Merdeka, Merdeka, Merdeka!!!

Sunday, August 30, 2009
Alhamdulillah, tahun nie kita akan menyambut hari kemerdekaan buat ke sekian kalinya..Walaupun x lahir dalam zaman perjajahan tu, tapi tetap dapat rasa semangat nak dapatkan kemerdekaan tu..dari mana? dari cerita tok nenek kita..orang2 lama yang masih ada lagi..Itu semua membantu kita memahami apa sebenarnya erti kemerdekaan kan.. Tapi kan, walaupun kita dah lama merdeka, aku rasa sedikit sebanyak jajahan itu masih ada..kalau x dari segi fizikalnya mungkin dari segi yang lain pulak..ya x?
Malaysia memang dah maju..Itu x dinafikan..Tapi perasan atau tidak, semakin maju kita semakin banyak dugaan yang datang..macam2 gejala yang timbul kan..bukannya kemajuan itu x bagus, tapi alangkah baiknya kalau kemajuan kita ini seimbang dalam semua segi..betul x?
Apa pun, kita serahkan pada yang lebih arif tentang pentadbiran negara kita ni untuk menanganinya..dan selaku rakyat, tanggungjawab kita pulak ialah turut sama membantu ke arah mencapai matlamat negara kita..wujudkan SATU MALAYSIA!
Kibarkan Jalur Gemilang!!

Kepada semua pejuang2 kemerdekaan,

Terima kasih di atas bakti dan semangat juang yang telah dicurahkan..disebabkan perjuangan hebat itu kami berpeluang merasai kemakmuran yang ada sekarang..Semoga anda semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t..

Kepada semua rakyat Malaysia,

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52..Semoga Malaysia akan lebih makmur, aman damai dan sejahtera sentiasa..

Dah lengkap!

Saturday, August 29, 2009
AKHIRNYA!!!..Last thursday aku pegi KMC (Kedah Medical Centre) ngan Naufal, mak aku and 2 anak sedara ku yang sibuk nak ikut...hahaha!! Tujuannya ialah untuk settlekan scheduled immunisation or vaccination needed for Naufal..H, yang lain tu tukang teman ok!..ya lah, selepas berapa kali tertangguh..akhirnya selesai sudah siri imminusation untuk dia..so now, dia punya injection untuk vaccine semua completed already..alhamdulillah..

Selesai sudah!
Pegi sana awal la jugak tapi disebabkan orang yang ramai..makanya, dah dekat kui 12.30 baru everything settled..Jenuh jugak melayan si Naufal sebab before dia punya turn, x hingat punya ligat dia main kat waiting hall level 2 tu..riuh rendah ngan suara dia ja..
Memula tu aku risau jugak nak bawak Naufal ke sana...serba salah ja rasa..nak pegi takut jugak dengan kes H1N1 tu..tapi kalau x pergi, then macam mana ngan scheduled immuniisation tu pulak kan...Sudahnya, lepas dipertimbangkan..aku pun tawakal ja lah..redah jer!!

Erm, actually kan..rasa lawak pun ada jugak masa kat sana..ya la, lawak bila aku pakaikan Naufal mask tu..ya la, for us macam some sort of protection la untuk dia kan..nak2 lagi tempat tu kan open area..kenalah alert skit..precaution kan..
At first dia memang menyerah ja..menurut perintah! tapi bila dah lama sangat menunggu, mask ke mana..dia ke mana..budak2 kan..biasalah..hahaha!! Kita yang tua ni pun kalau pakai lama2 rasa rimas inikan pulak budak2 macam Naufal tu..! Ya x?


Time tengah ok lagi nih!

Hilang sudah!

Apa pun aku dah lega sebab setidak-tidaknya, 1 hal dah settled..x la rasa risau sangat like before..hehehe!!

Alhamdulillah..akhirnya!

Saturday, August 22, 2009
Dengar sini orang kampunggg!!! Alhamdulillah aku dah selamat sampai di tanah kelahiran terchenta..Kemarin (semalam da..) lepas sekolah, siap barang skit..ambik naufal kat nursery then terus gerak..diriku ini dengan nekadnya balik kampung berdua dengan co-pilot ku yang kecik itu..hahaha!!
Alhamdulullah..sepanjang perjalanan Naufal memberikan kerjasama yang bagus..Agak2 dia boring tu aku stop jap kat hentian..rest jap, then sambung balik..Tapi jangan x tau ya rakan2, kereta aku dah jadi macam tempat apa ntah..apa tidaknya kan..dengan airnya, roti, biscuits, snacks..coco-crunch..pendek kata, macam2 ada!!
Dah dekat alor setar dah baru Naufal macam dah x tahan..x nak dok kat seat dia dah..dia nak nyempit kat tengah2..nasib baik ada tempat letak tangan in between tu..kalau x jenuh aku..hehehe!! Tapi tu la..punyalah focus+ nervous dengan trip nih..satu habuk pic pun aku x ambik..kalau x, bleh upload kat sini..bleh tengok gaya Naufal yang macam2..hehehe!!
However, aku upload gak pic Naufal on his car seat..Gambar nie lebih kurang la ngan aksi2 dia masa kat dalam keta tadi..Tapi these pictures taken few days before kami balik kg..masa nie aku ambik dia kat nursery..:)


Muka serious x hingat..al maklum lah, baru bangun tidoq!

Sadis ku rasa..

Wednesday, August 12, 2009
X sukaaaaa!!! Kenapa?..Kisahnya, dok plan cantik punya nak balik sambut puasa kat Kedah cuti sekolah nih..Kiranya sekali la satu family sebab b4 this Hubby kata dapat balik b4 puasa ni..Tapi apa kan daya..Tadi dapat kol from him stating x dapat balik coz kena continue dengan job yang x siap b4 this..sadis weii..frust pun ada nie..Masa aku dapat kol from him tadi lebih kurang pukul 10.30 gitu..dan bermula detik itu tergugat lah mood aku nie sepanjang hari..sampai skarang ni hah! huhuhu!!
Bukan apa sebenarnya, last year x dapat balik kedah masa puasa..betui, sekali pun x sempat sebab dia offshore jugak and kebetulan waktu tu aku pun x cuti..so, this year ingat dapat la balik kampung sesama..rasa puasa kat sana..memang la aku mungkin akan balik jugak sebab cuti sekolah, tapi kalau ada Hubby kan lain skit rasa kan..baru rasa complete la gitu..
Aku ni kan,rasa marah pun ada..sedih pun ada..kesian pun ada jugak..kiranya macam2 la..tapi lagi terasa sakit hati nih sebab x bleh nak buat apa..ya x? Itu sebab aku dah cakap tadi kat Hubby..nak buat macam mana bang, dah keja..x suka pun kena terima jugak la..alahaiiiiii....!!! Aku pun x mau dia stress kat sana just sebab x bleh balik ni..Lagipun, InsyaAllah i can manage..Have to la kan..Nak buat macam mana lagi dah..
So, sekarang nie aku tengah cari solution la nak balik kampung cane..
1) Drive kah?
Kalau drive..aku sorang je, x heran la sebab selalu aku buat..ni dengan si kecik ni sekali..ishhh! memang la dia bleh dok kat seat tapi x boring ka dia nanti..lama jugak tu..x kan aku nak rempit pulak kan
2) Naik flight kah?
Sebenarnya kan..ish, malu nih weiii..Aku x pernah nek flight!!! Tapi memang nak try jugak sebab so far bila plan mesti x jadi..hahaha!!
3) Or x lepak KL je..
Alahaii..sure sedey gila dok seminggu kat sini..Sure jeles ja nanti kalau member2 cita depa balik kampung..huh! Udahla cuti, puasa lagi..Aku berdua ngan Naufal jer..boring..ishhh..ishhhh!!
**** Maka, apakah? Any suggestion? ****

Ujian Bulanan..

Tuesday, August 11, 2009
Hem..arini pupils dah start their 2nd monthly test..starting 11hb until 13hb nih..hopefully they all bleh jawab semua papers tu..early in the morning tadi aku dah kena 'jaga' satu kelas untuk paper BM(Pemahaman)..so, sekarang nie aku rest la..after resest nanti baru straingt on duty sampai balik.. :)
Tenang..tekun menjawab soalan..
Fokus..fokus..dan fokus..!
Walaupun suasana x secure (ancaman kesihatan gitu kan)..tetap bersemangat..!

Hactic sangat!!

