Perginya seorang sahabat..

Thursday, April 7, 2011
Rasa macam x percaya, tapi itulah kenyataannya. Walaupun x serapat mana tapi setakat apa yang aku tau dia nih memang menyenangkan..dan rasanya bukan aku sorang ja yang rasa macam tu..Umum tau, terutamanya semua budak2 BENL rasa aku, ya dia nih orgnya macam mana..so no need aku nk elaborate banyak2..cuma aku rasa, yang paling pasti sekali kami semua kehilangan seorang kawan, teman, sahabat yang tiada galang gantinya..Dia, Arip @ Muhammad Arif b. Azman..

Aku ingat lagi masa tu kat matric Pj, kalau x silap aku time tu ada matric mega carnival ke apa ntah..budak2 BENL ada bukak booth, jual bunga, jual brownies..that time, arwah singgah kat booth then beli brownies..sekali beli 4 weh! Then esk tu dia mai lagi, pun beli brownies jugak..then day after pun mai jugak..3 days in a row tuh! Kiranya laris la jualan kami time tu sebab ada peminat tetap brownies macam arwah..hehehe!! 

Then masa kat main camp..aku pernah terlibat sama dalam drama "Dr. Firdaus". Drama adaptasi dari cerita asal Dr. Faustus. Masa tu arwah acted as anak Dr. Firdaus..senang ckp, mudah keja dengan arwah nih..

dia kata " aku x de bakat ar "
aku jawab, " hg nih! berbakat la nih compare ngan aku " 

Bila aku ingat2 balik kata2 dia tu sekarang..lepas apa yang dia dah capai, aku rasa dia pun mesti x sangka besarnya bakat yang dia ada..kan?  

Apa yang kawan aku (Yuzaime a.k.a Pajai) cakap dalam note dia yang dah aku baca tu pun banyak betoinya....arwah yang aku kenai x pernah lokek memberi..baik ilmu atau apa sekalipun..dia mesti tolong kawan2..hah! Ada satu lagi bab arwah nih yang aku ingat..Arwah nih kalau sampai kelas sure peluh2 macam baru lepaih lari pecut! Hahaha!! Aku kan, x pernah tengok dia bad mood lah..slalu aku tengok dia happy ja..sebab tu kot aku rasa org semua selesa berkawan ngan dia..masa zaman belajaq dulu dia banyak jugak tolong aku yang blur nih, terima kasih banyak la arip! :( Jasa hg tetap aku kenang sampai bila2.

Buat Anaz, 
Berat mata memandang, barat lagi bahu yang memikul..
Doa kami, semoga Anaz terus sabar dan tabah menempuhi dugaan hidup ini.Semoga arwah di tempatkan dikalangan mereka yang beriman dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
Al- Fatihah..






 





   

Sentap ok!!

Friday, February 11, 2011
Dah masuk hari ke berapa dah  skolah lps cuti, tp mood still tunggang terbalik na..aura tekun x sampai lagi nih, yang ada hanya aura penyegan (kawan2 sila rujuk kamus bahasa utara ya..klu ada) saja,hahaha!!Lg x best sbb hati tgh tersentap ngan seseorang (Hoit! org itu bkn hubby saya ok! ) Akibatnya, aku rasa itu jugak telah menyumbang  kepada ketiadaan mood yang sgt melampau! 

Sangat x suka ok! Aku kecik hati? Memang!! Aku jelous? A-ah, memang!! Sapa x stress kalau  berat sebelah ja. Padahal aku pun bukan org lain, family jugak! Haih, bila pk2 baliklah kan, ntah kat mana la silapnya sampai berlakunya 'double standard' nih. Sentap ok!!! Iyalah, dgn aku 'sunyi sepi' ada mcm x da ja. Tp dgn the other side 'meriahnya!'..So, it's kinda hurt and clearly unfair tau!

Kalau bersuara karang lain jdnya, aku ni pulak stylenya kalau dah mulut bercakap nanti ayaq mata pun sama naik, meluncur laju mcm apa apa yg keluar dari mulut. So, NO WAY!!  Bek x payah. Sah2 x tercapai objektif nanti + rasa respect tu pun rasa macam melimitkan jgk. Akhirnya, aku pilih berdiam diri ja, buat hal sendiri rather then dok tgk free show yg menyakitkan hati. Aku x kuasa ok..huhuhu! Sudahnya aku la stress sesorang, menahan perasaan , dn rasa x puas hati itu! Uwaaaaaaaa!!! 

Kesimpulannya pada pandangan aku..
Like it or not org sendiri. Dah kalau flownya begitu who am i to question kan? Jadinya, biarkan saja. X kan nak paksa! Asalkan mereka bahagia.. :)

"Hey, kamu!
Saya syg kamu, sbb kamu keluarga sy. 
Tp sy rasa kamu x fair pada sy. 
Sy rasa kamu lupa sy jgk sebahagian dr kamu. 
Sy juga perlu perhatian kamu.
Tp sy rasa kamu lupa smua itu. 
Jd, apa sbenarnya salah sy?
Satu lagi!
Sy jealous bila tgk kamu dgn mereka.
Mesranya x sama bila kamu dgn sy (eh, tp ada ke masa kamu dgn sy?)
Rasanya ada, cuma sy pd kamu mcm x ada.
Kalau begitu kesnya, 
Kamu rasa apa perasaan sy? 
atau kamu mmg x kisah apa sy rasa?
Hurm..iyalah, kamu mmg x kisah rasanya. 





Majlis Tetangga

Saturday, February 5, 2011
Kawen! Kawen! Huh? Apa daaa..sah2 la bukan aku yang kawen! Aku kan  memang dah kawen...ahaks!  Ni jiran yang kawen la, tapi aku plak 'terexcited' sama. Kira macam pinjam majlis orang untuk flashback own memories gitu, hehehe!! Bolehkah??

Ni hah, actually kat depan rumah aku nih ada suasana yang sedikit bz dek preparation kenduri kawen esoknya. So, la nih a bit meriah la dengan cahaya lampu yang terang benderang, dengan pakcik makcik yang dok sibuk settlekan apa yang patut + sembang2 kosong. Tuan rumah pulak x yah cakap la kan. Ala, fenomena biasa yang selalu kita nampak bila ada  majlis cenggini. Riuh rendah itu dah macam satu kemestian kan!

Itu pun untuk majlis esok, tuan rumah dah decided ealier nak guna khidmat catering saja. Kalau x, cubalah uols bayangkan keadaannya kalau still ada amalan gotong royong macam kenduri kawen abg+kakak aku dulu2. Konpem lagi havoq punya..hahaha!! Haiyak, sangat rindu sama itu time jugak sebenaqnya. Perasan x, sekarang ni dah jadi perkara biasa dah, rata2 tempat org dah jarang buat kenduri gotong royong + guna khidmat pakatan smua tu kan??

Gambaq hiasan
Lagi satu, perihal tempat pun sama jugak. Dulu kita buat kenduri kat rumah sendiri ja kan, tp sekarang  nih dah ramai yang buat kat dewan saja. Lebih mudah agaknya. Hah, dulu2 mana ada wedding planner tapi sekarang ni, kalau kena gayanya depa lah (wedding planner yer!) berpotensi menjadi kaya raya, hahaha!! Hurm itu semua terpulang la pada yang empunya majlis kan, yang penting smua happy dan dapat keberkatan dari majlis tu. :)