Simple Pizza!

Tuesday, September 24, 2013
Projek pagi ahad lepas, Pizza!! Selalunya guna roti gardenia tu ja. Tapi naufal semalam awal2 dah pesan.."nak pizza mama, yang roti x nak". Hambik kau! Demand anak i,hahaha!! Maka mulalah sesi menyediakan home made pizza yer uols..

Bahan untuk Doh Pizza:

4 cawan tepung (diayak)
2 sk yis
1 1/2 cawan air suam
1/4 cawan minyak zaitun 
( erk..aku x da minyak zaitun, jadi ku belasah minyak biasa je..hehehe)
secubit gula
Secubit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada mangkuk dan permukaan atas doh

Cara nak buat Doh Pizza:
  • Masukkan gula ke dalam air suam, then masukkan yis - biarkan 5 minit (x yah sibuk2 kacau dah!)
  • Masukkan tepung, garam, minyak then air bancuhan/campuran yis tadi
  • Guna dua2 belah tangan gaul doh sampai doh x melekat kat tangan.
  • Keluarkan doh pastu uli lagi tadi atas papan pencanai. 
  • Lipat dari tepi kiri-kanan ke dalam, then tolak guna tapak tangan - buat sampai adunan tu lembut yer..
  • Sapukan sedikit minyak ke dlm bekas/ magkuk, masukkan doh yang siap diuli tadi.
  • Sapu sikit minyak kat permukaan atas doh then tutup dengan wraping plactic- biarkan 30 minit.
  • Keluarkan doh yang dah naik pastu tumbuk/ penyet bagi kempis.
  • Bahagikan doh ( ikut le besar mana nak yer)
  • Leperkan doh tadi, cucuk2 sikit dengan garfu supaya udara keluar.
  • Siap!
Ni lah rupanya doh pizza aku lepas diuli dengan gigihnya. Lebih exact rupa doh sebelum kembang yer uols..Time dah kembang lupa plak nak snap coz si pembuat doh dah terlampau excited tengok dohnye kembang..ok, sekian!
 
Bahan untuk Topping:

Sos  pasta
Bawang besar
Sosej/ Chicken Slice/ Crab stick
Cendawan/ Nenas
Capsicum 

** Actually untuk topping nih ikut suka hati uols je. Selera sendiri. Rasa nak letak apa,silakan yer **

Disebabkan bahan-bahan yang wujud dalam peti ais kat umah nih x berapa nak meriah, maka bahan2 ini je lah aku jadikan topping pizza tadi yer!

** Sambil2 tu sila panaskan oven yer..**
Hias sesuka hati seenak rasa saja! Hehehe!!

Ok, jom bakar!
Aku bakar pada suhu 180°C ( Guna api atas bawah ). Masa plak dalam 20-25 minit gitu.
Tadaaa..siap sudah!!

Makan masa panas2..10 minit licin! Hahaha!!

Ni hah ada lebihan doh, nak makan tapi dah kenyang plak. Makanya jangan membazir yer uols. Aku leperkan, masukkan dalam plastik pastu simpan dalam fridge. Nak makan nanti kuarkan..hehehe!

0 pssssttt...!: