Selamat Hari Raya!!!

Saturday, September 26, 2009
Erm..rasanya belum terlambat kot kan untuk aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua..past weeks nie x sempat nak update blog sebab bz ngan mood nak balik kampung..and when dah kat kampung, terus terlupa dengan perihal berblogging nih..heheheh!!! By the way kengkawan, tahun nie giliran beraya kat kampung aku yer..tu yang feel lain sikit tu, hehehe!! Aku balik kampung 2 hari b4 kita raya..tau2 sajalah, bila dah kat kampung..macam2 nak dibuat, ya x?..lagi satu kesian la kat mak aku sebab dia seorang yang menguruskan semua benda kat umah..ayah kan x kuat sangat dah.. :(
Jadinya, kesempatan yang ada tu la aku gunakan untuk buat apa yang patut..boleh tahan letih jugak la..tu pun mak aku dah sempat jugak buat kuih b4 aku balik..kuih fav kami sefamily, biskut arab!..aku dah ckp x payah la buat tapi katanya, kalau x dak kuih tu rasa macam x lengkap ja..makanya, dua kuih mak aku buat..yang lain tu kuih tunjuk je k..aku beli (sebab rasa bersalah la jugak sbenarnya), hahaha!!!

Alhamdulillah..raya tahun nie meriah jugak..tapi kalau semua dapat berkumpul lagi best la kan..soalnya, masing2 pun ada komitmen sendiri ya x?..this year my elder brother beraya kat umah in law dia, kat melaka..and anak sedara aku pulak (anak arwah kakak aku) beraya kat teluk intan dulu, umah opah dia..x kisahlah, yang penting semua happy kan..kan..
Lagi satu, meriah jugak sebab selepas 2 tahun family kami nie huru hara..tahun nie kami semua dapat kumpul semula ramai2..tok, wan, pakngah, makngah, paklang, maklang, pakcik, makcik..semua sepupu, sepapat..wah, aku suka!! Syukur..alhamdulillah..



Keluarga En. Fazli..


Saling bermaaf-maafan..

Semoga syawal ini jugak bererti untuk kengkawan semua ya..
Selamat Hari Raya..Mohon maaf zahir dan batin...

0 pssssttt...!: