Showing posts with label Jom Masak!. Show all posts
Showing posts with label Jom Masak!. Show all posts

Hobi baru (^^,)v

Sunday, May 25, 2014
Salam semua
Aku dah ada hobi baru. Apa? Now i'm into baking! Bukan pro pun, amatur sangat, masih belajar-belajar lagi. Google resepi-resepi menarik kat internet then cuba buat. Kalau jadi alhamdulillah, kalau x jadi maka kena cuba lagi la kan.  Minat memang dah lama, tapi x secara serious pun. Zaman-zaman muda dulu tu x nampak kepentingannya sangat. Sekarang, ambik ko!

Yes, being the youngest in the family memang diakui aku nih spoiled sikit. Bab masak memasak memang zero. Nak buat biskut time raya ke memang on ja tapi bab masak? Fuhhh..berfikir ja pun boleh buat aku berpeluh sejuk. Bila nak kawin baru terhegeh-hegeh belajar, kunun petua nak tambat hati suami..hahaha!! Memang menyesal ooii! Sepatutnya dari dulu lagi belajar. Ni dah tua2 gini baru bertatih. Nasib baik ada kemajuan teknologi, dapatla jugak cover sikit demi sikit dan sekarang nih jadi seronok pulak. Pada aku paling tidak dapatlah penuhi permintaan bos-bos kecik kat umah.


Ok, sekarang aku dah beli BM. So, dengan adanya 'pembantu' makin semangatnya aku meroti. 1st time ever aku buat roti ni tau. Ya, dah umur 33 tahun.. Ini lah julung2 kalinya aku buat roti. Sebelum ni X PERNAH! Tapi orang kata, better late then never kan..Hahaha! 

My 1st attempt:

Chocolate Bun With Raisin! 
Tak berapa jadi sebab x gebuuuusss..but not a total disaster jugak, still eatable!(^^,)v

Ini pulak my 2nd attempt. 

Chocolate Rice Bun and Cheese Bun! 
Better, roti pun lebih lembut. Fuhhh..lega!

**** Practice make perfect kan..Ok, nanti cuba lagi! (^^,)v ****

Breville Bread Maker


Assalamualaikum...Selamat Petang.

Alkisahnya, sejak joint kelas aneka roti hari tu macam semangat sungguh nak cuba buat roti sendiri. Maklum sajalah, belajar benda baru kan. Teori asas nak merotinya dah tau, tapi praktikalnya tu belum lagi . Sebelum nih kalau nak buat pizza ringkas untuk anak-anak tu lepasla. Tapi, kalau bab-bab roti yang macam kita beli kat kedai-kedai tu memang tak lah..hahaha!!

Satu halnya bila nak buat roti nih ialah bab menguli. Haah bila cakap bab menguli, memang aku failed.Akak tidaklah rajin dik non oiii. Itu la faktor yang selalu membuatkan terbantut niat suci nak meroti.TETAPI! Itu semua dah x jadi masalah besar sebab sekarang aku dah ada pembantu, hihihi!!

Sebenarnya aku memang dah lama nak bread maker (BM). Nak memudahlah kerja-kerja meroti kununnya. So, lepas kelas meroti haritu aku pun pasang angan2 nak BM sebiji (memang kena berangan dulu sebab harga BM memang boleh tahan ooii). Memandangkan aku ni masih amatur jadi aku pilih untuk cari BM yang harganya agak berpatutan tapi hasil memuaskan. Survey punya survey ramai yang suggest brand Tesco. So, mula la aku menjelajah merata tesco yang terdekat tapi semuanya hampa. Semua tempat yang aku pergi "out of stock". Frust menonggeng!!

Apa yang jadi? Last 2 weeks jalan-jalan Mid Valley dating dengan hubby. Sempat menyinggah ke Harvey Normen sekejap sebab husband aku memang suka tempat-tempat gini. Kira macam cuci-cuci mata gitu. Sementara dia melayan perasaan, aku panjangkan langkah nun ke bahagian kitchen ware sebab nak mengintai BM sekejap, hihihi! Dekat 15 minit jugak aku membelek-belek 2-3 biji BM kat situ. Best woooo..Macam-macam brand with macam-macam function ada, memang meletop! Tapi itulah, harganya pun meletop..huhuhu!!

Tiba-tiba husband tanya, mama nak ke? Aku terus jawab sambil tersengih, nak! nak!! Kalau nak, ambik lah..Hah, macam tak percaya uols..tapi sebab orang dah offer kan, rugilah kalau menolak..ya x?? hahaha!! Hadiah hari ibu katanya..Wah, terima kasihhhhhh! Aku pilih yang Breville Bread Maker nih. Harga exact x ingat tapi dalam RM500 kot. Hari tu HN tengah sale so dapat la diskaun sikit, RM450.

Here it is!

 Breville Bread Maker

Balik rumah hati sudah berbunga riang. Senyum sampai ke telinga. Iyalah, sekarang dah ada pembantu mestilah semakin bersemangat nak meroti. X payah uli sendiri lagi dah,yeayy!!






Kelas Memasak

Tuesday, April 22, 2014
Assalamualaikum..

Kelas memasak, itu aktiviti last two weeks..1st time join kelas masak tau. B4 this memang dah lama jugak nak masuk kelas apa, tapi x da peluang. Ada saja hal yang menghalang. Then last two weeks kebetulan x da agenda, ada tempat kosong + ada geng jugak maka terus je join class. Entrance fee pun affordable, so ok la kan. So, dapat la pengalaman baru kat kelas masakan. Kawan baru pun dapat jugak! (^^,)

Kelas masakan yang baru lepas tu cikgu ajar camana nak buat nasi arab dan aneka roti. Ada yang cakap, berguru dengan En. Google pun boleh pa sbenarnya. Ya la uols memang betul, tapi join kelas pun ada bagusnya jugak. Steps yang diajar tu nampak lebih clear gitu, lebih detail la kononnya. Nak tanyakan apa2 kemushkilan pun lebih mudah sebab tok gurunya ada depan mata. So, kalau ada soalan berbangkit direct saja. 

Belajar buat Nasi Arab ni bukan apa sebenarnya. Kan ke sekarang tengah glemer menu nih. Tu yang nak belajar. Ala2 nak mengkagumkan En. Suami pun ada gak skit2..hahaha!! Paling penting belajar buat aneka roti. Skill yang satu ni memang dah lama berhajat nak belajar sebab anak teruna bujang tu kurang makan nasi, suka makan roti.  Maka mamanya kena lah usahakan sesuatu kan. X gitu uols? Ada jugak belajar2 sendiri, ambik resepi kat internet. Tapi kadang2 x menepati piawaian juri gitu, huhuhu..

Ok, kelas memasak aritu x lama. Lebih kurang 2 jam setengah je. Anak muridnya pun x ramai sebab memang nak gitu. Ramai-ramai karang lain plak jadinya, hahaha!!

Nasi Arab Khabsa

 Tadaaaa..ni roti keju, cinnamon roll dan roti sosej yang dah siap dibakar.


 Pizza! Ni si Naufal suka nih.


Ha..ni anak2 murid bersama dengan cikgunya. Cikgu yang 3 dari kanan tu. Sweet ja dia kan?


Yang pasti last class was a success. Kami pun enjoyed and we had fun learning. Siap ada demand suruh buat kelas lagi . Pasni join kelas kek plak. Can't wait!!






Simple Pizza!

Tuesday, September 24, 2013
Projek pagi ahad lepas, Pizza!! Selalunya guna roti gardenia tu ja. Tapi naufal semalam awal2 dah pesan.."nak pizza mama, yang roti x nak". Hambik kau! Demand anak i,hahaha!! Maka mulalah sesi menyediakan home made pizza yer uols..

Bahan untuk Doh Pizza:

4 cawan tepung (diayak)
2 sk yis
1 1/2 cawan air suam
1/4 cawan minyak zaitun 
( erk..aku x da minyak zaitun, jadi ku belasah minyak biasa je..hehehe)
secubit gula
Secubit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada mangkuk dan permukaan atas doh

Cara nak buat Doh Pizza:
  • Masukkan gula ke dalam air suam, then masukkan yis - biarkan 5 minit (x yah sibuk2 kacau dah!)
  • Masukkan tepung, garam, minyak then air bancuhan/campuran yis tadi
  • Guna dua2 belah tangan gaul doh sampai doh x melekat kat tangan.
  • Keluarkan doh pastu uli lagi tadi atas papan pencanai. 
  • Lipat dari tepi kiri-kanan ke dalam, then tolak guna tapak tangan - buat sampai adunan tu lembut yer..
  • Sapukan sedikit minyak ke dlm bekas/ magkuk, masukkan doh yang siap diuli tadi.
  • Sapu sikit minyak kat permukaan atas doh then tutup dengan wraping plactic- biarkan 30 minit.
  • Keluarkan doh yang dah naik pastu tumbuk/ penyet bagi kempis.
  • Bahagikan doh ( ikut le besar mana nak yer)
  • Leperkan doh tadi, cucuk2 sikit dengan garfu supaya udara keluar.
  • Siap!
Ni lah rupanya doh pizza aku lepas diuli dengan gigihnya. Lebih exact rupa doh sebelum kembang yer uols..Time dah kembang lupa plak nak snap coz si pembuat doh dah terlampau excited tengok dohnye kembang..ok, sekian!
 
Bahan untuk Topping:

Sos  pasta
Bawang besar
Sosej/ Chicken Slice/ Crab stick
Cendawan/ Nenas
Capsicum 

** Actually untuk topping nih ikut suka hati uols je. Selera sendiri. Rasa nak letak apa,silakan yer **

Disebabkan bahan-bahan yang wujud dalam peti ais kat umah nih x berapa nak meriah, maka bahan2 ini je lah aku jadikan topping pizza tadi yer!

** Sambil2 tu sila panaskan oven yer..**
Hias sesuka hati seenak rasa saja! Hehehe!!

Ok, jom bakar!
Aku bakar pada suhu 180°C ( Guna api atas bawah ). Masa plak dalam 20-25 minit gitu.
Tadaaa..siap sudah!!

Makan masa panas2..10 minit licin! Hahaha!!

Ni hah ada lebihan doh, nak makan tapi dah kenyang plak. Makanya jangan membazir yer uols. Aku leperkan, masukkan dalam plastik pastu simpan dalam fridge. Nak makan nanti kuarkan..hehehe!

Naufal nak lasagna!

Tuesday, August 27, 2013
Salam..

Ribut x dak..angin x dak alih2 entri pertama 2013 terus masuk bab makan..hahaha!! X kisahla kan uols!!

Petang semalam lps balik dari menghantar naufal mengaji terus buat benda alah nih..sebabnya anak teruna tu mintak nak makan.

lasagna

Sumpah! Seumur hidup memang x pernah buat..tapi dah requested maka kena la usaha buat..bermula la misi 'menggoogle' resepi di internet..cari resepi dh 1 hal..x tau bake pakai microwave pun satu hal..hahaha!!

Nasib baik ada kawan tersayang yg tlg..tenkiu monaaa!!! Maka setelah bertungkus lumus berperang di dapur kecilku itu..terhasillah lasagna nih..

Thanks to:
Blog cahaya cintaku owned by kak ana suzana. Siap instruction step by step yang sangat2 membantu bg org yang x tau macam aku..hahaha!! Simple + sangat senang nak buat..sedappp jugakkk!

Adoiii si Tuan Kecik

Wednesday, December 8, 2010
" X nak.." Haih..susah sungguh lah dia nih nak makan..!! (''_) Bagi ini x nak, bagi itu x nak..Asyik layan makan honey star ja..klu makan nasi pun puas pujuk, paling banyak pun 5  suap..huhuhu (''_)..yang dia nak, main, main dan main lagi.. Mati kutu aku!! (ops!! Itu bidalan semata ya uols..i x da kutu ok!) Sudahnya, aku pun tanya:

"Naufal..naufal nak makan apa arini??
and he answered:
"Afal nak nasi ayam mama..afal nak shuup!!" 
 So, Nasi Ayam it is!

Inilah menu join venture cik ujie bersama cik nab, as requested by my tuan kecik!! Yup, mama + tok nya telah bertungkus lumus menyediakan nasi ayam dengan harapan anak /cucunya akan berselera makan..hahaha!!

 Our home made Nasi Ayam 
(sila abaikan presentationnya ya..i hantam ja)



My tuan kecik 
(having his nasi ayam sambil melayan cartoon, as usual lah uols..!!)
End resultnya pada petang itu: 
Nasi + "Shuup"(ayam x nak ok!) = Perutnye buncit + i'm happy!!..
Sangat2 happy uols..Yeayyyy!!
Suddenly, lepas selesai makan..he said:
Naufal: "Mama, afal key-nyang..afal  de baby!" 
(while pointing at perut yang buncit itu!!)
Aku: Huh...??  opsss!! alamak!!
(while biting my nails!)
*** hurmmm..penangan nasi ayam kah?? Hahahaha!!***


Menu Hari Ini..

Thursday, December 2, 2010
Ehem..ehem..!!

Alhamdulillah, En. Hubby arrived home around 9.30 pagi tadi uols..Sukaaaaaaaanya!!! Hurm, kalau uols nak tau..dalam kes En. Hubby nih, normally bila outstation (offshore terutamanya) masalah lain x jadi kudis sangat cuma bab makan ja yang kekadang buat down skit..Hehehe!! Katanya, makan ikut apa saja yang chef sediakan..Walaupun kadang2 x kena selera tetap kena telan jugak coz if not, macam mana nak kerja kan..dah tu bila ditanya, jawapan yang paling famous ialah "sesuai ke x sesuai ke bedal sajalah yang.." katanya..(sian laki i,hahaha..!!)

So, rentetan kepada perihal itu makanya as usual, bila dah balik dari outstation nih..mesti dah ada dah menu yang dia nak makan..and disebabkan itu jugak harini before sampai rumah nih, dia dah called awal2 cakap nak makan apa today..Sebagai memenuhi permintaan En. Hubby itu, maka si isteri ni pun pergi lah mencari apa yang dihajatkan..


Tadaaaaaa...!!! Ini lah menu untuk hari ini as requested by En. Hubby..


 Main menu for lunch ialah Sambal Keli/Keli Sambal + Ayam Kampung Goreng Berempah..his 'feveret', hahaha!! Fuhhh..Seb baik dia cakap awal2, bleh la aku redah market Jitra tu beli semua bahan yang nak dimasak..kalau x, mau sentap!! 

Hati ni pun terasa sangat senang + syok bila masa aku tengok En. Hubby tersandar kekenyangan lepas makan..hahaha!!! Sangka aku nih tu tanda2 dah puas dah la agaknya..Ha malangnya,jangkaanku meleset sama sekali..Sebabnya, En. Hubby makan menu yang sama for dinner tadi ok!..Nak buat macam mana, "sedap, x puas makan!!" kata dia, bukan aku tau..hahaha!! Hah,reaction aku pulak?? Apa laginya, aku pun tersenyum meleret dengan bangganya..hehehe!!

Buat yang senang ja..!

Thursday, September 10, 2009
Erm..syok tengok org buat menu segala macam untuk berbuka time bulan puasa nih..aku dis week and coming week nie berbuka ngan Naufal ja kat umah..hehehe!! Hubby suddenly kena on duty, so dah pegi offshore lagi ..InsyaAllah, next thursday baru balik sini...
Everyday kan, lepas dah ambik Naufal kat nursery kami berdua memang lepak umah ja..sebabnya bila dah balik umah amatlah malas nak kluar balik..jadinya jangan harap la nak kluar dua-tiga kali..hahaha!!

Bila dah macam tu, sudahnya untuk berbuka aku masak ja..yup, walaupun dok berdua ngan Naufal ja aku tetap masak tau..hehehe!! Tapi, menu yang simple2 ja la..kiranya memang dah habih segan punya menu la..hahaha!! Habih, nak masak macam2 sapa pulak yang nak makan kan..nanti jadi membazir pulak,ya x? Membazir? no..no..no!!! x baik tau.!
Jadi, menu berbuka arini adalah.....
Sambal Telur...
Sayur Campur..
Ini la the whole pic of menu untuk aku berbuka arini..opss, nugget stick tu Naufal punya ok! dia suka nugget tu sebab mixed ngan madu..and jangan x tau k, tadi dekat 4 batang jugak dia makan..sambil2 tengok cartoon "Wordsworld"..
Aku dah tergoreng lama skit tadi..hehehe!! tapi nasib baik dapat diselamat kan..kalau x sian naufal..huhuhu!! itula, tadi sambil masak aku jemur kain..sudahnya terlupa nugget tu atas api..hehehe!! sori ya sayang, mama x sengaja..
***Erm, esok nak masak apa pulak yek???***

Jom makan sup!

Wednesday, April 8, 2009
Nyummmm!!! Jom makan sup..!

Sup Sayur Campur.

Bahan2nya:

  • cendawan
  • carrot
  • brokoli
  • fishball lada hitam (ditumbuk)
  • halia (dihiris)
  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih (dihiris)
  • kiub ikan bilis/ayam
  • sedikit sos tiram
  • air
Cara2nya:
  1. tumis bahan2 yang dihiris
  2. masukkan fishball
  3. masukkan sos tiram, lada hitam dan air
  4. masukkan garam secukup rasa
  5. masukkan carrot, brokoli dan cendawan
  6. masak untuk 5 minit dan siap!


Hobi baru..

Tuesday, April 7, 2009
Sejak dua menjak nie aku interested ngan resipi..Mengumpul resipi yang best untuk dicuba..Walaupun kadang2 benda tu menu biasa ja, tapi tetap nak jugak nak kumpul.. Ya la nak jugak tau resipi lain macam mana kan..As for the time being aku tengah sibuk ngan resipi sup..Hehehe!!!

Jangan salah sangka ya, bukan ciptaan sendiri..mostly aku dapat resipi ni kat internet and magazines..Tapi ada jugak yang aku cilok dari mak aku..Jadi mana atau apa saja yang menarik pada aku dan sesuai untuk kongsi, aku masukkan dalam blog ni..Hehehe!!!
Terbaru sekali masa aku surf net, terjumpa la resipi nie..Ingat nak cuba nanti..Nampak menarik!



SUP SAYUR OAT BERCENDAWAN

Bahannya:

  • sawi /bayam/carrot ~dipotong kecil
  • kiub bilis/bilis goreng n tumbuk
  • 6-7 sudu mkn oat
  • 1 liter air 5 ulas bwg putih ]
  • diketuk 2 ulas bwg merah ] dimayam
  • 2 kuntum cendawan kering~direndam dan dipotong nipi
Caranya:

  1. tumis bwg merah n putih hingga naik bau.kemudian masukkan air.biar mendidih.
  2. masukkan kiub,biar hancur.
  3. masukkan sayur, cendawan dan biar mendidih.
  4. masukkan oat.biar seketika.siap!

* Kepada tuan empunya resepi, terima kasih banyak!! ;)