Elman is 1!

Sunday, May 25, 2014
Salam..

 ~23 Mei 2014~
 Alhamdulillah, dua hari lepas little Elman dah cukup 1 tahun. Sekejap ja rasa. Macam baru ja lagi menahan sakit menunggu giliran ke OT room..hihihi!! Makin lasak, makin nakal tu dah memang sah2. 

Sekarang dah dapat lesen 'P' so kerjanya menjelajah ja serata rumah. Naughty boy dengan gigi yang 4 batang ni kadang-kadang sibuk menggigit pun ada jugak, hahaha!!
 Tapi x apa, biasa la tu kan.

Semoga Faid Elman membesar jadi anak yang soleh dan membanggakan mama abah nanti. Yer Elman!
InsyaAllah.. Aminn..


Hobi baru (^^,)v

Salam semua
Aku dah ada hobi baru. Apa? Now i'm into baking! Bukan pro pun, amatur sangat, masih belajar-belajar lagi. Google resepi-resepi menarik kat internet then cuba buat. Kalau jadi alhamdulillah, kalau x jadi maka kena cuba lagi la kan.  Minat memang dah lama, tapi x secara serious pun. Zaman-zaman muda dulu tu x nampak kepentingannya sangat. Sekarang, ambik ko!

Yes, being the youngest in the family memang diakui aku nih spoiled sikit. Bab masak memasak memang zero. Nak buat biskut time raya ke memang on ja tapi bab masak? Fuhhh..berfikir ja pun boleh buat aku berpeluh sejuk. Bila nak kawin baru terhegeh-hegeh belajar, kunun petua nak tambat hati suami..hahaha!! Memang menyesal ooii! Sepatutnya dari dulu lagi belajar. Ni dah tua2 gini baru bertatih. Nasib baik ada kemajuan teknologi, dapatla jugak cover sikit demi sikit dan sekarang nih jadi seronok pulak. Pada aku paling tidak dapatlah penuhi permintaan bos-bos kecik kat umah.


Ok, sekarang aku dah beli BM. So, dengan adanya 'pembantu' makin semangatnya aku meroti. 1st time ever aku buat roti ni tau. Ya, dah umur 33 tahun.. Ini lah julung2 kalinya aku buat roti. Sebelum ni X PERNAH! Tapi orang kata, better late then never kan..Hahaha! 

My 1st attempt:

Chocolate Bun With Raisin! 
Tak berapa jadi sebab x gebuuuusss..but not a total disaster jugak, still eatable!(^^,)v

Ini pulak my 2nd attempt. 

Chocolate Rice Bun and Cheese Bun! 
Better, roti pun lebih lembut. Fuhhh..lega!

**** Practice make perfect kan..Ok, nanti cuba lagi! (^^,)v ****

Breville Bread Maker


Assalamualaikum...Selamat Petang.

Alkisahnya, sejak joint kelas aneka roti hari tu macam semangat sungguh nak cuba buat roti sendiri. Maklum sajalah, belajar benda baru kan. Teori asas nak merotinya dah tau, tapi praktikalnya tu belum lagi . Sebelum nih kalau nak buat pizza ringkas untuk anak-anak tu lepasla. Tapi, kalau bab-bab roti yang macam kita beli kat kedai-kedai tu memang tak lah..hahaha!!

Satu halnya bila nak buat roti nih ialah bab menguli. Haah bila cakap bab menguli, memang aku failed.Akak tidaklah rajin dik non oiii. Itu la faktor yang selalu membuatkan terbantut niat suci nak meroti.TETAPI! Itu semua dah x jadi masalah besar sebab sekarang aku dah ada pembantu, hihihi!!

Sebenarnya aku memang dah lama nak bread maker (BM). Nak memudahlah kerja-kerja meroti kununnya. So, lepas kelas meroti haritu aku pun pasang angan2 nak BM sebiji (memang kena berangan dulu sebab harga BM memang boleh tahan ooii). Memandangkan aku ni masih amatur jadi aku pilih untuk cari BM yang harganya agak berpatutan tapi hasil memuaskan. Survey punya survey ramai yang suggest brand Tesco. So, mula la aku menjelajah merata tesco yang terdekat tapi semuanya hampa. Semua tempat yang aku pergi "out of stock". Frust menonggeng!!

