Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Ehem..update!

Monday, April 21, 2014
Assalamualaikum & selamat petang..

Alhamdulillah, hujan dah berhenti..Tadi turun selebat-lebatnya diiring dengan kilat sabung menyabung lagi. Hajat di hati nak melayan tv ja petang2 cam gini..tapi apa kan daya, bila bersaing dengan anak-anak maka sah-sahlah kita yang kena mengalah. Ya x? 
 
Nak buat apa yek??
 'Blog walking' sekejap lah sambil2 intai blog sendiri (ok, time ni baru sedar blog sendiri bersawang sudah) dan time ni jugak lah aku perasan banyak rupanya entri yang aku tulis tersimpan as draft ja..huhuhu. 

Maka bersemangat la nih nak mulakan balik apa yang dah tertinggal. Nak kena bersihkan sawang-sawang yang ada walaupun akan sedikit ambil masa. Jadi sila bersabar ya uols. Going to publish things that was supposed to be published soon.
 (^^,)v 


Alhamdulillah..abg Naufal pun started darjah 1 early jan this year. Besar dah hero mama! 


Cheeky Kakak Imani. She just turned two semalam. Uihh..makin banyak kerenah dah.


Little Elman dah boleh steadily beralan  now @ 11 months. Semua tempat pun nak jelajah!



Alhamdulillah, since En. Suami transfered back to KL the whole family dah  dapat spend masa sama2  if compared to 5 years back. Bila dah the other half dah dekat disisi nih rasa lebih secure gitu.. chewwaah!! 

 
  
Ok, ni tuan puanya blog. Masih sama macam dulu jgk. Bertugas pun masih di tempat yang sama, masuk tahun ke-8 sudah. Life goes as usual. Bz dengan kerja tu perkara biasa, dah nama pun tugas ya dak? Alhamdulillah, rasa bersyukur + happy sangat sebab we could now berkumpul as 1 family. X dak duduk asing2 dah. So,kalau rasa keadaan susah macam mana pun dengan as long as sama2, InsyaAllah sama2 selesaikan.. (^^,)            

@ 'campuraization' 2012

Saturday, May 5, 2012
Saya datangg lagi!!! Aku ingat lagi, during pregnancy dulu memang berhajat benar nak rancak berblog..hehehe!! Alih2 hajat tinggal hajat je lah sebab x sampai ke mana pun..hampeh!! Last entry pun masa tgh pregnant @ 20w and it was last year..huhuhu!! Then sunyi terus, ye x..?
Sebenar-benarnya banyak benda yang jadi di sekeliling aku for the past few months but x dapat nak kongsi + kepoh sebab pengaruh masa yang agak limited, kepenatan yang agak melampau + beberapa faktor sampingan lain na..
Tapi apa pun, alhamdulillah semuanya perkara berjalan lancar dan selamat. Tahun 2012 nih banyak agenda dh berlangsung sbenarnya.. 
 
 ****~ Naufal masuk tadika ~****

Alhamdulillah, sehingga hari ni x da masalah + nampak naufal pun comfortable kat sekolah dia..infact hari2 balik ada saja benda yang dia nk tunjuk..tapi tu lah, asal kita tanya:
"Naufal belajar apa ari ni?"
 Dia sure akan jawab:
"Afal belajar jer" 
- taktik malas nk cita lebih2 + nk layan soalan kita..bertuahlah punya anak,hehehe!! 
Kadang2 lagu2 yang dia belajar kat sekolah tu, aku plak ciplak tuk ajar anak2 pre-school kat sekolah aku..hehehe!! Thanks a lot sayanggg!!


****~ Pindah rumah ~**** 

Alhamdulillah, selepas 2 tahun menunggu dan setelah 3 kali pindah umah sewa..akhirnya sekarang kami dah dapat duduk kat rumah sendiri..x yah menyewa lagi, yeayy!! Kami dapat kunci end of december last year..Then, kami decided tuk renovate skit2 + buat apa yang patut je (bersesuaian dengan budget la kan). Hah, salah satu sebab nak pindah rumah awal jugak ialah sebab aku nak bersalin ya..hahaha!!


 Jadi everything settle by february..dan lepas semuanya siap, kami pun pindah masuk rumah baru last school holidays..So, klu ikutkan dah sebulan lebih la..Rasa seronok, lega + puas hati sebenarnya sebab akhirnya impian nak ada rumah sendiri tu tercapai jugak..kiranya, apa pun x kisah dah sekarang sebab dah sah rumah sendiri, hak milik kita..dan yang paling penting, x mau pindah randah lagi..penat ooo!!!


****~ Nur Farha Imani ~****

Bila dah selesai bab pindah rumah, dh bolehlah focus on pregnancy, hehehe!! On March, routine check-up jalan macam biasa n everything on track gitu. The due date is actually on May, 4th..tapi doctor cakap if by scan tarikh maybe dikedepankan..so, time tu dapat new due date is on April, 27th.. Hati dah berdebar2 sebab masa tu dah week 34..means, aku ada lagi sebulan tu..huhuhu!! 

Memandangkan aku ada history C-sect dulu (btw, doktor dulu ckp tulang kajang@outlet aku kecik yer) so, doctor decide nak buat MRI test to confirm samada teori tu betul atau x..result tu nanti akan tentukan kali ni a ku bleh go secara normal or C-sect jugak..On week 38 tu aku buat MRI test and yup, mmg tulang outlet aku kecik so, C-sect it is!!

Doctor kata x payah tunggu due date dah and hari khamis petang aku terus admitted to PCMC. Semua procedure started at 6.30 am and ended at 1 jam kemudian. Alhamdulillah, aku selamat melahirkan NUR FARHA IMANI pada hari Jumaat 20 April 2012, at 7.15am.. :) So, dengan lahirnya Imani maka dengan rasminya bermulalah sesi 45 hari berpantang yer..


****~ 6th Anniversary ~****


30 April 2012 lepas genaplah usia perkahwinan kami 6 tahun. Syukur alhamdulillah..Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah. Celebrate?? Memandangkan aku masih dalam perintah berkurung ni hah x da lah celebration bagai,hahaha!! Kena 'pospon' dulula yer. Sekadar ucapan2 gitu adalah..hahaha!

>>>><<<<<<<
Hurm..itula sedikit sebanyak agenda yang dah terlaksana dalam 2012 setakat ini yer..alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..Oklah, dah ngantuk nih oiiii..'bateri' pun dah low, hehehe!! insyaAllah, will update again soon..till then, c-ya!!



Jalan2 hari Sabtu @Nilai 3

Monday, December 19, 2011
Jumaat lepas ibubapa mertua + adik2 ipar datang dari Ipoh ke sini. Cadangnya nak jalan ke Nilai 3 ;) Pertamanya, sebab ada misi membeli kelengkapan perkahwinan bakal adik ipaq cheq. Oit!! Bukan la maksudnya kat Ipoh nu x da kedai jual barang-barang kawin tau, cumanya kat Nilai 3 tu kan banyak pilihan gitu. Dah tu sebab keduanya pulak kebetulan bapak mertuaku nak menghabiskan saki baki cuti dia yang tinggal (dia cuti 2 minggu ok!).

So, hari Sabtu lepas tu lebih kurang dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Nilai 3. Memang plannya sengaja nak sampai awal skit, sebab sekarang ni petang selalu hujan. Lecehlah kalau nak membeli-belah nanti. Ya x?!! Lagipun, kalau sampai awal nih org x ramai lagi. So, nak parking pun senang.

Gambar nih aku google ja sbb terlupa snap masa sampai,huhuhu!
 (Source: http://cikpajahanim.blogspot.com)
Sampai kat sana dalam pukul 11 lebih. Dah sampai tu, apa lagi misi pun dimulakan. Dari satu kedai ke satu kedai kami jalan. Tujuannya sebab nak compare harga antara kedai. Ternyata berbaloi jugak la jalan2 survey dulu sebab, walaupun produknya sama tapi harganya ada yang berbeza. Depend pada tuan kedai jugak sebenarnya. So, petuanya kalau datang sini, JANGAN terus beli tapi survey dulu!! Dalam kes nih itulah yang kami buat, kedai mana yang bagi harga patut makan kedai tu lah jadi pilihan kami,hahaha!!


Memang betullah kata orang, rambang mata tengok barang2 yang ada. Dari kain pasang, sarung kusyen, langsir, barang2 kawin, barang hiasa umah, aksesori kereta, tudung, baju,kasut, pendek kata semuanya adalah! Dah tu, semuanya cantik2 + kreatif2 belaka. Macam-macam design yang ada. Kita nih tinggal pilih ja yang mana berkenan di hati ok! Of courselah mesti sediakan ongkosnya sekali..hehehe!! Apa yang penting beli barang mengikut budget yang kita plan so that kita x lah membazir. Maklum sajalah, bila dah rambang mata nih nanti semua benda pun kita nak. Itu sangat bahaya yer uols!!

Bakal pengantin bukan yang ni ok! Hahaha!!

Si belang tu hah bakal pengantinnya..rabak pocket yer boy?!!

Jalan punya jalan, hati berkenan pada satu kedai nih. Kalau x salah, VR Star kot namanya (ingat2 lupa la plak!) Harganya berpatutan, PR dia pun bagus. Banyak membantu + x jemu melayan demi nak meuaskan hati kami. Cayalah!! So, apa lagi kan?? Dekat situlah kami borong segala-galanya! Kira win-win situationlah gitu.

"Angkat semua boy!" -ibu mertuku..hehehe!!

Ok, dh penat shopping kan? Duit pun dah keluar kan? Maka misi seterunya ialah makannnnn!!! Dan2 (maksudnya terus ja dlm loghat kedah ya) perut pun rasa lapar. So, port biasa kalau sampai sini mesti makan kat gerai Sup Berdengung. Serious sedap! Puas hati makan tau. Highly recommanded kalau nak cuba. Kalau x nak makan sup, nasi ayam, nasi campur pun ada. Banyak lauk pauk yang ada. Tinggal pilih yang mana suka. Konsep kat sini self service. Ambik makanan, nanti org tu datang kira then lepas makan bayar kat kaunter. Senang!!

Muka kekenyangan!

So, penutup rombonganan En. Saad (bapak mertuak cheq la..) ke Nilai 3 aritu ialah aktiviti makan tengahari yer (tengahari ke?? Hahaha!!) sebab masing2 dah menyala lampu merah dek kelaparan,hahaha!! 
Siap isi 'tangki', kami x tunggu lama dah. Lebih kurang dalam pukul 4.30 gitu kami semua pun gerak balik KL sebab hujan pun dah mula turun + kami pun kebetulannya nak menghala pulak ke destinasi seterusnya..hahaha!!

Akhirnya, di Nilai 3: 
Misi tamat!!


P/s: ok, n3 pun tamat jugak sebab saya sudah ngantuk. Sekian!

@ Terry Fox Run KL 2011

Wednesday, December 14, 2011
"The Terry Fox Run is an annual non-competitive charity event held in numerous regions around the world in commemoration of Canadian cancer activist Terry Fox, and his Marathon of Hope, and to raise money for cancer research."


Sungguh!! Seumur hidup x pernah langsung join aktiviti macam ni, melainkan aktiviti yang pihak sekolah anjurkan. So, ini pengalaman pertama or ulung2 kalinya join charity run (walaupun sbenarnya jalan ja..hahaha!!). Thanks Encik Suami sebab ajak join event ni yang mana pada mulanya agak hesitate jugak sebab rasa macam x sesuai ja nk lari ber'charity' bila dalam keadaan macam nih :p 
Tapi memikirkan aktiviti ni dari sudut positif, as one of exercise rasanya x rugi pun kalau mencuba. Lagipun, Encik Suami dah beriya-iya ambikkan baju untuk kami satu family. Maka, teruskan sajalah. Dalam kepala otak nih asik dok pikir, "ada ke org pregnant lari nih, ke aku ja?" Tapi buat x tau ja lah, hentam saja bak kata orang.


 Pakai baju yang di'sponsor', thanks TALISMAN!!
 
Kami sampai di tempat kejadian (Padang Merbuk, KL) lebih kurang pukul 8 pagi. Sangka aku, kami ni awal, rupanya ada beribu lagi manusia yang awal. Makanya, terpaksalah parked kereta tersangat jauh melepasi tempat Tugu Negara nu. Sampai di padang tu, nampaklah ramai lagi ibu2 mengandung yang turut sama join aktiviti nih.

So, lega la rasa hati. Oh, ya! Lupa nak bagi tau yek walaupun namanya Terry Fox Run, tapi aktiviti nya x terhad pada larian saja rupanya. Ada yang naik basikal (macam En. Naufal tuh!), yang guna roller blade, yang jalan kaki sambil nyanyi, yang lari2 anak pun ada. Pendek kata, macam2 ada! ;) Ramai sangat yang join, ada yang bawak family, yang bawak Gf/Bf, yang bawak tunang, yang datang ngan kawan2, orang perseorangan dan staf syarikat2. Memang meriah sangat!!


Tu dia, Naufal dengan basikalnya. Excited bukan main!
Dalam pukul 9 pagi, semua peserta larian dilepaskan selepas ucapan pihak penganjur dan acara senamrobik tuk regangkan semua otot, urat2!! Fuhhhh, boleh tahan jauh jugak tracknya oooii!! 


Nasib baik sepanjang jalan ada yang setia menunggu, hulurkan air dan sebagainya. Ya lah, in case peserta dahaga, letih ke injured ke kan. They all memang dah fully prepared.Sangat bagus! Alhamdulillah selepas naik bukit, turun bukit, berjaya jugak kami semua sampai ke penamat walaupun x dapat no. depan2 + termengah-mengah jugak hahaha!!

Sempat jugak berenti bergambar dekat Tugu Peringantan Negara nih.

Aktiviti ni tamat lebih kurang dalam pukul 12. Kami semua x tunggu sampai habis sebab masing2 dah x larat. Sampai ja penamat, Encik Suami pun ambik kereta dan kami pun chalooo. X tunggu dah, penat rasanya. 
Apapun, kesimpulannya ialah aktiviti ni best sangat! X rugi rasa dapat join. Dapat jumpa ramai kawan, dapat segarkan badan, dan dapat jugak sampai ke Tugu Negara yang x pernah jejak sebelum nih..hahaha!! Walaupun sedikit penat, tapi berbaloi-baloi. Badan pun rasa segar, maklum sajalah dah berkurun lamanya x buat aktiviti macam gini. Paling best, mission menghabiskan quality time dengan family successfully accomplished! yeay!!  

 

Back dated!

Thursday, October 6, 2011
Yuhuuuuu..i'm back uols!!! Dah lama tinggalkan blog yang dah bersawang nih..sori sesangat yek.Dah lama x menulis, arini tetiba terasa rindu la plak nak merapu kat sini,boleh gitu?? hahaha!! But dun wori uols, all these while i missed menulis saja tp merewang ke blog kengkawan tetap diamalkan..!! In fact, rasa sangat terhibur while blog walking ke sana sini.At least x lah terlepas perkembangan kawan2 kan.

Mana nk mula dulu nih? Dlm kepala mcm2 rasa nak dikongsi, but then x tau la mana satu nk mula dulu..hehehe!! Dah tu terpikir plak kalau nak backdated mau panjang entri aku kali nih.Sudahnya aku summarize yang penting2 ja lah yek..senang skit..kira short cut gituu!! :p

Ok, ini antara highlightnya ye uols..kita share sesama yek..

Pertama:
Life dah easier skit coz en.husband dah berjaya transfer ke sini for good..yeaayyy!!En. husband kebetulannya dpt offer baru yang mana base nye kat KL ni, so lepas ni x da lagilah long distance punya relationship.  Maybe time to time dia kena jugaklah outstation tapi x kisahlah as long as base nye masih di sini. ;)
Hati pun terasa senanglah sikit + sangat happy jugak sebab apa2 pun hal pun kita dekat dengan org tersayang..kira penguat semangat kita tu ada depan mata..1 lg happy jugak tgk naufal boleh bermanja ngan abahnya..b4 this life ngan aku saja..siannnn anak mana!!

Kedua:
Kami dah pindah rumah started last May sbb owner lama nk jual rumah dia.Sedih jugakla memula sbb dah lama kat situ tp nk buat mcm mana kan..So, kami dh dok rumah lain tapi masih di kawasan yang sama dan masih lagi menyewa..huhuhu!! Sbbnya, rumah yang kami beli, awal tahun depan baru boleh masuk. Sekarang,tunggu dapat kunci and then ada few renovation yang nk dibuat. 

Ketiga:
Alhamdulillah, akhirnya selepas hampir 4 tahun menunggu Allah makbulkan jugak doa kami. Lepas raya aritu doktar sahkan aku pregnant lagi :) Maknyanya, naufal naik pangkat la uols..hahaha!! Rasa syukur sgt sbb dah lama nk tambah ahli, dan dh banyak kali failed :p Alhamdulillah, kali ni berhasil.. :)


Keempat:
Naufal pun aku dah daftarkan untuk tadika tahun depan..Tahun depan kan dia dah 5 tahun, so kena skolah dah..hahaha!! Kebetulan ada ad enrolment 2012, so teruslah aku daftarkan. Lambat2 karang x da tempat pulak. Lagipun tadika tu ada 2 sesi, and sesi pagi tu normally cepat full (kata kerani tu lah..hahaha!!) so kena daftarkan awal2. Selesai satu hal kan!!


Ok, sekian highlightnya kawan2..
Kusangkakan pendek, sudahnya panjang juga!






Shoppingggg!!!!

Sunday, September 13, 2009
Last friday amik kesempatan pegi bershopping lepas sekolah..dah ada yang ajak..x kan nak lepaskan pulak..kalau nak harap aku pegi sorang2, jangan la harap..nak tunggu hubby balik lambat lagi..and time dia balik tu nanti dah straight nak balik kampung..mana sempat kan..alang2 dah ada yang mengajak..ikut jer la..ada geng baru best skit sopppppiiiiinnngg!!

First tu pegi HAJABA jap, kakak2 aku nih nak beli tudung untuk raya nanti..baru aku tau rupanya, cantik2 tudung kat sana and baju pun ada jugak..b4 this aku ingat HAJABA jual koleksi tudung jer..hehehe, sori ha!! erm, pasal product kat sana pulak..segala jenis tudung ada..dan pada aku biasa lah..dah kalau materialnya bagus, then harga pun mestilah berpatutan kan..so, yang itu x boleh dipertikaikan okey!

Then kitaorang pegi JUSCO..Niat di hati aku nih asalnya nak beli handbag ngan kasut..hehehe!!! tapi dah pusing2 area handbang tu x dak la pulak yang betui2 berkenan di hati nih..sudahnya aku beli kasut ja..itupun aku org yang last sekali beli tau..awal2 semua x berkenan..dah dekat nak balik baru jumpa..dah tu sekali rempat terus 3 pasang ko,ambik! hahaha!! eh, satu tu aku buat pakai biasa ja sebab kasut aku putus..terus pakai ok, memang ciwi..kata orang kedah..hehehe!! yang lain tu nak buat raya,kununnya lah..hahaha!!
Sakan senyumnya yek..hehehe!!

Kak Faida sempat posing ngan handbag dia..aku jeles!! :p

Saja nyibuk time kak TZ ni pilih kasut..hahaha!!

Ni time tengah cari sorang lagi, soping sampai lupa member nih!

Aku nyibuk jugak..ada aku kisah?

Actually ada sorang lagi sepatutnya..that is Kak Jet. tapi time kitaorang sibuk tengok handbag,kasut..dia pulak ke bahagian children..nak beli baju untuk anak and anak sedara dia katanya..so, she missed la time photo session nih took place..hehehe!! sori ha kak Jet..!! :(
Apapun, we did enjoyed ourselves that day..walaupun puasa, tetap happy..yeaayyy!! ;)

Apa cerita?

