Elman is 1!

Sunday, May 25, 2014
Salam..

 ~23 Mei 2014~
 Alhamdulillah, dua hari lepas little Elman dah cukup 1 tahun. Sekejap ja rasa. Macam baru ja lagi menahan sakit menunggu giliran ke OT room..hihihi!! Makin lasak, makin nakal tu dah memang sah2. 

Sekarang dah dapat lesen 'P' so kerjanya menjelajah ja serata rumah. Naughty boy dengan gigi yang 4 batang ni kadang-kadang sibuk menggigit pun ada jugak, hahaha!!
 Tapi x apa, biasa la tu kan.

Semoga Faid Elman membesar jadi anak yang soleh dan membanggakan mama abah nanti. Yer Elman!
InsyaAllah.. Aminn..


Hobi baru (^^,)v

Salam semua
Aku dah ada hobi baru. Apa? Now i'm into baking! Bukan pro pun, amatur sangat, masih belajar-belajar lagi. Google resepi-resepi menarik kat internet then cuba buat. Kalau jadi alhamdulillah, kalau x jadi maka kena cuba lagi la kan.  Minat memang dah lama, tapi x secara serious pun. Zaman-zaman muda dulu tu x nampak kepentingannya sangat. Sekarang, ambik ko!

Yes, being the youngest in the family memang diakui aku nih spoiled sikit. Bab masak memasak memang zero. Nak buat biskut time raya ke memang on ja tapi bab masak? Fuhhh..berfikir ja pun boleh buat aku berpeluh sejuk. Bila nak kawin baru terhegeh-hegeh belajar, kunun petua nak tambat hati suami..hahaha!! Memang menyesal ooii! Sepatutnya dari dulu lagi belajar. Ni dah tua2 gini baru bertatih. Nasib baik ada kemajuan teknologi, dapatla jugak cover sikit demi sikit dan sekarang nih jadi seronok pulak. Pada aku paling tidak dapatlah penuhi permintaan bos-bos kecik kat umah.


Ok, sekarang aku dah beli BM. So, dengan adanya 'pembantu' makin semangatnya aku meroti. 1st time ever aku buat roti ni tau. Ya, dah umur 33 tahun.. Ini lah julung2 kalinya aku buat roti. Sebelum ni X PERNAH! Tapi orang kata, better late then never kan..Hahaha! 

My 1st attempt:

Chocolate Bun With Raisin! 
Tak berapa jadi sebab x gebuuuusss..but not a total disaster jugak, still eatable!(^^,)v

Ini pulak my 2nd attempt. 

Chocolate Rice Bun and Cheese Bun! 
Better, roti pun lebih lembut. Fuhhh..lega!

**** Practice make perfect kan..Ok, nanti cuba lagi! (^^,)v ****

Breville Bread Maker


Assalamualaikum...Selamat Petang.

Alkisahnya, sejak joint kelas aneka roti hari tu macam semangat sungguh nak cuba buat roti sendiri. Maklum sajalah, belajar benda baru kan. Teori asas nak merotinya dah tau, tapi praktikalnya tu belum lagi . Sebelum nih kalau nak buat pizza ringkas untuk anak-anak tu lepasla. Tapi, kalau bab-bab roti yang macam kita beli kat kedai-kedai tu memang tak lah..hahaha!!

Satu halnya bila nak buat roti nih ialah bab menguli. Haah bila cakap bab menguli, memang aku failed.Akak tidaklah rajin dik non oiii. Itu la faktor yang selalu membuatkan terbantut niat suci nak meroti.TETAPI! Itu semua dah x jadi masalah besar sebab sekarang aku dah ada pembantu, hihihi!!

Sebenarnya aku memang dah lama nak bread maker (BM). Nak memudahlah kerja-kerja meroti kununnya. So, lepas kelas meroti haritu aku pun pasang angan2 nak BM sebiji (memang kena berangan dulu sebab harga BM memang boleh tahan ooii). Memandangkan aku ni masih amatur jadi aku pilih untuk cari BM yang harganya agak berpatutan tapi hasil memuaskan. Survey punya survey ramai yang suggest brand Tesco. So, mula la aku menjelajah merata tesco yang terdekat tapi semuanya hampa. Semua tempat yang aku pergi "out of stock". Frust menonggeng!!

Apa yang jadi? Last 2 weeks jalan-jalan Mid Valley dating dengan hubby. Sempat menyinggah ke Harvey Normen sekejap sebab husband aku memang suka tempat-tempat gini. Kira macam cuci-cuci mata gitu. Sementara dia melayan perasaan, aku panjangkan langkah nun ke bahagian kitchen ware sebab nak mengintai BM sekejap, hihihi! Dekat 15 minit jugak aku membelek-belek 2-3 biji BM kat situ. Best woooo..Macam-macam brand with macam-macam function ada, memang meletop! Tapi itulah, harganya pun meletop..huhuhu!!

Tiba-tiba husband tanya, mama nak ke? Aku terus jawab sambil tersengih, nak! nak!! Kalau nak, ambik lah..Hah, macam tak percaya uols..tapi sebab orang dah offer kan, rugilah kalau menolak..ya x?? hahaha!! Hadiah hari ibu katanya..Wah, terima kasihhhhhh! Aku pilih yang Breville Bread Maker nih. Harga exact x ingat tapi dalam RM500 kot. Hari tu HN tengah sale so dapat la diskaun sikit, RM450.

Here it is!

 Breville Bread Maker

Balik rumah hati sudah berbunga riang. Senyum sampai ke telinga. Iyalah, sekarang dah ada pembantu mestilah semakin bersemangat nak meroti. X payah uli sendiri lagi dah,yeayy!!






Hari Guru 2014!

Tuesday, May 20, 2014
Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Guru (^^,)/!!
16 Mei ialah tarikh penting untuk warga pendidik macam aku sebab 16 Mei ialah hari guru (^^,)/. Dah bila dikata penting, tiap-tiap tahun mesti la ada sambutan. Cumanya, hari guru tahun ini sedikit berbeza sebab dalam seminggu aku sambut 2 kali.

Tahun ni aku terlibat dengan ProElt Course anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia kolaborasi bersama British Council. Program ProElt ni khas untuk cikgu-cikgu Bahasa Inggeris bertujuan untuk  memantapkan kemahiran dan membantu dalam P&P, katanya. Semua cikgu-cikgi yang terlibat dibahagikan ikut pusat  latihan masing-masing and it happens mine dekat SK Batu Belah. So every wednesday instead of rushing to school, I'll be rushing to the training centre. Ok, memandangkan hari guru jatuh pada hari jumaat but our class is on wednesday the whole class sepakat nak cepatkan sambutan so that the trainer pun dapat join. It was a simple celebration though but fun!


Teachrs' Day @ Awesome ProElt
The happy faces with their trainer (^^,)v




Selesai sambutan di training centre, sambung lagi sambutan hari guru tapi di peringkat sekolah lah pulak. Dekat sekolah sambutan ni dibuat hari jumaat lepas. Ha..memandangkan tahun lepas aku preggy so x lah beriya sangat kan. So tahun ni i balas dendam..hahaha!!

 Awal pagi sambil-sambil dengar perutusan ..

Roses among the thorns..hahaha!!
Wajah-wajah ceria Samat!

My pupils..

Persembahan puteri-puteri PPKI

 Besties!

Kalau diikutkan banyak lagi nak upload tapi karang n3 nih over la pulak. Apa pun, baik murid atau cikgu semua happy, semua enjoy. Maunya x enjoy, setahun sekali jer kot murid-murid dapat tengok cikgu-cikgu dia sporting x ingat kan. Hari-hari biasa jangan la harap! Fokus2! Cikgu-cikgunya pun hari gini sajalah nak buang tebiat bagai..x gitu cikgu?
Hehehe! (^^,)v

" SELAMAT HARI GURU "
Terima kasih cikgu!

Khas buat semua guru,
 TERIMA KASIH atas kerja keras dan tunjuk ajarmu.
TERIMA KASIH untuk nasihat dan panduanmu.
 TERIMA KASIH atas jasa dan pengorbananmu.
TERIMA KASIH CIKGU!















Happy 8th Anniversary!

Wednesday, April 30, 2014
Assalamualaikum & Selamat Tengahari..

30 April 2014
Alhamdulillah harini ulang tahun perkahwinan yang ke-8. Banyak juga yang dah ditempuhi sepanjang 8 tahun nih. Ada suka, ada duka tapi itu semua perkara biasa dalam rumahtangga. Adat berumahtangga kan, mesti la ada pasang dan surutnya. 

Macam yang P.Ramlee selalu nyanyi tu,
 "sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri". 
 Ha..gitu itu. So kira normal lah yer..Hihihi! 
Apa yang penting, segala apa yang datang dapat diatasi sama-sama. 

 Semoga Allah terus merahmati perkahwinan ni sampai ke akhir hayat, InsyaAllah.


Kelas Memasak

Tuesday, April 22, 2014
Assalamualaikum..

Kelas memasak, itu aktiviti last two weeks..1st time join kelas masak tau. B4 this memang dah lama jugak nak masuk kelas apa, tapi x da peluang. Ada saja hal yang menghalang. Then last two weeks kebetulan x da agenda, ada tempat kosong + ada geng jugak maka terus je join class. Entrance fee pun affordable, so ok la kan. So, dapat la pengalaman baru kat kelas masakan. Kawan baru pun dapat jugak! (^^,)

Kelas masakan yang baru lepas tu cikgu ajar camana nak buat nasi arab dan aneka roti. Ada yang cakap, berguru dengan En. Google pun boleh pa sbenarnya. Ya la uols memang betul, tapi join kelas pun ada bagusnya jugak. Steps yang diajar tu nampak lebih clear gitu, lebih detail la kononnya. Nak tanyakan apa2 kemushkilan pun lebih mudah sebab tok gurunya ada depan mata. So, kalau ada soalan berbangkit direct saja. 

Belajar buat Nasi Arab ni bukan apa sebenarnya. Kan ke sekarang tengah glemer menu nih. Tu yang nak belajar. Ala2 nak mengkagumkan En. Suami pun ada gak skit2..hahaha!! Paling penting belajar buat aneka roti. Skill yang satu ni memang dah lama berhajat nak belajar sebab anak teruna bujang tu kurang makan nasi, suka makan roti.  Maka mamanya kena lah usahakan sesuatu kan. X gitu uols? Ada jugak belajar2 sendiri, ambik resepi kat internet. Tapi kadang2 x menepati piawaian juri gitu, huhuhu..

Ok, kelas memasak aritu x lama. Lebih kurang 2 jam setengah je. Anak muridnya pun x ramai sebab memang nak gitu. Ramai-ramai karang lain plak jadinya, hahaha!!

Nasi Arab Khabsa

 Tadaaaa..ni roti keju, cinnamon roll dan roti sosej yang dah siap dibakar.


 Pizza! Ni si Naufal suka nih.


Ha..ni anak2 murid bersama dengan cikgunya. Cikgu yang 3 dari kanan tu. Sweet ja dia kan?


Yang pasti last class was a success. Kami pun enjoyed and we had fun learning. Siap ada demand suruh buat kelas lagi . Pasni join kelas kek plak. Can't wait!!






She turns 2!!

Assalamualaikum..

20 April 2014
 Happy 2nd birthday Imani sayang.


Ehem..update!

Monday, April 21, 2014
Assalamualaikum & selamat petang..

Alhamdulillah, hujan dah berhenti..Tadi turun selebat-lebatnya diiring dengan kilat sabung menyabung lagi. Hajat di hati nak melayan tv ja petang2 cam gini..tapi apa kan daya, bila bersaing dengan anak-anak maka sah-sahlah kita yang kena mengalah. Ya x? 
 
Nak buat apa yek??
 'Blog walking' sekejap lah sambil2 intai blog sendiri (ok, time ni baru sedar blog sendiri bersawang sudah) dan time ni jugak lah aku perasan banyak rupanya entri yang aku tulis tersimpan as draft ja..huhuhu. 

Maka bersemangat la nih nak mulakan balik apa yang dah tertinggal. Nak kena bersihkan sawang-sawang yang ada walaupun akan sedikit ambil masa. Jadi sila bersabar ya uols. Going to publish things that was supposed to be published soon.
 (^^,)v 


Alhamdulillah..abg Naufal pun started darjah 1 early jan this year. Besar dah hero mama! 


Cheeky Kakak Imani. She just turned two semalam. Uihh..makin banyak kerenah dah.


Little Elman dah boleh steadily beralan  now @ 11 months. Semua tempat pun nak jelajah!



Alhamdulillah, since En. Suami transfered back to KL the whole family dah  dapat spend masa sama2  if compared to 5 years back. Bila dah the other half dah dekat disisi nih rasa lebih secure gitu.. chewwaah!! 

