan bapaknya main ps2. So, keadaan terkawal lah. Anak main game keta, bapak baca majalah keta. Sesuaiiii la sangat..hahaha!!

Novel penyelamat boring!

  So, segala-galanya settle lebih kurang pukul 1. Lupa plak, between test tu memang x boleh makan apa2. Nanti x valid la pulak testnya kan. Nasib diri mampu bertahan. Idak la dilayan sangat rasa lapar tu demi menjayakan test nih. Chewwwaahh!!(gila poyo yek!) Alhamdulillah, sangat puas hati sebab semua process berjalan lancar + puas hati jugak sebab service kakitangan hospital yang sangat profesional. Feels belong gitu!! Result untuk test takes 2 weeks kata nurse yang bertugas. Jadi nak mudahkan so that x payah nak ulang alik, next check-up la baru consult dengan doktor macam mana progressnya. Hopefully everything ok :)

Aktiviti harini diteruskan ke..

 Midvalley..hehehe!!

Kebetulan aku nak beli barang sikit. Lagipun dah ada dekat2 area sini kan so, kita proceed sajala. Memula terkejut jugak sebab ingat weekdays ni x ramai org, tengok2 car park semua FULL!! Terlupa lansung sekarang dah nak dekat christmas kan, tengah mega sale pulak..Huhuhu!! Dalam hampir2 berputus asa tu, dapat 1 parking space. Dekat ngan entrace pulak, alhamdulillah..rezeki!

Lepak2 makan, shopping2 skit..hehehe!! Lebih kurang kul 4.30 gerak balik. Kaki pun dah lenguh, badan pun dah penat. Alih2 Naufal ajak makan ice-cream pulak. Berenti la kejap demi memenuhi hajat tuan kecik,hahaha!!

 Sedap la tu kunun!

Settle makan ice-cream, dah kenyang perut + dah ada tanda2 mengamuk sebab tuan kecik dah ngantuk..kami pun chalow!!  On the way balik drop by kat kedai furniture jap. Survey2 barang untuk umah tahun depan. Then last stop berenti tuk dinner jap, isi tank before balik umah. Sampai  je umah, semua dah low b3. Makanya, at 10.30pm semua pun tido..pengsan sampai pagi..hahaha!!

"1 hari yang penuh dengan aktiviti."



0 pssssttt...!: