Jalan2 hari Sabtu @Nilai 3

Monday, December 19, 2011
Jumaat lepas ibubapa mertua + adik2 ipar datang dari Ipoh ke sini. Cadangnya nak jalan ke Nilai 3 ;) Pertamanya, sebab ada misi membeli kelengkapan perkahwinan bakal adik ipaq cheq. Oit!! Bukan la maksudnya kat Ipoh nu x da kedai jual barang-barang kawin tau, cumanya kat Nilai 3 tu kan banyak pilihan gitu. Dah tu sebab keduanya pulak kebetulan bapak mertuaku nak menghabiskan saki baki cuti dia yang tinggal (dia cuti 2 minggu ok!).

So, hari Sabtu lepas tu lebih kurang dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Nilai 3. Memang plannya sengaja nak sampai awal skit, sebab sekarang ni petang selalu hujan. Lecehlah kalau nak membeli-belah nanti. Ya x?!! Lagipun, kalau sampai awal nih org x ramai lagi. So, nak parking pun senang.

Gambar nih aku google ja sbb terlupa snap masa sampai,huhuhu!
 (Source: http://cikpajahanim.blogspot.com)
Sampai kat sana dalam pukul 11 lebih. Dah sampai tu, apa lagi misi pun dimulakan. Dari satu kedai ke satu kedai kami jalan. Tujuannya sebab nak compare harga antara kedai. Ternyata berbaloi jugak la jalan2 survey dulu sebab, walaupun produknya sama tapi harganya ada yang berbeza. Depend pada tuan kedai jugak sebenarnya. So, petuanya kalau datang sini, JANGAN terus beli tapi survey dulu!! Dalam kes nih itulah yang kami buat, kedai mana yang bagi harga patut makan kedai tu lah jadi pilihan kami,hahaha!!


Memang betullah kata orang, rambang mata tengok barang2 yang ada. Dari kain pasang, sarung kusyen, langsir, barang2 kawin, barang hiasa umah, aksesori kereta, tudung, baju,kasut, pendek kata semuanya adalah! Dah tu, semuanya cantik2 + kreatif2 belaka. Macam-macam design yang ada. Kita nih tinggal pilih ja yang mana berkenan di hati ok! Of courselah mesti sediakan ongkosnya sekali..hehehe!! Apa yang penting beli barang mengikut budget yang kita plan so that kita x lah membazir. Maklum sajalah, bila dah rambang mata nih nanti semua benda pun kita nak. Itu sangat bahaya yer uols!!

Bakal pengantin bukan yang ni ok! Hahaha!!

Si belang tu hah bakal pengantinnya..rabak pocket yer boy?!!

Jalan punya jalan, hati berkenan pada satu kedai nih. Kalau x salah, VR Star kot namanya (ingat2 lupa la plak!) Harganya berpatutan, PR dia pun bagus. Banyak membantu + x jemu melayan demi nak meuaskan hati kami. Cayalah!! So, apa lagi kan?? Dekat situlah kami borong segala-galanya! Kira win-win situationlah gitu.

"Angkat semua boy!" -ibu mertuku..hehehe!!

Ok, dh penat shopping kan? Duit pun dah keluar kan? Maka misi seterunya ialah makannnnn!!! Dan2 (maksudnya terus ja dlm loghat kedah ya) perut pun rasa lapar. So, port biasa kalau sampai sini mesti makan kat gerai Sup Berdengung. Serious sedap! Puas hati makan tau. Highly recommanded kalau nak cuba. Kalau x nak makan sup, nasi ayam, nasi campur pun ada. Banyak lauk pauk yang ada. Tinggal pilih yang mana suka. Konsep kat sini self service. Ambik makanan, nanti org tu datang kira then lepas makan bayar kat kaunter. Senang!!

Muka kekenyangan!

So, penutup rombonganan En. Saad (bapak mertuak cheq la..) ke Nilai 3 aritu ialah aktiviti makan tengahari yer (tengahari ke?? Hahaha!!) sebab masing2 dah menyala lampu merah dek kelaparan,hahaha!! 
Siap isi 'tangki', kami x tunggu lama dah. Lebih kurang dalam pukul 4.30 gitu kami semua pun gerak balik KL sebab hujan pun dah mula turun + kami pun kebetulannya nak menghala pulak ke destinasi seterusnya..hahaha!!

Akhirnya, di Nilai 3: 
Misi tamat!!


P/s: ok, n3 pun tamat jugak sebab saya sudah ngantuk. Sekian!

0 pssssttt...!: