Happy 8th Anniversary!

Wednesday, April 30, 2014
Assalamualaikum & Selamat Tengahari..

30 April 2014
Alhamdulillah harini ulang tahun perkahwinan yang ke-8. Banyak juga yang dah ditempuhi sepanjang 8 tahun nih. Ada suka, ada duka tapi itu semua perkara biasa dalam rumahtangga. Adat berumahtangga kan, mesti la ada pasang dan surutnya. 

Macam yang P.Ramlee selalu nyanyi tu,
 "sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri". 
 Ha..gitu itu. So kira normal lah yer..Hihihi! 
Apa yang penting, segala apa yang datang dapat diatasi sama-sama. 

 Semoga Allah terus merahmati perkahwinan ni sampai ke akhir hayat, InsyaAllah.


Kelas Memasak

Tuesday, April 22, 2014
Assalamualaikum..

Kelas memasak, itu aktiviti last two weeks..1st time join kelas masak tau. B4 this memang dah lama jugak nak masuk kelas apa, tapi x da peluang. Ada saja hal yang menghalang. Then last two weeks kebetulan x da agenda, ada tempat kosong + ada geng jugak maka terus je join class. Entrance fee pun affordable, so ok la kan. So, dapat la pengalaman baru kat kelas masakan. Kawan baru pun dapat jugak! (^^,)

Kelas masakan yang baru lepas tu cikgu ajar camana nak buat nasi arab dan aneka roti. Ada yang cakap, berguru dengan En. Google pun boleh pa sbenarnya. Ya la uols memang betul, tapi join kelas pun ada bagusnya jugak. Steps yang diajar tu nampak lebih clear gitu, lebih detail la kononnya. Nak tanyakan apa2 kemushkilan pun lebih mudah sebab tok gurunya ada depan mata. So, kalau ada soalan berbangkit direct saja. 

Belajar buat Nasi Arab ni bukan apa sebenarnya. Kan ke sekarang tengah glemer menu nih. Tu yang nak belajar. Ala2 nak mengkagumkan En. Suami pun ada gak skit2..hahaha!! Paling penting belajar buat aneka roti. Skill yang satu ni memang dah lama berhajat nak belajar sebab anak teruna bujang tu kurang makan nasi, suka makan roti.  Maka mamanya kena lah usahakan sesuatu kan. X gitu uols? Ada jugak belajar2 sendiri, ambik resepi kat internet. Tapi kadang2 x menepati piawaian juri gitu, huhuhu..

Ok, kelas memasak aritu x lama. Lebih kurang 2 jam setengah je. Anak muridnya pun x ramai sebab memang nak gitu. Ramai-ramai karang lain plak jadinya, hahaha!!

Nasi Arab Khabsa

 Tadaaaa..ni roti keju, cinnamon roll dan roti sosej yang dah siap dibakar.


 Pizza! Ni si Naufal suka nih.


Ha..ni anak2 murid bersama dengan cikgunya. Cikgu yang 3 dari kanan tu. Sweet ja dia kan?


Yang pasti last class was a success. Kami pun enjoyed and we had fun learning. Siap ada demand suruh buat kelas lagi . Pasni join kelas kek plak. Can't wait!!






She turns 2!!

Assalamualaikum..

20 April 2014
 Happy 2nd birthday Imani sayang.


Ehem..update!

Monday, April 21, 2014
Assalamualaikum & selamat petang..

Alhamdulillah, hujan dah berhenti..Tadi turun selebat-lebatnya diiring dengan kilat sabung menyabung lagi. Hajat di hati nak melayan tv ja petang2 cam gini..tapi apa kan daya, bila bersaing dengan anak-anak maka sah-sahlah kita yang kena mengalah. Ya x? 
 
Nak buat apa yek??
 'Blog walking' sekejap lah sambil2 intai blog sendiri (ok, time ni baru sedar blog sendiri bersawang sudah) dan time ni jugak lah aku perasan banyak rupanya entri yang aku tulis tersimpan as draft ja..huhuhu. 

Maka bersemangat la nih nak mulakan balik apa yang dah tertinggal. Nak kena bersihkan sawang-sawang yang ada walaupun akan sedikit ambil masa. Jadi sila bersabar ya uols. Going to publish things that was supposed to be published soon.
 (^^,)v 


Alhamdulillah..abg Naufal pun started darjah 1 early jan this year. Besar dah hero mama! 


Cheeky Kakak Imani. She just turned two semalam. Uihh..makin banyak kerenah dah.


Little Elman dah boleh steadily beralan  now @ 11 months. Semua tempat pun nak jelajah!



Alhamdulillah, since En. Suami transfered back to KL the whole family dah  dapat spend masa sama2  if compared to 5 years back. Bila dah the other half dah dekat disisi nih rasa lebih secure gitu.. chewwaah!! 

 
  
Ok, ni tuan puanya blog. Masih sama macam dulu jgk. Bertugas pun masih di tempat yang sama, masuk tahun ke-8 sudah. Life goes as usual. Bz dengan kerja tu perkara biasa, dah nama pun tugas ya dak? Alhamdulillah, rasa bersyukur + happy sangat sebab we could now berkumpul as 1 family. X dak duduk asing2 dah. So,kalau rasa keadaan susah macam mana pun dengan as long as sama2, InsyaAllah sama2 selesaikan.. (^^,)            

Cheezy Powder!

Sunday, April 20, 2014
Salam & hi

Balik dari sekolah tengahari tadi, nampak 1 parcel atas shoe cabinet kat umah. Apa bendanya dah boleh diagak sebab memang sedang menunggu sampai pun. Naufal dah excited suruh buatkan. 





Tengok dekat gambar pun dah tau menikmati ke x uols..memang layannn ja makan..x pandang sana sini..nak snap picture pun jenuh panggil. Tu la hebatnya penangan cheezy powder ni hah..So, memang puas hati beli uols..Thumbs up!