Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Camping pulak!

Saturday, September 14, 2013
Salam & hi!

Berblog dari sekolah tersayang malam nih. Sebab tersangkut dengan Program perkhemahan unit beruniform. Jadual asal terlibat untuk jadi faci. Itu pun untuk satu slot saja petang tadi. Tapi lepak punya lepak, terovernight pulak. Ntah macam mana aku terlebih sudah, hahaha!!

Haip, perhatian!
Serious smuanya dengar taklimat ketua kem. Jangan x tau, time ni semua semangat tengah berkobar-kobar lagi nih..

 Anak2 sibuk dengan aktiviti..cikgu2 pun sibuk dengan bbq reparation bbq untuk makan malam anak2!

Ha..dah kenyang perut, kita sambung lagi dengan aktiviti malam pulak yer anak2!

Fuuuuhhhh!!
Ni baru lepas sentry..cikgu dah mengantuk x ingat tapi si anak-anak muridnya pulak nak suruh tidur pun seksa ooii. Excited sgt gamaknya bila dorang dapat tidur kat sekolah ..hahaha!

Ok, mau out sudah! Mata sudah berat rasanya nih. I chow dulu ha uols..!

Mari!! Mari!! Jualan Amal!!

Friday, October 7, 2011
Ehem2!! Testing 1,2,3..! Ok uols, ni nk promosi skit nih. Esok kat sekolah aku ada Karnival Jualan Amal 2011. Tujuannya nk tambah dana badan kebajikan sekolah yang dh x berapa nk ada, hahaha!!! + nk tambah infrastruktur skit untuk budak2 :) 

Esok ni macam2 ada tau. Kita ada gerai makanan, minuman, games, online games, jumbo sale, sampaikan lagu, karaoke, pertandingan fesyen kanak2, pertandingan teka kacang + macam2 lagi lah!! Kalau nk tau, kenala mai..hahaha!!  


Ops! B4 terlupa, urusniaga semuanya gunakan kupon tau. Huh? X de? Dun wori uols, kat situ ada jugak kaunter yang jual kupon, so boleh beli kat situ nanti..Maka, sesiapa yang berdekatan tu dijemput lah datang beramai-ramai yer. Sama2 kita meriahkan karnival nih. 

MEMBELI SAMBIL MENDERMA UOLS!!

Kursus..course..kursus..course..!!

Sunday, October 4, 2009
LADAP lagi! Patutnya arini bleh spend masa ngan family..kebetulan hubby balik dis week..tapi apa nak buat, ada kursus pulak..and course ni pulak compulsory..so, no choice la kan..nasib baik hubby ada kat umah dis week, so aku x payah la nak hantar Naufal kat nursery..kalau x, kesian pulak dia..weekend pun kena stay kat nursery tu..huhuhu!! Hah, LADAP tu apa?? LADAP- Latihan Dalam Perkhidmatan..tu dia!

Focus..focus..focus!

So far belum ada apa2 plan lagi untuk arini..tapi last night, pet sister aku ada ajak we all keluar..temankan dia nak shopping..tp my hubby belum decide lagi nak join ke x..tengok macam mana nanti..

Berbalik pada LADAP nih..actually, b4 this we all ingat LADAP ni dah habis..sebab b4 this requirementnya all teachers kena adakan 5 courses..tup2 kena tambah lagi 2..kebetulan masa pun dah nak dekat cuti kan..so, pihak atasan pun suggested kena buat this month lah..dis week 1, and dis coming week satu lagi..then baru complete! X pa lah kan..think +ve lah, bukan untuk org lain..untuk aku jugak kan..for me to improve myself..ya x?..semoga improve lah hendaknya..hehehe!!

Elleh kak jet..ya..ya ja tu!


Posing b4 balik..

sempat lagi nih..

Ujian Bulanan..

