Simple Pizza!

Tuesday, September 24, 2013
Projek pagi ahad lepas, Pizza!! Selalunya guna roti gardenia tu ja. Tapi naufal semalam awal2 dah pesan.."nak pizza mama, yang roti x nak". Hambik kau! Demand anak i,hahaha!! Maka mulalah sesi menyediakan home made pizza yer uols..

Bahan untuk Doh Pizza:

4 cawan tepung (diayak)
2 sk yis
1 1/2 cawan air suam
1/4 cawan minyak zaitun 
( erk..aku x da minyak zaitun, jadi ku belasah minyak biasa je..hehehe)
secubit gula
Secubit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada mangkuk dan permukaan atas doh

Cara nak buat Doh Pizza:
  • Masukkan gula ke dalam air suam, then masukkan yis - biarkan 5 minit (x yah sibuk2 kacau dah!)
  • Masukkan tepung, garam, minyak then air bancuhan/campuran yis tadi
  • Guna dua2 belah tangan gaul doh sampai doh x melekat kat tangan.
  • Keluarkan doh pastu uli lagi tadi atas papan pencanai. 
  • Lipat dari tepi kiri-kanan ke dalam, then tolak guna tapak tangan - buat sampai adunan tu lembut yer..
  • Sapukan sedikit minyak ke dlm bekas/ magkuk, masukkan doh yang siap diuli tadi.
  • Sapu sikit minyak kat permukaan atas doh then tutup dengan wraping plactic- biarkan 30 minit.
  • Keluarkan doh yang dah naik pastu tumbuk/ penyet bagi kempis.
  • Bahagikan doh ( ikut le besar mana nak yer)
  • Leperkan doh tadi, cucuk2 sikit dengan garfu supaya udara keluar.
  • Siap!
Ni lah rupanya doh pizza aku lepas diuli dengan gigihnya. Lebih exact rupa doh sebelum kembang yer uols..Time dah kembang lupa plak nak snap coz si pembuat doh dah terlampau excited tengok dohnye kembang..ok, sekian!
 
Bahan untuk Topping:

Sos  pasta
Bawang besar
Sosej/ Chicken Slice/ Crab stick
Cendawan/ Nenas
Capsicum 

** Actually untuk topping nih ikut suka hati uols je. Selera sendiri. Rasa nak letak apa,silakan yer **

Disebabkan bahan-bahan yang wujud dalam peti ais kat umah nih x berapa nak meriah, maka bahan2 ini je lah aku jadikan topping pizza tadi yer!

** Sambil2 tu sila panaskan oven yer..**
Hias sesuka hati seenak rasa saja! Hehehe!!

Ok, jom bakar!
Aku bakar pada suhu 180°C ( Guna api atas bawah ). Masa plak dalam 20-25 minit gitu.
Tadaaa..siap sudah!!

Makan masa panas2..10 minit licin! Hahaha!!

Ni hah ada lebihan doh, nak makan tapi dah kenyang plak. Makanya jangan membazir yer uols. Aku leperkan, masukkan dalam plastik pastu simpan dalam fridge. Nak makan nanti kuarkan..hehehe!

Muhammad Faid Elman

Sunday, September 22, 2013
Salam & Hi 

 Sorry, berpunca dari dah lama berhenti bergiat aktif dalam penulisan blog nih, maka x sempat la update kelahiran ahli baru kami..hehehe! X kisahla kan, biar lambat dari x dak langsung. X gitu?? Hehehe!!

 Introducing the new family member, Elman!

23 Mei 2013, aku selamat lahirkan seorang baby lelaki di PCMC, itu maksudnya tu 4 bulan lepas yer uols. Waktu kelahiran lebih kurang pukul 12.30 tengahari gitu. Berat baby pulak 3.4kg. Weight range nih lebih kurang sama dengan abang & kakaknya jugak. Hehehe!!

 Yup! kali nie pun melalui pembedahan jugak cuma yang lain sikit sebab cukup2 37 minggu bersalin. Then kali nie aku sempat la jugak rasa sakit nak bersalin sebab past labour experince x pun rasa sakit2. Menyerah diri tetap menyerah diri cuma kali nie sempat la rasa menahan sakit bagai, hehehe!!


Ha..inilah bam-bam saya..hahaha!!
Muhammad Faid Elman bin. Mohd Fazli.


Sekarang Elman dah masuk 4 bulan.Tengah gigih jugak tu sebab dalam proses nak meniarap. Harap2 cepat berjaya ya Elman sayang.. Hehehehe!! Ha, selain tu tengah suka main air liur dia jugak..Bak kata orang tua2, habis la gugur rambut mama sayang ooii, huhuhu!!

Maka dengan lahirnya Elman nih..bertambahlah ahli keluarga kecik aku. Dengan itu jugak ini bermaksud salah satu daripada wishlist aku dah tercapai. Alhamdulillah,Yeayyy!!

Semoga sayang mama membesar dengan cemerlang dan terbilang yek.. :)












Tindik telinga..

Saturday, September 14, 2013
Salam & hi

Misi sudah berjaya!

Bersubang sudah!

Sebelum raya aritu dah pergi Poh Kong ingat nak tindik telinga si anak dara sorang nih. Dah sampai ke tempat dituju, alih2 the lady cakap x boleh buat..kena tunggu sebab kecik lagi, takut terkejut katanya. Hajat x kesampaian, maka kami pun terus balik umah. Get the preparation done untuk hari raya. 

2 weeks passed, duit raya dah habis, cuti raya pun dah habis maka sah2 lah kena cari semula kan..top up mana yang patut gitu..hahaha!! So, kami pun balik kl but before tu sempat singgah jap kat JJ Rawang. 

Pusing punya pusing ternampak Poh Kong. So, Encik Suami decided nak try tanya lagi. This time luckily, the lady there cakap " boleh je.." siap statement pengukuhan, "even younger than her pun ada yang dah buat." Maka abahnya pun apa lagi. Terus je suruh tindikkan..hahaha! 

Anak yang nak ditindik telinga, tapi aku yang terlebih nervous ok, hehehe! Alhamdulillah, Imani pun ok..nangis 2 minit then macam biasa je. Siap tindik terus main lagi.

Good girl lah yayang mama nih! So, kesimpulannya.. misi berjaya..x payahlah tunggu pun.. ;p