Apa yang jadi? Last 2 weeks jalan-jalan Mid Valley dating dengan hubby. Sempat menyinggah ke Harvey Normen sekejap sebab husband aku memang suka tempat-tempat gini. Kira macam cuci-cuci mata gitu. Sementara dia melayan perasaan, aku panjangkan langkah nun ke bahagian kitchen ware sebab nak mengintai BM sekejap, hihihi! Dekat 15 minit jugak aku membelek-belek 2-3 biji BM kat situ. Best woooo..Macam-macam brand with macam-macam function ada, memang meletop! Tapi itulah, harganya pun meletop..huhuhu!!

Tiba-tiba husband tanya, mama nak ke? Aku terus jawab sambil tersengih, nak! nak!! Kalau nak, ambik lah..Hah, macam tak percaya uols..tapi sebab orang dah offer kan, rugilah kalau menolak..ya x?? hahaha!! Hadiah hari ibu katanya..Wah, terima kasihhhhhh! Aku pilih yang Breville Bread Maker nih. Harga exact x ingat tapi dalam RM500 kot. Hari tu HN tengah sale so dapat la diskaun sikit, RM450.

Here it is!

 Breville Bread Maker

Balik rumah hati sudah berbunga riang. Senyum sampai ke telinga. Iyalah, sekarang dah ada pembantu mestilah semakin bersemangat nak meroti. X payah uli sendiri lagi dah,yeayy!!






Hari Guru 2014!

Tuesday, May 20, 2014
Assalamualaikum wbt..
Selamat Hari Guru (^^,)/!!
16 Mei ialah tarikh penting untuk warga pendidik macam aku sebab 16 Mei ialah hari guru (^^,)/. Dah bila dikata penting, tiap-tiap tahun mesti la ada sambutan. Cumanya, hari guru tahun ini sedikit berbeza sebab dalam seminggu aku sambut 2 kali.

Tahun ni aku terlibat dengan ProElt Course anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia kolaborasi bersama British Council. Program ProElt ni khas untuk cikgu-cikgu Bahasa Inggeris bertujuan untuk  memantapkan kemahiran dan membantu dalam P&P, katanya. Semua cikgu-cikgi yang terlibat dibahagikan ikut pusat  latihan masing-masing and it happens mine dekat SK Batu Belah. So every wednesday instead of rushing to school, I'll be rushing to the training centre. Ok, memandangkan hari guru jatuh pada hari jumaat but our class is on wednesday the whole class sepakat nak cepatkan sambutan so that the trainer pun dapat join. It was a simple celebration though but fun!


Teachrs' Day @ Awesome ProElt
The happy faces with their trainer (^^,)v




Selesai sambutan di training centre, sambung lagi sambutan hari guru tapi di peringkat sekolah lah pulak. Dekat sekolah sambutan ni dibuat hari jumaat lepas. Ha..memandangkan tahun lepas aku preggy so x lah beriya sangat kan. So tahun ni i balas dendam..hahaha!!

 Awal pagi sambil-sambil dengar perutusan ..

Roses among the thorns..hahaha!!
Wajah-wajah ceria Samat!

My pupils..

Persembahan puteri-puteri PPKI

 Besties!

Kalau diikutkan banyak lagi nak upload tapi karang n3 nih over la pulak. Apa pun, baik murid atau cikgu semua happy, semua enjoy. Maunya x enjoy, setahun sekali jer kot murid-murid dapat tengok cikgu-cikgu dia sporting x ingat kan. Hari-hari biasa jangan la harap! Fokus2! Cikgu-cikgunya pun hari gini sajalah nak buang tebiat bagai..x gitu cikgu?
Hehehe! (^^,)v

" SELAMAT HARI GURU "
Terima kasih cikgu!

Khas buat semua guru,
 TERIMA KASIH atas kerja keras dan tunjuk ajarmu.
TERIMA KASIH untuk nasihat dan panduanmu.
 TERIMA KASIH atas jasa dan pengorbananmu.
TERIMA KASIH CIKGU!