Tuesday, August 11, 2009
Hem..arini pupils dah start their 2nd monthly test..starting 11hb until 13hb nih..hopefully they all bleh jawab semua papers tu..early in the morning tadi aku dah kena 'jaga' satu kelas untuk paper BM(Pemahaman)..so, sekarang nie aku rest la..after resest nanti baru straingt on duty sampai balik.. :)
Tenang..tekun menjawab soalan..
Fokus..fokus..dan fokus..!
Walaupun suasana x secure (ancaman kesihatan gitu kan)..tetap bersemangat..!

Netball..Oh, netball !!!!

Monday, July 20, 2009
Erm..these past few weeks nie been kinda bz sebab selalu kena turun tengok pupils training for netball championship..a.k.a Tunas Olimpik..which is TOMORROW! Actually kan, every year memang ada game macam nie..n every year memang akan join.. untuk tunas olimpik ni, the players were all selected from yr. 4..maksudnya Jr. la..kiranya, those yang been selected tu akan diserap to be the school player soon..
So, back to the training..actually tadi petang ada friendly match ngan 1 on the school kat area kapar nih..sadly, we lost! erm..how to say this, actually we didn't really want to put high hope on this, sebab ini their 1st xperience main dengan sekolah lainand their 1st xperiance jugak join games outside the school..so, what do we x-pect kan..It just that, kinda frust jugak sebab if look at their performance this evening..rasa macam hampeh sangat..coz, they seems to forget what they've learned..semuanya main lintang pukang..blur sangat jadinya..
tapi, bila fikir2 balik..nak salahkan they all pun x boleh..coz there are few factors yang contibute to such things jugak..lagipun they are all new player..and training pun x lama compare dengan the Sr. one..
Paling aku x best td..coz tengok muka masing2 yang macam frust gila sebab dah kalah..itu baru friendly match..not the real one yet..cuba imagine, what if they face the real game esok..cane la rupanya yek..earlier tadi pun, masing2 dah cuak when they saw their opponents' face..nak2 lagi, bila opponent tu seems lebih tinggi dari they all...confidence level pun tetiba hilang..maybe that's why they played so bad kot..rasa takutnya lebih dari yakin..ya x? Siannnn....
Esok dah the real game..so, just hope for the best la kan..harap2 they can perform well lah..Go SAMAT..!! cayok! cayok!!!... Guys, do pray for us k..! ;)

Kursus, kursus dan kursus......

Tuesday, June 2, 2009
Erm..akhirnya selesai jugak kursus 3 hari yang compulsory tu (kunun!)..Last 2 day, course was held kat Samat..tapi the last day, which is today course was held kat other skul..Kenapa kat tempat lain?.. sebab facilities kat sekolah nie a bit better then my school :(
multi reaction..?
Course today kena guna internet..kalau kat sekolah aku di sana nun, computers mostly not in good condition..lebih banyak rosak dari yang sempurna..habih, macam mana kan?..lagipun x dak wireless service..so, lagi susah la..

EduWebTv
Actually, kat sini(tempat dirahsiakan atas sebab menjaga nama baik peminjam ok) pun x semua computers bleh guna..tapi x terjejas sangat course coz ramai cekgu2 yang bawak laptop+broadband sendiri..contohnya diriku ini,hehehe!! Kiranya, yang x dak laptop tu bleh share guna desktop sek ni.. :)

Buang masa!
Overall, today's course lah yang paling best..hehehe!! ni pada aku lah ya, orang lain mungkin lain opinionnya..x gitu? sebabnya, course harini macam relax skit..past 2 days macam pening skit..headcount+kajian tindakan..huhuhu!! aku tensen sebab masa headcount tu dah half way, lappy aku buat hal..terus effected my whole day..huhuhu!!

Headcount

After this there'll be no more courese..good new kan?..hehehe..Apa pun, i did enjoy myself walaupun kekadang rasa x best..:p

Ambil kesempatan..

