Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Oh, Vaseline!

Sunday, June 10, 2012
Hi ouls,

Arini nak highlight skit tentang satu product nih..Alkisahnya, few days lepas discharge dari PCMC secara rasminya juga bermulalah tempoh berpantang kat umah. Hati sangat happy sebab dapat balik umah (ok2, walaupun layanan kat PCMC tip top tapi mana nak sama ngan dok rumah sendiri kan?!) Juga sangat happy sebab Iman ni x banyak kerenah if compared dengan abangnya, Naufal dulu.Menyusu ikut time, tukar pampers ikut time, tidor pun ikut time. Kira alhamdulillah, lancar segalanya. 
Tapi tu sebelum masalah nan satu ni muncul. Masa kat PCMC, pampers yang dorang guna lain tapi balik kat umah kitaorang guna jenama yang lain (kan dah prepared b4 bersalin kan!) Dalam kepala dah set " x da masalah lah ni..InsyaAllah ok..janji kita tukar ikut time, jangan biar lama2." Bukan apa, kan kulit baby ni lembut, so kena jaga2 lah kan..

Lain yang diharap, lain plak yang jadi..Huhuhu!! All of sudden, kulit Iman jadi merah2 + ada biji2 macam ruam..banyak sangat! Lagi pening jadi kat ehem2 dia pulak tu! Baby kan, mana tau nak cakap pedih ke sakit ke. Nasib baiklah dia x nangis ke, merengek ke, buat perangai ke apa..kalau x jenuh! Sudahnya, habis smua orang risau. Toknya, abahnya + aku ni x yah cakaplah kan. Macam2 cara kami cuba. Letak minyak - x jalan! Tukar pampers setiap 3 jam - pun x jalan! Merah2 + biji2 kecil tetap ada, in fact makin banyak!

Last2, 2 benda aku buat keputusan:
Pertama aku tukar pampers jenama lain. Cari yang serasi!

Memandangkan cik Iman serasi guna yang nih..maka mak bapak dia pun bertukarlah kepada Mamy Poko..hahaha!! Yang ni extra dry..memang puas hati! Nak tau betul ka x, dinasihatkan anda cubalah sendiri (of course lah cuba kat baby, bukan mak bapaknya! :p)

Kedua, aku cuba guna VASELINE (100 % petroleum jelly) jugak sebab dulu kakak ipar aku pernah guna vaseline ni. Berkesan katanya..

  
 Jadi try je lah! Alhamdulillah, memang mujarab la uols ooiii. Aku sapu petroleum gel kat bahagian yang bermasalah tu tiap2 kali lepas aku mandikan Iman. Syukur sangat sebab day by day nampak perubahan dia. Ruam2 smua hilang..Merah2 pun hilang! Kulit dia pun jd lembut je!! Halusss!! Alhamdulillah, skarang skin dia pun dah back tu normal.Sama macam awai2 dulu..Sangat suka!!

So, pada sapa2 yang ada masalah yang sama bolehlah cuba buat dua benda nih yer..tukar diaper anak anda, cari yang lebih sesuai + serasi ngan baby anda..dan trylah guna vaseline nih.. :)

@Gerhana Bulan

Wednesday, December 14, 2011
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.


Yup! Memang x pernah tgk pun b4 this. Alhamdulillah, kali ni dapat tgk akhirnya. Rasa kagum dengan ciptaan Allah yang satu nih. Cahaya terang benderang then pelan2 cahaya dan bulan hilang, macam dekat saja sang bulan dengan manusia. Subhanallah, cantik sangat!! Kata bijak pandai, senario ni akan jadi balik 2014 nanti. Time tu ntah sempat lagi ntah tidak kan. So, rasa beruntungnya dapat tgk tahun nih..

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Thursday, August 12, 2010
  
Sama2 kita hayati yek..


Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya : 

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
  "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
                                                                      
                                                          Hadis riwayath  Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

                                                    Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya  dosanya yang telah lalu."

                                   Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

                                                               Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi 

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
  "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
                                                                
                                                                  Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.


Wallahu'alam 

Ihsan:
http://ustazazhar.com  

Resdung..

Sunday, October 4, 2009
Dah lama hubby dok ngadu ngan aku yang dia x selesa sebab asik rasa gatal2 tekak..terbersin pagi2..then kekadang migrain...dah agak dah mesti resdung dia tu datang balik..actually kan both of us memang dah tau yang dia ada resdung..b4 this dah ok tapi lately macam semakin menjadi- jadi pulak..dulu pernah buat rawatan resdung, kalau x silap aku 2 kali kot..yg guna kertas bakar2 tu..pas buat tu ok skit..

Alkisahnya, semalam masa outing sempat la buat rawatan resdung tu..kali ni kat Uptown Shah Alam..kebetulan pulak ada booth resdung kat situ..apa lagi, terus je hubby kata nak buat treatment..at first, dia nak beli je ubat yg bakar2 tu..then nak buat sendiri kat umah..mintak aku buatkan..huh biaq betui, sudah..! ambik ko!! terbeliak bijik mata aku dengar suggestion dia tau..tapi then aku cakap (menolak dengan sopan yer..hehehe!!)
"Ala bang, terus buat kat situ jer lah.."
"Yang x berani la.."



Bukan apa wehhh..buatnya aku salah buat kang..naya laki aku tu..x pasal2 lain pulak jadinya..ya x? TIDAK! x mau aku ambik risiko tu..NOP! Hubby pun, dah dengar aku cakap gitu terus decide buat treatment kat situ je..selamat skit..hahaha!! Boleh tahan lama jugak kami kat situ tau..and package yang ada pun bagus..treatment + urut muka + ubat + wapkan muka = RM35...Hubby kata lepas buat treatment tu rasa selesa skit..so, kira berbaloi gitu! Ha, pasni kalau ada sesapa yang nak buat treatment resdung, bolehla p Uptown Shah Alam yer..Try sendiri!..

Apa itu Jerebu?

Thursday, August 6, 2009

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti
asap.


Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.


Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU/Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak.
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal


Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan


*** Ihsan dari Internet: Wikipedia-Jerubu*** :)

Punca Kesesatan

Monday, June 1, 2009
AL-QURAN memberitahu, kejahatan muncul melalui tiga jalan iaitu mengikut kemahuan sendiri, nenek moyang tanpa berfikir dan kepatuhan bukan kepada Allah.Jalan pertama ialah kemahuan diri sendiri. "Kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu dengan tidak mendapat petunjuk Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.(al-Quran, surah al-Qasas: Ayat 50)

Maksud ayat di atas memberikan erti faktor terbesar penyebab kesesatan manusia adalah dorongan hawa nafsu sendiri. Sama sekali tidak mungkin bagi seseorang untuk menjadi hamba Allah, sedangkan dia masih menuruti hawa nafsunya. Dia akan terus memikirkan pekerjaan yang mendatangkan wang, usaha yang membawa kemasyhuran dan penghormatan kepada dirinya, bahkan mengejar apa saja memberikan kesenangan dan kepuasan.
Pendeknya, orang terbabit sanggup menempuh segala rintangan dengan pelbagai cara untuk mencapai tujuan terbabit, tanpa mempedulikan larangan Allah.Mereka tidak teragak-agak menipu, rasuah dan manipulasi asalkan kehendak nafsunya tercapai.Bagi orang ini, perintah tinggal perintah. Jadi, Tuhan bagi orang seperti itu ialah dirinya sendiri, bukannya Allah Yang Maha Agung. "Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqan: Ayat 43-44)
Menjadi hamba hawa nafsu adalah lebih jelek daripada menjadi haiwan. Jika melihat alam haiwan, tiada seekor pun yang mahu melanggar batas ditetapkan, bahkan rantaian kehidupannya hanya melaksanakan peranan yang ditentukan Allah.Tetapi manusia yang mempunyai segala-galanya apabila sudah menjadi hamba nafsu akan melakukan tindakan yang lebih 'hebat' bahkan membuatkan syaitan 'gementar.'
Jalan kedua menuju kesesatan ialah menuruti adat kebiasaan, kepercayaan dan pemikiran, malah amalan dan upacara kuno nenek moyang secara membuta tuli dan menganggap ia lebih penting daripada perintah Allah.Apabila perintah Allah dibacakan, orang yang suka menjadi pak turut nenek moyang akan bersikap keras dan hanya melakukan amalan biasa.Bagaimana orang yang terkena penyakit ini akan dapat menjadi hamba Allah? Tuhannya adalah nenek moyang, kaum keluarga dan suku bangsanya. Apakah hak bagi dirinya untuk mendakwa yang dia adalah hamba Allah?"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Turutlah apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: (tidak), bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami lakukannya. Patutkah (diikut) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham suatu apapun."(Surah al-Baqarah: Ayat 170)
Jahatnya kesesatan itu adalah sedemikian rupa, sehingga semua orang menjadi dungu di setiap zaman akibat terkena cengkamannya. Kepada anak cucu diingatkan menjaga pantang larang, kononnya mengelak musibah.Tetapi sebenarnya kesesatan menuruti kepercayaan karut marut nenek moyang itulah musibah terbesar, cuma ia tidak dimengertikan. Kesesatan mencegah mereka menerima petunjuk dari Allah, sehingga yang terang lagi bersuluh tidak kelihatan. Ketika Nabi Musa a.s mengajak kaumnya mengikuti syariat Allah, mereka menjawab: "Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya?" (Surah Yunus: Ayat 78)
Jalan ketiga menuju kesesatan ialah kepatuhan kepada selain Allah, seperti mengikuti setiap kata dan perintah manusia yang jelas menyisihkan perintah Allah."Dan jika engkau menurut kebanyakan orang di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."(Surah al-An'am: Ayat 116)Maksud ayat di atas memberikan penjelasan bahawa manusia hanya boleh berada di jalan lurus apabila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan yang satu.

Petikan dari..Harian Metro...

P/s: Tetiba rasa insaf ja..