Sunday, September 6, 2009
Sedar x sedar dah 2 minggu lebih kita berpuasa kan..sejap ja..dan aku pun rasanya dah lama x berblogging kan..bukan apa la, lately sibuk skit ngan family activities, sekolah lagi..by the way, hubby aku dah balik dari offshore..sehari selepas aku balik KL nie..that was on 31st August ari tu..Selepas sebulan kat offshore nun, akhirnya dapatla cuti..yeaaayyy!!! Hehehe!!
Jadinya, disebabkan itu jugaklah aktivity berblogging aku nie tergendala sekejap..hehehe!! bukan apa, kekadang tu x ada idea..kekadang pulak x dan (x sempat la tu maksudnya)..balik umah dah letih..kununnya nak masukkan entri baru tapi last2 terlupa macam tu ja..hampeh!!
Sejak hubby balik nie banyak sangat activities yang dibuat..Kata hubby, nak ganti balik la masa yang dah missed..hehehe!! Naufal pun bukan main suka lagi abahnya balik...sikit2 abah, sikit2 abah..dan aku pun lagilah suka sebab rasa macam family kecik aku nie complete semula..hahaha!! Iyalah, kalau x aku ngan Naufal je kan..
B4 this hubby ngan aku dah plan, when he came back from offshore we all nak start buat preparation for hari raya nanti..so, that was what we did la sejak dia balik cuti nih..hehehe!! Shopping..shopping..dan shopping lagi..Bukan apa tau,aku rasa leceh la kalau buat last minute nanti..sure kelam kabut punya..lagipun, hubby nanti nak balik base..next wik baru balik sini lagi..
Basically, preparation untuk aku sekeluarga ni dah halfway complete..mana yang sempat beli, kami beli dulu..yang x dapat tu terpaksalah hold dulu..for the time being, nie kami tengah uruskan barang2 Naufal..casual wear dah beli..sekarang tengah carikan dia kasut, iyalah..yang berkenan di hati dah x da saiz..yang x berapa berkenan ada la pulak..heheheh!!
Dah tu, satu lagi bab baju melayu si kecik, aku ralat jugak sebenarnya..sebab earlier aku dah beli kain nak tempah..untuk hubby and Naufal lah..tapi last2 nya, siap baju hubby je..kata tailor tu Naufalnye x leh buat bla..bla..bla..so, sudahnya sekarang nie kenalah beli yang ready made..apa nak buat kan..huhuhu!
X pa, kami akan usahakan jugak supaya dapat apa yang dihajati..hehehe!! Moga2 berjaya la kan..InsyaAllah..


Hujung Minggu..

Monday, May 25, 2009
Erm..pada yang follow mungkin dah tau kot kan yang Hubby aku balik last week..Tau x, berjalan sakan kitaorang tau..nak tercabut kaki rasanya! flat trus!! walaupun dis wik aku sibuk skit ngn activiti sekolah (Koko & tuition) tapi tetap jugak keluar..mesti! kiranya memang ambik kesempatan betui..masa memang fully utilize..best sangat!!! walaupun a bit letih sebab terpaksa rushing sana sini dan macam kelam kabut skit, kami tetap happy..Lagipun bukan senang nak spend masa sama2 as a family...ya x?
Naufal pun ada abahnya, makin sakan.."abah".."abah" ja memanjang..jeles i tau!!..kiranya aku mcm relax skit la dis week..abahnya mengasuh! Merap sungguh Naufal ngan abah dia..Terus aku teringat kes x lalu makan tu..Entah2, Naufal rindu sangat kat abah dia kot..Sebabnya, 2-3 hari nie makan ja..nak2 lagi bila abah suap! laju ja dia makan..dan bila tengok dia makan tu, aku jadi suka..hilang sekejap risau dia x lalu makan haritu..
So, berbalik pada hal jalan sakan tu td..first day hubby kat sini kitaorang p sunway piramid..dah lama x p sana..last pun masa few day b4 aku bersalinkan Naufal, masa tu ada berbuka puasa ngn member2 sekolah menengah dulu..Jadinya, balik sekolah je dapat rest jap..sementara tunggu hubby p semayang jumaat..balik ja semayang jumaat, terus keluaq!
P jalan sekitar subang jap, coz Hubby nak cari barang..then baru lepak sunway..
Naufal sibuk nak order..Nasi Ayam 1 bang!
Sibuk ngan abahnya...Aku?Huhuhu!!!
Letih berjalan, nak keta pulak!
Habis ke sunway, esoknya tu (sabtu) lepas aku aktiviti kat sekolah..kluaq lagi...Stop kat tesco setia alam ja..isi perut weh, lapaq!! perut pun dah kenyang, hubby ajak pegi KL..nak survey barang katanya!..Dah satu hal pulak..kapar-setia alam-shah alam dan akhirnya KL..cari punya cari x jgk jumpa..dah dekat kul 5 tu pegi gombak pulak..
Akhirnya, jumpa jugak! Syukurrrr!!!Hampir krem dah kaki aku dok ikut dia cari barang..huhuh!!! Naufal x yah ckp la, dah berapa kali bgn-tidoq-bgn dah! Dekat kul 7 sampai umah..then lepas isyak, dalam kul 9 tu kluaq balik sebab nak beli barang dapur..hehehe! Adventure tu!!!
Tesco Setia Alam, lapaq!!
Esoknya, lepas habis kelas SBT kat sekolah aku balik umah..ingat nk rest, tapi tgk2 hubby ajak kluaq lagi sebab katanya member pesan mintak dia tolong belikan MP3..kebetulan hubby pun nak beli tiket balik T'ganu..
Mulanya kami bertiga ja, tapi last2 nya parents aku pun nak ikut jugak..seudahnya semua ikut..sementara tunggu mak aku balik dari umah member dia, kami bawak Naufal gunting rambut..sekarang kan musim panas..sian ja aku tgk dia..rimas kot! Nasib baik dia ok, x banyak perangai masa orang potong rambut dia tu..kalau x jenuh! kira kontrol la kan..
gunting rambut..yeaaa!!!
Lepas lunch terus kluaq..cari tiket..beli barang..fuhhhhhh, x hengat punya penat!!!! semalam tu pukul 10 baru sampai umah tau...hehehe!!!!! Kononnya dah serik, tapi dah hilang letih tu rasa macam nak p lagi pulak..hahaha!!!
Apa pun kitaorang memang rasa best..kira weekend yang hactic tapi meaningful gitu..hehehe!! pasni x tau la bila pulak sebab hubby dah nak balik on duty..huhuhu!!..Nasib baik next week dah cuti sekolah, bleh la cover skit..hehehe!!!
P/s: X sabaq nak cuti..yeaaaa!!!! To hubby, bang pasni gi langkawi nak?..lama dah x p :(

Kemas umah..

Saturday, November 1, 2008
Fuhhhh..Akhirnya! Teratur balik rumah aku..Betul!!!..Ada anak kecik nie memang macam gini lah, huru hara! Kalau nak kemas pun kena tunggu dia tidur. Kalau x, takkan ada maknanya. Sia-sia saja sebab mesti akan bersepah, semak balik. Nasib baik umah aku nie kecik aja, kalau x mau pengsan dibuatnya..
Itu baru hall tau, belum masuk kitchen lagi. Abih tunggang langgang. Sekali tengok macam baru lepas kena ambush! Hahaha!!!! Tapi, walaupun penat dan kena buat benda yang sama everyday, aku dah kisah sebab aku tau budak tengah nak membesar. Kira ok la jugak macam tu kan, buatnya dia pasif ja aku pulak yang huru-hara nanti. Ya tak?


Ni keadaan rumah aku sebelum kemas..Seharian macam nih, dari pagi sampailah si Naufal tidur..



Ni pulak keadaan rumah aku selepas aku siap kemas, lepas anak teruna aku yang sorang tu tidur..