Wednesday, May 20, 2009
Memandangkan dis week exam week, makanya cikgu2 pun ambik kesempatan la settlekan buku Adab Belajar and PLBS murid..terpaksa la ambik kesempatan yang ada sebab pasnie dah bz nak mark papers pulak kan..serabai dah jadinya..nak2 lagi class teacher, semua mesti up to date..smua kena complete...lagipun x lama lagi dah nak cuti sekolah..so, everything nak kena siapkan cepat..


Keadaan meja aku yang berselerak..huhuhu!!


Punya nak cepat sampai aku tercop terbalik...

Buku2 PLBS nak kena isi..

Minggu periksa

Tuesday, May 19, 2009
Harini pupils dah start their mid year exam..until friday full ngan exam ja..apa pun, hopefully they all can do well nanti..dan harap2, result pupils nnti pun bagus..bab result nie depend on pupils' ability sbenarnya..mana2 pun mesti ada group yang cemerlang dan ada jugak yang lemah..adatla tu kan..so, as teachers kita kenala berhati2 dalam hal2 mcm nie..yang menonjol tu kita bimbing ja..cuma, yang lemah nie saja la kita kena use extra effort skit..
To all pupils,
Good Luck in your exam..May Allah blessed us forever!

Senang ke?

Sunday, May 3, 2009
Cuti 3 hari pun dah nak berakhir nih..Esok back to working days dah..Erm, this coming week aku akan bz skit sebab dah nak dekat peperiksaan pertengahan tahun..When it comes to exam nie aku sure nervous punya..walaupun bukan aku yang nak ambik exam tu..hehehe!!
Bukan apa, expectation kepada pupils yang buat aku x tenteram..Sometimes, jadi frust sebab hasilnya x seperti yang kita harapkan, walaupun kita dah ajar benda tu berulang kali..Tapi itulah, dah namanya pun mengajar..jadi mestilah buat sampai pupils dapat apa yang kita ajarkan..
Aku teringat kata2 lecturer aku dulu bila ada di antara kami yang berpendapat lebih senang jadi cikgu, tapi balas lecturer aku tu "mengajar itu mungkin mudah tapi mendidik anak bangsa itu mungkin berbeza"..Pada mulanya aku x ambik pot sangat dengan kata2 beliau tu.Tapi bila aku dalam bidang ni, pendapat lecturer aku tu memang betul!
Mengajar berbeza dengan mendidik..Mengajar memang mudah, tapi mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna mungkin lebih mencabar dan sukar untuk dicapai..Semua orang boleh mengajar, tapi untuk mendidik belum tentu..Perlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi untuk ke tahap itu..
Bagi aku yang masih baru dalam bidang ni, susah payah mengajar mungkin dah jadi lumrah, boleh kata perkara biasa..Tapi mendidik anak murid untuk maju ke hadapan pada aku lebih sukar. Nak tanamkan nilai2 yang bagus dalam diri murid2 zaman sekarang bukannya perkara mudah. Perlukan kesabaran, kecekalan dan semangat yang tinggi..Kalau x, hancur jadinya..Betul x?
Jadi, jangan ingat kerja cikgu nie senang..sama ja macam pekerjaan lain..Mana ada benda yang senang ja..Apa kerja pun mesti ada cabarannya kan? Senang atau susah tu x perlu kita nilai, yang penting kepuasan yang kita dapat dari apa yang kita usahakan..Itu yang penting!!

Di observed/dicerap..?

Thursday, April 23, 2009
Memang..semalam aku di observed (dicerap)..hahaha! tapi result tu aku belum dapat lagi..sebab PK yang observed aku tu bz skit semalam..belum sempat bincang pun ngan dia..bukan la x pernah di observed sebelum nie, tapi since aku bertukar ke sesi pagi nie..this is my first time la..Rasanya aku dah buat yang terbaik..cumanya berdebar nak tau markahnya sajalah..nak jugak tau apa yang kurang..apa yang lebih...apa komen yang observer bagi..apa pun, harap-harap semoga semuanya baik la kan..Semangat!!!!

PIBG

Friday, March 6, 2009
Haha..esok ada meeting ngan parents a.k.a PIBG.. dan bila sebut bab PIBG ni, macam macam boleh jadi..kalau tahun lepas, lawan berbahas sakan disebabkan hal perbelanjaan..tahun nie x tau macam mana pulak..harap2 x la jadi macam yang sudah2..
Macam ada satu tempat ni (lokasi dirahsiakan!), meeting sampai ke petang..x berhenti kat situ disambung lagi sampai ke malam sebab x mencapai persetujuan penuh bila ada usul yang dibahaskan..huh, dasatkan? Jenuh, mau kusut otak lepas meeting tu kan? Isssshhhhh.....
Pada dasarnya persetujuan untuk satu2 usul memang perlu, tapi semuanya mesti lah bertolak ansur..Kalau masing2 nak ikut kepala otak sendiri alamatnya, x selesai la masalah nanti..Dan lagi satu, setakat yang aku perhatikan..ada kalanya, kita nie lebih suka menggunakan emosi.. dan bukannya akal fikiran..Nak2 lagi ditambah sikit dengan ego sendiri..jadinya masalah bukan selesai, tapi tambah kusut..Itu yang buat keadaan bertambah teruk..
Ada jugak yang suka menunding jari pada kesalahan org..Itu tak betul,ini tak betul..Tapi bila sampai masa dia, pandai pulak dia mengelak! Macam2 kan..
Erm..Apa2 pun, harap2 esok semuanya akan berjalan dengan lancar..World peace!!..Aminnn!

Aduhaiii...

Pupils kat sekolah baru ja habis exam, jadinya dis week aku asik ngn kertas exam lah..Pening kepala bila semak apa yang dijawab..sebabnya, lain yang disoal lain pulak yang dijawab..ada tu, yang x tulis apa satu pun ada jugak..
Tak tau kat mana salahnya..siapa kata jadi cikgu nie senang?..macam-macam nak difikirkan..nak2 lagi kalau result pupils x seperti yang diharapkan..kecewa dah satu hal, then nak berdepan dengan "authority" lagi..X tau macam mana nak buat..Tensennnnn...!!! Kekadang makan hati jugak..huhuhu!
Tapikan..sebenarnya, keja apa pun sama ja..Semua ada dugaan masing-masing kan..Yang penting mesti ikhlaskan hati and always positive..ya x? (ayat nak sedapkan hati sendiri!)

Runsing..

Monday, February 16, 2009
Tengah pening dok fikir apa approach yang relevant untuk aku guna untuk ajar grammar to my pipils..yang mudah dan senang untuk budak2 aku faham..runsing la..sedih la tengok their faces sebab ada few of them yang still blur..sedangkan dah berapa kali aku terangkan dah,siap buat mind map lagi..huhuhu!!bila ditanya,konpius katanya..macam mana ni..??? or, aku sendiri yang x pandai terangkan kot, ala..huhuhu!!! :( Any suggestion???

Sekolahku johan Netball..!!

Tuesday, January 27, 2009
Letih..penat..panas..semuanya dirasakan berbaloi bila pasukan terchenta menjadi johan dalam kejohanan bola jaring MSSD Klang baru-baru nih..Fuh, saingan memang sengit..Semua pasukan hebat2 belaka..Tahniah u alls!!..Nak-nak lagi thanks to the coach, Kak Faida and to the manager, Kak Raftah as well sebab diaorang nie lah yang bertungkus lumus pagi petang latih pemain2 Samat..

As for me seronoknya menang bukan kepalang lagi sebab aku tau acap kali Samats' main mesti akanjumpa musuh tradisi ja(persaingan sihat tau!) Tapi tu la, mungkin nasib lebih menyebelahi Samats' kali nie..Apa-apa pun terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan nih..


Masa nie syok sbb Samat masuk semi-finals



Si Pencatat dan Penjaga masa yang vouge


Tumpang glemer Samats' Team

Ni syok x habih lagi nih!

