Sedeyy..

Monday, October 26, 2009
"Sayang mama..Naufal ikut opah yek..Naufal x sihat sayang..nanti dah sihat mama ngan abah jemput yer sayang..jangan nangis sayang"

Selepas itu..aku tengok kereta berlalu pergi, tapi..aku masih terbayang-bayang lagi di mata bila dia menangis sambil berkata..
'ma..mai..mai aa..ma' 
aku sedey..aku menangis dan menangis lagi :(

Kisahnya..last friday balik jer dari sekolah terus amik naufal..balik umah tengok tv..aku pelik, apasai Naufal nie macam x active sangat..sebab normally kalau balik tu, x sempat apa terus men ngan mainan dia..but this time, dia lepak jer kat sofa..sambil dok tengok tv tu aku raba badan dia..eh,macam nak demam je Naufal nih! Then lepas aku pegang tu dia nangis and cakap, "ma..atit"..dah tu dok tunjuk2 mulut dia..ati aku dah risau bukan kepalang nih..aku suruh dia keluarkan lidah, "Naufal tunjuj..mama nak tengok sayang"..aku cakap.

Then, bila aku tengok..rupa2nya ada bintik putih kat lidah dia..terus x sedap ati sebab aku dah agak maybe jadi ulser..x tunggu lagi dah, terus aku bawak dia pegi klinik..doc check then cakap, bintik putih tu kat lidah and kat tekak dia..then kena masukkan ubat kat bontot sebab panas sangat badan dia..lagi la aku susah ati.. :( rasa nak nangis pun ada sebab tengok Naufal mcam flat sangat..bukan apa, aku tambah risau sebab lately asik terdengar kes sakit kuku dan mulut tu..jadi, sedikit sebanyak affected la jugak kepala otak aku ni..

Disebabkan sakit ulser tu, naufal x makan start balik dari klinik..susu pun x nak..asik minum air jer..tu pun nasib baik dia nak minum..dan sepanjang tempoh tu asik merengek je..nangis. aku pun bila tengok dia nangis, aku pun nangis jugak sebab rasa helpless sangat..jadi lagi susah sebab dia susah nak makan ubat..normally dia x da masalah nak makan ubat, tapi kali ni susah sangat..mulut pun x nak bukak..

Cuti aku pulak dah abis..kepala pun dah runsing pk macam mana ngan Naufal..tak kan nak hantar kat nursery? ish!! aku x nak hantar dia kat nursery..bukan time dia x sihat nie..aku takut org x layan dia nanti..takut nanti asik nangis jer..nanti lagi melarat..aku called PIL aku..sambil sebak2 tu aku cerita masalah aku and Naufal..then, PIL aku cakap..
"dah2, gee jangan susah ati..x pa, nanti abah ngan mak mai ambik Naufal..biaq kami tengok-tengokkan Naufal sementara ni..dah sihat esok gee mai ambik na..dah, jangan risau"..

Itu la yang jadi..sudahnya, petang semalam PIL aku bawak Naufal balik kampung sebab nak jaga Naufal yang x sihat..aku tau bila kat sana Naufal memang terjaga..aku x perlu risau..tapi ntah la, sekarang aku rasa sunyi sangat..ya la, dok sorang2..naufal x ada nie memang terasa sangat..aku ingat aku kuat..rupa-rupanya..lagi satu aku macam rasa bersalah pun ada sebab sepatutnya dia sakit aku yang jaga dia..tapi nie aku hantar dia kat kampung.. :(  tapi aku bukan sengaja nak lepas tangan..terpaksa..

"Ya Allah, sembuhkan lah anakku..dan moga cepatla masa berlalu..aku rinduuu.."
huhuhu.. :(

5 pssssttt...!:

  1. Monamie said...:

    sabar gee sabar. baik untuk naufal. PIL take full good care. no worries k. sama2 kita doa naufal cepat sembuh. kena paksa dia minum air kosong banyak2 k.

    btw, mona ada baca, kalau jd ulser, sakit tekak camtu bagi dia mkn ais krim vanilla, sbb ada bakteria baik apa ntah. try tgk, kalau ragu2 cuba try tanya org, mona pon ingat2 lupa :D

  1. tu la mona..org pikiaq macam tu jugak la..dok sana dia terjaga kan..walaupun sedey,relakan jugak la..
    ya ka mona,ish masalahnya dia dok batuk jugak..siap berkahak lagi..mona tau ja lah, naufal kalau batuk+selsema memang payah nak lega..semalam dah kol,PIL kata dia dah ok skit..dah makan dah..lega dengaq..
    nyway, thanks mona na..for the thoughts and info..:)

  1. liza said...:

    ai gee..lama tak jeguk sini..hubby dah pg off shore lagi yer..samalaa kita..hubby baru naik kapal..pasal ulser tu..aritu wafiy pun sama..adik yg keja doc kata..bagi dia aiskrim..mcm ug monamie kata tu..bagi sikit2 jer..biar kat bahagian ulser tu rasa kebas2..jadi dia bolehlaa makan..sedihkan bila anak sakit n dia pulak berjauhan ngan kita..time camni laa harap sangat hubby ada kat sisi tuk kongsi sedih kita..saya doakan naufal cepat sembuh..

  1. liza..
    sory la lambat respond..dah lama x jenguk blog nie..sebulan 2 ni bz skit..nak2 dekat hujung tahun..hehehe!!..alhamdulillah, naufal dah sihat..2 minggu jugak la dia kat kampung..hehehe!!..thanks yek ngan suggestion liza tu..skarang dia dah active balik dah..active sesangat..hahaha!!

  1. This comment has been removed by the author.