KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Thursday, August 12, 2010
  
Sama2 kita hayati yek..


Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya : 

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
                                                                      
                                                          Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

                                                    Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

                                   Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

                                                               Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi 

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
                                                                
                                                                  Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.


Wallahu'alam 

Ihsan:
http://ustazazhar.com  

Marhaban Ya Ramadhan!

Wednesday, August 11, 2010
"Dia datang!!"
Alhamdulillah, berpeluang lagi merasa ramadhan tahun ni..Kenapa?? Ya la kan, kita x tau sempat ke x kita tempuh ramadhan akan datang dan seterusnya, ya x? :) Ehem2..Dah sekian lama rasanya aku x jengok blog kesayangan nih kan..bukan dh benci tau..tapi kehilangan sentuhan rasanya..huhuhu!  X tau kenapa, memanjang ja rasa x sempat..'x dan' kata org utara na..

Niat di hati tu tetap ada tp, action selanjutnya saja x ada..sudahnya, laman blog ni x lah diupdate seperti yang sepatutnya..sorry uols,hehehe!..but, don't worry..i'll try to update things from time to time k..InsyaAllah..

Bebalik pada ramadhan, fews day earlier we all dh beli stock barang2 dapur..preparation untuk fasting month ni la kununnya (sebenarnya sama ja, hahaha!!) Almaklum lah yer, tahun nie feelnya lain skit coz hubby dh back at KL..so, kali nie dapatlah bersahur + berbuka sama2,yeayyy!! unlike tahun2 lepas..aku sahur sorang2..berbuka pulak ngan naufal jer..so, kiranya dis year meriah lah skit..wah, gitu..hehehe!!
 Pagi tadi bersahur simple2 jer..aku bgn then gorengkan nasi goreng cina + sambal sardin..hehehe! Ala, dua orang je kan..so, next ni kena pk la nak berbuka apa pulak petang nanti..kalau dulu x da hal sangat coz selalunya aku  tapaw je kat bazar ramadhan..but this time, masak la! kuihnya?? ingat nnti beli ja kot..hehehe!! 

Kalau dh bulan puasa macam nih, yang meriahnya mesti kat bazaar Ramadhan kan?..fuh, tingat time belajar dulu2..petang2 jalan kaki rentas faculties gara2 nak ke bazar ramadhan..walaupun jauh tp x kisah uols sbb dh jalan ramai2 kan..sampai kolej, lepak2 sambil tunggu waktu berbuka..best, kenangan yg pastinya x dpt dilupakan! 
Bab bazar ramadhan ni kan, rasa aku mana2 pun sama ja kot, memang konpem meriah!..macam2 ada..sebut ja la apa kita nak, semua ada..kalau dah berkenan, beli ja..tapi ingat uols, ala kadar ja tau..jgn ikut nafsu pulak (sedang mengingatkan diri sendiri jugak nih,hehehe!!) nanti membazir pulak kan..no,no!! 
Semoga ramadhan ni memberi lebih rahmat dan hidayah pada semua..

SELAMAT BERPUASA!!