Ni apa nih...berdoa ka anyam ketupat ?

Sesi baru..

Saturday, January 17, 2009
Tahun nie aku dah tukar ke sesi pagi..awalnya macam2 yang aku fikirkan..sedih ada, konpius ada, tensen pun ada jugak coz aku takut x boleh nak sesuaikan diri..but somehow, everything turns to be the other way around..like what my hubby used to say.."jangan risau la yang, take it as a challenge, always think positive and enjoy life.." thanks abang! Coz y? I think without his support, maybe aku masih terawang-awang lagi..

Erm, ramai jugak yang bertanya..seronok ke x dah ke sesi pagi ni?..Macam mana nak jawab yek..Actually, both pun ada pro and con jugak..But as for me, aku dah malas nak fikir hal yang remeh temeh..Dah disuruh ke sesi pagi, maka aku pun ikut la arahan tu..Takut nanti, masalah lain pulak yang timbul..X ke susah nanti..Alhamdulillah, so far semuanya berjalan dengan baik..Aku sendiri masih dalam proses menyesuaikan diri..hehehe!!

Satu yang paling best, now i can spend the whole evening dengan Naufal..Dapat la melayan karenah dia, nak main basikal la..Nak jalan-jalan la..hehehe!..Bukan apa ok, before this aku ambik dia kat nursery pun dah lewat petang..Sampai rumah pun dah maghrib..Then dapat main kejap ja ngan dia sbb dia pun dah ngantuk..Siannn dia..

Apa pun aku akan cuba buat yang terbaik..itu antara azam aku tahun nie..berjaya ke x, itu kena tunggu..Yang pasti aku akan cuba capai azam aku tu..cayok! cayok!

Tumpang sekaki..!!

Saturday, November 8, 2008
Time cikgu-cikgu pulak berposing..Ha, gitu! Puas dah aku usung camera sana sini..ambik gambar masa event berlangsung..Tapi kalau gambar budak jer x best la yek..hehehe!! Sudahnya, cikgu pun tumpang sekaki! Ni pictures yang sempat aku ambik..Actually there are lot more, tapi x bleh la nak download kat sini kan..Nanti over sangat la pulak jadinya..Hehehe!!!!
This picture purposely taken untuk buat kenangan sebab Si Darina nie (baju pink) dah nak pindah. Next school session, dia dah transfer balik Sabah..We sure gonna miss u la Dar!

Hah, caught in action!..Saja sabotaj kakak berdua nih..! Ntah apa yang Kak Ina cakap sampai Kak Zila gelak sakan..tapi nampak gayanya tu macam topic best, yer dak?


They are like twins in the school.. Kak Faida and Kak Raftah, both are my buddies bila first time aku registered kat Samat. Diaorang nie banyak tolong aku tau..Thanks a lot sis for ur support and kindness..!

Posing depan kuih yang pupils bawak..Senyum semua!


Sempat jugak snap gambar nie! Dari kiri: Kak Bani, Kak Ina, Kak Kavitha, Lina and Kak Harni..






Present for Competition!!

Saturday, November 1, 2008
Sebenarnya, competition nie dah lama dah aku buat..Topicnya, "Occupation"..I have asked my pupils to list down names of occupations that they know..Then, the winner will be determined by the number of occupations that they have list down..Hehehe! Saja suka-suka buat this kinda competition..Just to motivate them jer..So that they'll be interested in learning the subject kan..Erm, looks like I 've achieved the objective!

Nak tau how the presents look like?..Erm, just a simple one..Tadaaaaaaaa!!!! These were the presents that I gave them, aku distributed right after my birthday party..Hehehe! Memula ingat nak bungkus cantik2, but then kensel sebab x cukup masa la..Last2, just ikat ngan reben jer.. But still cute kan..???!!
Tadi beriya-iya nak ambik pic, tapi lastnya kontrol x hingat.


Time nie dah dekat nak balik dah, tapi still bleh posing..Bab bergambar memang no. 1..!!