Just now aku ada tgk satu email..video mengenai pembantu rumah yang dera anak majikan dia..Sedih sangat wei tengok..mana taknya sebab anak majikan dia tu lebih kurang besar anak aku ja..Kejam sangat aku rasa..
Bayangkan, tengah si kecil tu berjalan..tiba2 dia ditendang sampai jatuh..dah tu bila si kecik tu berdiri balik dan lari dia ditarik sampai jatuh lagi..x cukup dengan itu, masa meniarap tu disepaknya kepala si kecil tu..tapi yang paling menyayat hati dan buat aku sedih, bila mana kali kedua si kecil nie jatuh tu (meniarap), si pembantu tu terus naik di belakang dan berdiri atas badan budak tu..kaki dihenjak-henjaknya atas budak tu..
Sian sangat bila dengar suara si kecil tu menangis setiap kali dipukul dengan kejam..melalui sumber yang aku dapat tu, katanya kejadian berlaku di Singapura..X dapat aku bayangkan kalau hal macam tu berlaku pada anak sendiri..Nauzubillah..
Kenapa sampai macam tu sekali..apa sangat yang boleh si kecil tu buat? Macam-macam persoalan yang ada dalam kepala aku..Kalau betul pun ada salah di mana2, samada salah anak kecil itu atau ibubapanya sendiri, apakah layak untuk dia dilayan sebegitu? atau mungkinkah, si pembantu tu sendiri yang bermasalah, yang mungkin menghadapi tekanan jiwa..? yang membuatkan dia dengan sesuka hatinya bertindak tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan..?Kalau ini terjadi lagi apa hukuman yang patut dan paling layak untuk si pembantu sebegitu? Itu sama2 kita renungkan..
Perhatian!!! : Saya x kata pembantu semuanya sama, ia mungkin segelintir sahaja..tapi yang pasti entri kali ini hanya sekadar renungan..untuk dijadikan pengajaran baik untuk diri saya sendiri dan anda yang membaca entri ini..
0 pssssttt...!:
Post a Comment