 
  
Ok, ni tuan puanya blog. Masih sama macam dulu jgk. Bertugas pun masih di tempat yang sama, masuk tahun ke-8 sudah. Life goes as usual. Bz dengan kerja tu perkara biasa, dah nama pun tugas ya dak? Alhamdulillah, rasa bersyukur + happy sangat sebab we could now berkumpul as 1 family. X dak duduk asing2 dah. So,kalau rasa keadaan susah macam mana pun dengan as long as sama2, InsyaAllah sama2 selesaikan.. (^^,)            

Cheezy Powder!

Sunday, April 20, 2014
Salam & hi

Balik dari sekolah tengahari tadi, nampak 1 parcel atas shoe cabinet kat umah. Apa bendanya dah boleh diagak sebab memang sedang menunggu sampai pun. Naufal dah excited suruh buatkan. 





Tengok dekat gambar pun dah tau menikmati ke x uols..memang layannn ja makan..x pandang sana sini..nak snap picture pun jenuh panggil. Tu la hebatnya penangan cheezy powder ni hah..So, memang puas hati beli uols..Thumbs up!

Simple Pizza!

Tuesday, September 24, 2013
Projek pagi ahad lepas, Pizza!! Selalunya guna roti gardenia tu ja. Tapi naufal semalam awal2 dah pesan.."nak pizza mama, yang roti x nak". Hambik kau! Demand anak i,hahaha!! Maka mulalah sesi menyediakan home made pizza yer uols..

Bahan untuk Doh Pizza:

4 cawan tepung (diayak)
2 sk yis
1 1/2 cawan air suam
1/4 cawan minyak zaitun 
( erk..aku x da minyak zaitun, jadi ku belasah minyak biasa je..hehehe)
secubit gula
Secubit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada mangkuk dan permukaan atas doh

Cara nak buat Doh Pizza:
  • Masukkan gula ke dalam air suam, then masukkan yis - biarkan 5 minit (x yah sibuk2 kacau dah!)
  • Masukkan tepung, garam, minyak then air bancuhan/campuran yis tadi
  • Guna dua2 belah tangan gaul doh sampai doh x melekat kat tangan.
  • Keluarkan doh pastu uli lagi tadi atas papan pencanai. 
  • Lipat dari tepi kiri-kanan ke dalam, then tolak guna tapak tangan - buat sampai adunan tu lembut yer..
  • Sapukan sedikit minyak ke dlm bekas/ magkuk, masukkan doh yang siap diuli tadi.
  • Sapu sikit minyak kat permukaan atas doh then tutup dengan wraping plactic- biarkan 30 minit.
  • Keluarkan doh yang dah naik pastu tumbuk/ penyet bagi kempis.
  • Bahagikan doh ( ikut le besar mana nak yer)
  • Leperkan doh tadi, cucuk2 sikit dengan garfu supaya udara keluar.
  • Siap!
Ni lah rupanya doh pizza aku lepas diuli dengan gigihnya. Lebih exact rupa doh sebelum kembang yer uols..Time dah kembang lupa plak nak snap coz si pembuat doh dah terlampau excited tengok dohnye kembang..ok, sekian!
 
Bahan untuk Topping:

Sos  pasta
Bawang besar
Sosej/ Chicken Slice/ Crab stick
Cendawan/ Nenas
Capsicum 

** Actually untuk topping nih ikut suka hati uols je. Selera sendiri. Rasa nak letak apa,silakan yer **

Disebabkan bahan-bahan yang wujud dalam peti ais kat umah nih x berapa nak meriah, maka bahan2 ini je lah aku jadikan topping pizza tadi yer!

** Sambil2 tu sila panaskan oven yer..**
Hias sesuka hati seenak rasa saja! Hehehe!!

Ok, jom bakar!
Aku bakar pada suhu 180°C ( Guna api atas bawah ). Masa plak dalam 20-25 minit gitu.
Tadaaa..siap sudah!!

Makan masa panas2..10 minit licin! Hahaha!!

Ni hah ada lebihan doh, nak makan tapi dah kenyang plak. Makanya jangan membazir yer uols. Aku leperkan, masukkan dalam plastik pastu simpan dalam fridge. Nak makan nanti kuarkan..hehehe!

