Hari Guru 2014!

Tuesday, May 20, 2014
Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Guru (^^,)/!!
16 Mei ialah tarikh penting untuk warga pendidik macam aku sebab 16 Mei ialah hari guru (^^,)/. Dah bila dikata penting, tiap-tiap tahun mesti la ada sambutan. Cumanya, hari guru tahun ini sedikit berbeza sebab dalam seminggu aku sambut 2 kali.

Tahun ni aku terlibat dengan ProElt Course anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia kolaborasi bersama British Council. Program ProElt ni khas untuk cikgu-cikgu Bahasa Inggeris bertujuan untuk  memantapkan kemahiran dan membantu dalam P&P, katanya. Semua cikgu-cikgi yang terlibat dibahagikan ikut pusat  latihan masing-masing and it happens mine dekat SK Batu Belah. So every wednesday instead of rushing to school, I'll be rushing to the training centre. Ok, memandangkan hari guru jatuh pada hari jumaat but our class is on wednesday the whole class sepakat nak cepatkan sambutan so that the trainer pun dapat join. It was a simple celebration though but fun!


Teachrs' Day @ Awesome ProElt
The happy faces with their trainer (^^,)v




Selesai sambutan di training centre, sambung lagi sambutan hari guru tapi di peringkat sekolah lah pulak. Dekat sekolah sambutan ni dibuat hari jumaat lepas. Ha..memandangkan tahun lepas aku preggy so x lah beriya sangat kan. So tahun ni i balas dendam..hahaha!!

 Awal pagi sambil-sambil dengar perutusan ..

Roses among the thorns..hahaha!!
Wajah-wajah ceria Samat!

My pupils..

Persembahan puteri-puteri PPKI

 Besties!

Kalau diikutkan banyak lagi nak upload tapi karang n3 nih over la pulak. Apa pun, baik murid atau cikgu semua happy, semua enjoy. Maunya x enjoy, setahun sekali jer kot murid-murid dapat tengok cikgu-cikgu dia sporting x ingat kan. Hari-hari biasa jangan la harap! Fokus2! Cikgu-cikgunya pun hari gini sajalah nak buang tebiat bagai..x gitu cikgu?
Hehehe! (^^,)v

" SELAMAT HARI GURU "
Terima kasih cikgu!

Khas buat semua guru,
 TERIMA KASIH atas kerja keras dan tunjuk ajarmu.
TERIMA KASIH untuk nasihat dan panduanmu.
 TERIMA KASIH atas jasa dan pengorbananmu.
TERIMA KASIH CIKGU!















Happy 8th Anniversary!

Wednesday, April 30, 2014
Assalamualaikum & Selamat Tengahari..

30 April 2014
Alhamdulillah harini ulang tahun perkahwinan yang ke-8. Banyak juga yang dah ditempuhi sepanjang 8 tahun nih. Ada suka, ada duka tapi itu semua perkara biasa dalam rumahtangga. Adat berumahtangga kan, mesti la ada pasang dan surutnya. 

Macam yang P.Ramlee selalu nyanyi tu,
 "sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri". 
 Ha..gitu itu. So kira normal lah yer..Hihihi! 
Apa yang penting, segala apa yang datang dapat diatasi sama-sama. 

 Semoga Allah terus merahmati perkahwinan ni sampai ke akhir hayat, InsyaAllah.


Kelas Memasak

Tuesday, April 22, 2014
Assalamualaikum..

Kelas memasak, itu aktiviti last two weeks..1st time join kelas masak tau. B4 this memang dah lama jugak nak masuk kelas apa, tapi x da peluang. Ada saja hal yang menghalang. Then last two weeks kebetulan x da agenda, ada tempat kosong + ada geng jugak maka terus je join class. Entrance fee pun affordable, so ok la kan. So, dapat la pengalaman baru kat kelas masakan. Kawan baru pun dapat jugak! (^^,)

Kelas masakan yang baru lepas tu cikgu ajar camana nak buat nasi arab dan aneka roti. Ada yang cakap, berguru dengan En. Google pun boleh pa sbenarnya. Ya la uols memang betul, tapi join kelas pun ada bagusnya jugak. Steps yang diajar tu nampak lebih clear gitu, lebih detail la kononnya. Nak tanyakan apa2 kemushkilan pun lebih mudah sebab tok gurunya ada depan mata. So, kalau ada soalan berbangkit direct saja. 

Belajar buat Nasi Arab ni bukan apa sebenarnya. Kan ke sekarang tengah glemer menu nih. Tu yang nak belajar. Ala2 nak mengkagumkan En. Suami pun ada gak skit2..hahaha!! Paling penting belajar buat aneka roti. Skill yang satu ni memang dah lama berhajat nak belajar sebab anak teruna bujang tu kurang makan nasi, suka makan roti.  Maka mamanya kena lah usahakan sesuatu kan. X gitu uols? Ada jugak belajar2 sendiri, ambik resepi kat internet. Tapi kadang2 x menepati piawaian juri gitu, huhuhu..

Ok, kelas memasak aritu x lama. Lebih kurang 2 jam setengah je. Anak muridnya pun x ramai sebab memang nak gitu. Ramai-ramai karang lain plak jadinya, hahaha!!

Nasi Arab Khabsa

 Tadaaaa..ni roti keju, cinnamon roll dan roti sosej yang dah siap dibakar.


 Pizza! Ni si Naufal suka nih.


Ha..ni anak2 murid bersama dengan cikgunya. Cikgu yang 3 dari kanan tu. Sweet ja dia kan?


Yang pasti last class was a success. Kami pun enjoyed and we had fun learning. Siap ada demand suruh buat kelas lagi . Pasni join kelas kek plak. Can't wait!!