@ Terry Fox Run KL 2011

Wednesday, December 14, 2011
"The Terry Fox Run is an annual non-competitive charity event held in numerous regions around the world in commemoration of Canadian cancer activist Terry Fox, and his Marathon of Hope, and to raise money for cancer research."


Sungguh!! Seumur hidup x pernah langsung join aktiviti macam ni, melainkan aktiviti yang pihak sekolah anjurkan. So, ini pengalaman pertama or ulung2 kalinya join charity run (walaupun sbenarnya jalan ja..hahaha!!). Thanks Encik Suami sebab ajak join event ni yang mana pada mulanya agak hesitate jugak sebab rasa macam x sesuai ja nk lari ber'charity' bila dalam keadaan macam nih :p 
Tapi memikirkan aktiviti ni dari sudut positif, as one of exercise rasanya x rugi pun kalau mencuba. Lagipun, Encik Suami dah beriya-iya ambikkan baju untuk kami satu family. Maka, teruskan sajalah. Dalam kepala otak nih asik dok pikir, "ada ke org pregnant lari nih, ke aku ja?" Tapi buat x tau ja lah, hentam saja bak kata orang.


 Pakai baju yang di'sponsor', thanks TALISMAN!!
 
Kami sampai di tempat kejadian (Padang Merbuk, KL) lebih kurang pukul 8 pagi. Sangka aku, kami ni awal, rupanya ada beribu lagi manusia yang awal. Makanya, terpaksalah parked kereta tersangat jauh melepasi tempat Tugu Negara nu. Sampai di padang tu, nampaklah ramai lagi ibu2 mengandung yang turut sama join aktiviti nih.

So, lega la rasa hati. Oh, ya! Lupa nak bagi tau yek walaupun namanya Terry Fox Run, tapi aktiviti nya x terhad pada larian saja rupanya. Ada yang naik basikal (macam En. Naufal tuh!), yang guna roller blade, yang jalan kaki sambil nyanyi, yang lari2 anak pun ada. Pendek kata, macam2 ada! ;) Ramai sangat yang join, ada yang bawak family, yang bawak Gf/Bf, yang bawak tunang, yang datang ngan kawan2, orang perseorangan dan staf syarikat2. Memang meriah sangat!!


Tu dia, Naufal dengan basikalnya. Excited bukan main!
Dalam pukul 9 pagi, semua peserta larian dilepaskan selepas ucapan pihak penganjur dan acara senamrobik tuk regangkan semua otot, urat2!! Fuhhhh, boleh tahan jauh jugak tracknya oooii!! 


Nasib baik sepanjang jalan ada yang setia menunggu, hulurkan air dan sebagainya. Ya lah, in case peserta dahaga, letih ke injured ke kan. They all memang dah fully prepared.Sangat bagus! Alhamdulillah selepas naik bukit, turun bukit, berjaya jugak kami semua sampai ke penamat walaupun x dapat no. depan2 + termengah-mengah jugak hahaha!!

Sempat jugak berenti bergambar dekat Tugu Peringantan Negara nih.

Aktiviti ni tamat lebih kurang dalam pukul 12. Kami semua x tunggu sampai habis sebab masing2 dah x larat. Sampai ja penamat, Encik Suami pun ambik kereta dan kami pun chalooo. X tunggu dah, penat rasanya. 
Apapun, kesimpulannya ialah aktiviti ni best sangat! X rugi rasa dapat join. Dapat jumpa ramai kawan, dapat segarkan badan, dan dapat jugak sampai ke Tugu Negara yang x pernah jejak sebelum nih..hahaha!! Walaupun sedikit penat, tapi berbaloi-baloi. Badan pun rasa segar, maklum sajalah dah berkurun lamanya x buat aktiviti macam gini. Paling best, mission menghabiskan quality time dengan family successfully accomplished! yeay!!  

 

@Gerhana Bulan

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.


Yup! Memang x pernah tgk pun b4 this. Alhamdulillah, kali ni dapat tgk akhirnya. Rasa kagum dengan ciptaan Allah yang satu nih. Cahaya terang benderang then pelan2 cahaya dan bulan hilang, macam dekat saja sang bulan dengan manusia. Subhanallah, cantik sangat!! Kata bijak pandai, senario ni akan jadi balik 2014 nanti. Time tu ntah sempat lagi ntah tidak kan. So, rasa beruntungnya dapat tgk tahun nih..

2nd trimester

Tuesday, December 13, 2011
Alhamdulillah, now dah masuk ke 2nd trimester.Setakat ni x ada masalah mabuk2 yang teruk. Kadang-kadang saja terasa, itu pun kalau lambat makan atau terlebih makan..hahaha!! Pregnant kali a bit berbeza. Kalau masa pregnantkan naufal dulu, rasa macam superwoman pun ada (chewwwaaahh!!) sebab jarang sekali nak rasa letih, muntah2 atau cepat penat segala. Not even time buat kerja rumah or jalan2  ok! Ajak sajalah ke mana, laju ja kepala ni mengangguk..hehehe!! Opss!! Cuma dulu ada terasa skit kepenatan masa bulan puasa, time tu dah hujung2 pregnancy dah dekat due date.

Tapi kali nie, semuanya berbeza ok. Muntah?? Ada! Letih, cepat penat?? Ada!! huhuhu!! Masa 1st trimester aritu, selalu gak muntah2. Lambat makan muntah, terlebih makan pun muntah. Alhamdulillah, sekarang dah x dak, cumanya kalau buat keja apa2 mesti rasa cepat letih..mesti cepat penat. Pulak tu ditambah dengan keletah anak teruna nan sorang ni, lagilah terasa kepenatannya. Hah, lagi satu! If compared ngan 1st pregnancy dulu, x pernah teringin pun nak makan masam2. Tapi kali nih, kalau x sedap mulut skit sure cari asam,hahaha!!

Setakat ni jantina baby belum tau lagi. InsyaAllah, next week baru tau sebab next week baru ada routine check-up. Ada yang kata maybe kali ni nak dapat baby girl pulak kot, hehehe!! Tapi pada kami suami isteri, jantina baby tu x kisah sangat. Kalau rezeki dapat baby girl alhamdulillah, jadi la sepasang. Kalau dapat baby boy lagi pun x kisah jugak, boleh buat geng Naufal kat umah. Yang penting, harap baby sihat dan semuanya berjalan lancar :) So, sama2 doakan yang terbaik ok..