Muhammad Faid Elman

Sunday, September 22, 2013
Salam & Hi 

 Sorry, berpunca dari dah lama berhenti bergiat aktif dalam penulisan blog nih, maka x sempat la update kelahiran ahli baru kami..hehehe! X kisahla kan, biar lambat dari x dak langsung. X gitu?? Hehehe!!

 Introducing the new family member, Elman!

23 Mei 2013, aku selamat lahirkan seorang baby lelaki di PCMC, itu maksudnya tu 4 bulan lepas yer uols. Waktu kelahiran lebih kurang pukul 12.30 tengahari gitu. Berat baby pulak 3.4kg. Weight range nih lebih kurang sama dengan abang & kakaknya jugak. Hehehe!!

 Yup! kali nie pun melalui pembedahan jugak cuma yang lain sikit sebab cukup2 37 minggu bersalin. Then kali nie aku sempat la jugak rasa sakit nak bersalin sebab past labour experince x pun rasa sakit2. Menyerah diri tetap menyerah diri cuma kali nie sempat la rasa menahan sakit bagai, hehehe!!


Ha..inilah bam-bam saya..hahaha!!
Muhammad Faid Elman bin. Mohd Fazli.


Sekarang Elman dah masuk 4 bulan.Tengah gigih jugak tu sebab dalam proses nak meniarap. Harap2 cepat berjaya ya Elman sayang.. Hehehehe!! Ha, selain tu tengah suka main air liur dia jugak..Bak kata orang tua2, habis la gugur rambut mama sayang ooii, huhuhu!!

Maka dengan lahirnya Elman nih..bertambahlah ahli keluarga kecik aku. Dengan itu jugak ini bermaksud salah satu daripada wishlist aku dah tercapai. Alhamdulillah,Yeayyy!!

Semoga sayang mama membesar dengan cemerlang dan terbilang yek.. :)












Tindik telinga..

Saturday, September 14, 2013
Salam & hi

Misi sudah berjaya!

Bersubang sudah!

Sebelum raya aritu dah pergi Poh Kong ingat nak tindik telinga si anak dara sorang nih. Dah sampai ke tempat dituju, alih2 the lady cakap x boleh buat..kena tunggu sebab kecik lagi, takut terkejut katanya. Hajat x kesampaian, maka kami pun terus balik umah. Get the preparation done untuk hari raya. 

2 weeks passed, duit raya dah habis, cuti raya pun dah habis maka sah2 lah kena cari semula kan..top up mana yang patut gitu..hahaha!! So, kami pun balik kl but before tu sempat singgah jap kat JJ Rawang. 

Pusing punya pusing ternampak Poh Kong. So, Encik Suami decided nak try tanya lagi. This time luckily, the lady there cakap " boleh je.." siap statement pengukuhan, "even younger than her pun ada yang dah buat." Maka abahnya pun apa lagi. Terus je suruh tindikkan..hahaha! 

Anak yang nak ditindik telinga, tapi aku yang terlebih nervous ok, hehehe! Alhamdulillah, Imani pun ok..nangis 2 minit then macam biasa je. Siap tindik terus main lagi.

Good girl lah yayang mama nih! So, kesimpulannya.. misi berjaya..x payahlah tunggu pun.. ;p

Camping pulak!

Salam & hi!

Berblog dari sekolah tersayang malam nih. Sebab tersangkut dengan Program perkhemahan unit beruniform. Jadual asal terlibat untuk jadi faci. Itu pun untuk satu slot saja petang tadi. Tapi lepak punya lepak, terovernight pulak. Ntah macam mana aku terlebih sudah, hahaha!!

Haip, perhatian!
Serious smuanya dengar taklimat ketua kem. Jangan x tau, time ni semua semangat tengah berkobar-kobar lagi nih..

 Anak2 sibuk dengan aktiviti..cikgu2 pun sibuk dengan bbq reparation bbq untuk makan malam anak2!

Ha..dah kenyang perut, kita sambung lagi dengan aktiviti malam pulak yer anak2!

Fuuuuhhhh!!
Ni baru lepas sentry..cikgu dah mengantuk x ingat tapi si anak-anak muridnya pulak nak suruh tidur pun seksa ooii. Excited sgt gamaknya bila dorang dapat tidur kat sekolah ..hahaha!

Ok, mau out sudah! Mata sudah berat rasanya nih. I chow dulu ha uols..!

Mengaji.

Friday, September 13, 2013
Salam..hi!

Bersiaran dr dalam kenderaan sambil tunggu anak teruna mengaji. Letih skit sebab rushing sana sini tapi x kisah asal si bujang x ponteng.
Dah la si bujangku ni lambat skit start formal kelas nih..jadi x boleh la suka2 hati nak ponteng. Nanti esok2 dah sekolah basic pun x tau..susah uols..huhuhu!
 Kelam kabut skit minggu ni sebab bebudak kat sekolah ada UPSR. Anak teruna dah habis ngaji..mau chalo balik umah pulak..


Muka puas hati dah habis kelas!

Ok, sambung skit lagi. Sampai umah, letak beg terus semangat nk buat homework..sebenarnye lebih ke semangat nak makan eskerim tu uols! 
Dah janji dalam kereta tadi kalau nak cepat eskerim, kena siapkan dulu homework..hehehe!! Kalau x, berchenta oiii..maka inilah kekdah yang sesuai..ok, dah! Nak siapkan keja skit.. ;)

Ni aksi tengah gigih siapkan homework!

Ok, see you!

Hobi katanya!

Monday, September 9, 2013
Assalamualaikum & hi!

Ni hah! Akibat merempit ja ke ofis maka ini orang sudah ada hobi baru ya uols..



"Penat bawak motor kecik ni Yang"

 A'aah la sangat kan..sebelum nih sampai ke T'ganu nun boleh je kan..sanggup je! :p


Safety 1st yer..precaution tu..maka dengan itu bermulalah episod hari2 yang penuh aktiviti..hobi katanya!!

Apa nak buat kan uols..udah itu minatnya kan..ada abaiknya aku layankan saja..Asal tau jaga diri ye bang! 

Pijak Tanah + Buka Mulut :)

Tuesday, August 27, 2013
** Akibat dah lama sangat x menjengok blog kesayangan nih..x sedar rupanya ada entri yang aku x post..hahaha! maka aku post lah arini..backdated gituu..Maaflah ya kawan2..sila halalkan saja..hehehe!!**

      Assalamualaikum & Hi uols!

Alhamdulillah, setakat ni sudah selesai 3 dari 4 benda yang dirancang ..

Pertama:
Cukur rambut/ Potong Jambul 

Ini dah buat masa dalam pantang aritu..Buat simple2 ja. Buat syarat kata mak aku..hehehe!!

 Kedua:
 Membelah/Mulut 

 Ketiga:
Jejak Tanah/ Turun Tanah


Keempat:


Bersunat/ Berkhatan

Hah! yang ni x tau bila lagi..Maybe tunggu Imani besar skit kot..Kena jugak??? Ya la! Perempuan pun sama kena bersunat tau. Cuma yang membezakannya umur yang sesuai untuk bersunat. Kalau ikut pemahaman aku, orang perempuan kena bersunat seeloknya masa kecil2 lagi. Selalunya orang akan buat bersunat ni masa baby perempuan tu berumur setahun atau lebih.

 Beza dengan lelaki pulak seeloknya bersunat bila dah berumur antara 8-12 tahun. 
Basically tujuannya sama jugak sebab kalau ikut dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam pentingkan kesucian tak kira la zahir ataupun batin. Selain tu, bersunat ni jugak baik dari segi kesihatan ok!

Naufal nak lasagna!

Salam..

Ribut x dak..angin x dak alih2 entri pertama 2013 terus masuk bab makan..hahaha!! X kisahla kan uols!!

Petang semalam lps balik dari menghantar naufal mengaji terus buat benda alah nih..sebabnya anak teruna tu mintak nak makan.

lasagna

Sumpah! Seumur hidup memang x pernah buat..tapi dah requested maka kena la usaha buat..bermula la misi 'menggoogle' resepi di internet..cari resepi dh 1 hal..x tau bake pakai microwave pun satu hal..hahaha!!

Nasib baik ada kawan tersayang yg tlg..tenkiu monaaa!!! Maka setelah bertungkus lumus berperang di dapur kecilku itu..terhasillah lasagna nih..

Thanks to:
Blog cahaya cintaku owned by kak ana suzana. Siap instruction step by step yang sangat2 membantu bg org yang x tau macam aku..hahaha!! Simple + sangat senang nak buat..sedappp jugakkk!