Monday, August 10, 2009
Last wik memang memenatkan weh..maunya x..straight keja !! Kisahnya kan..on Saturday tu pihak sekolah adakan ceramah "Guru Cemerlang" then Saunday tu aku ada SBT pulak.. So, Satuday morning tu aku terpaksalah hantar Naufal kat nursery lagi..sian.. :(

Habis ceramah, aku terus balik..dalam pukul 2 lebih tu aku amik dia..itu pun after aku settle bershopping barang2 dapur..barang-barang kelengkapan Naufal..hehehe!! Memula tu ingat nak bawak dia sekali tapi teringatkan kes2 H1N1 tu..terus kensel!!
Lagipun aku dah dapat agak..time tu dia mesti tgh tido..jadi x nak la ganggu dia kan...karang mengamuk pulak..aku jugak yang susah nanti..hehehe!! Sebenarnya, aku x pernah bawak Naufal everytime aku ada kelas..tapi last Sunday tu aku malas nak hantar dia ke nursery tu..bukan la berkira nak bayar OT sebab Sunday nursery tutup, tapi aku macam rasa kesian ja kat Naufal..x kan nak biar dia sesorang kat situ..ya x?
Sudahnya, aku bawak dia skali ke sekolah..hahaha!! actually kan, b4 this Naufal x nak duduk kat carseat..masa baby dulu ja dia nak..then 11 months onwords tu x nak dah..tapi semalam tu aku tawakal je,letak jugak..and suprisingly, dia ok ja..behave sangat..dan aku pun apa lagi kan..dapat lah drive dengan tenang..;)



Ni masa Naufal 9-11 months dulu..behave lagi waktu nih..hehehe!!

Semalam kelas aku tu 4 hrs.. alhamdulillah Naufal x buat perangai sangat..dia buat hal sendiri ja..main sakan..nak pulak ada yang rajin melayan kan..naik tocang la dia..bayangkan, dari pukui 7.20 dia bangun, sampai la kul 12.30 tu baru dia tidoq..habis kelas, masuk dalam keta..terus dia tido sampailah balik umah..sampai pukul 2.30 lebih baru dia bangun balik..hahaha!! memang nampak sangatlah dia letih!..


Aksi Naufal kat kelas mama!
**** Nasib baik la itu kelas yang last..kalau x, sian la Naufal.. ;) ****

Apa itu Jerebu?

Thursday, August 6, 2009

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti
asap.


Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.


Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU/Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak.
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal


Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan


*** Ihsan dari Internet: Wikipedia-Jerubu*** :)

Risau.. :(

Pagi tadi masa on the way nak ke sekolah..sempat dengar berita.."Kadar IPU jerebu di beberapa tempat berada dalam paras bahaya.." Dengar lagi.."Kawasan2 tersebut antaranya, di Kuala Selangor, ....." Huh, Kuala Selangor?..Dekat la tu..dekat sangat la dengan aku..bahaya!
Memang tau, kalau pagi kan dah kul 7.30 pagi tapi still macam pukul 6.00 lebih..drive pun x nampak..berkabut sangat..gelap je..macam nak hujan pun ada jugak..Ish, risau la sekarang nie kan..Macam-macam yang melanda kita nih..Mana dengan H1N1 yang dah semakin merebak..Kalau x salah, latest pagi tadi aku dengar dah 13 orang terkorban..
Sudahnya hal H1N1 belum reda..Nie dah tambah dengan masalah Jerebu pulak..memand teruk betul cuacanya..macam mana la x demam, batuk, selsema..cuaca dah x menentu gitu..udara pun x bersih..huhuhu :( Aku bukan apa, risaukan si Naufal tu jugak sbenarnya..Dia tu kalau kena selsema..susah sangat nak baik..sekarang nie dok batuk..dah ambik ubat tapi x hilang2 lagi..ish! Bila dah dengar macam-macam nie rasa x best la..Nak jalan2 pun rasa nak kena berjaga-jaga..Hati pun sentiasa rasa x secure..ya x?

A gift, a suprise!

Wednesday, August 5, 2009
Ops, lupa pulak aku nak update kat sini..hehehe!! Ingat x ada entry lepas pasal jam tangan yang kununnya rosak tapi x jadi tu..Ha,last wik masa Hubby balik dia ada bagi present..suprise katanya..Tapi, presentnya tu lain skit dari apa yang aku spot..walaupun x terpikir dek kepala otak aku, tapi aku tetap suka..tetap menerima dengan tangan (kalau x jatuh plak karang!) dan hati terbuka (ai..dah suka memang la terbuka hati kan)..hahaha!! Nak tau apa?
Jeng3!! Ni hah si merah menyala.. :)
Tanya gak dengan hubby kenapa merah?..Aku garang ker? hehehe!!! Tapi kata hubby, warna yang aku suka tu x da stock..habis, so merah ja at that particular time yang ada..lagipun pada mata dia compare dengan warna lain..this is the best choice!


Merah pun ok apa! Berani gitu, hahaha!! Erm, actually aku x kisah sangat bab warna nie sebab pada aku apa saja yang Hubby bagi aku tetap suka..:) Thanks, abang! Tanya jugak kenapa laptop?
Dia jawap antara sebabnya ialah:
  • saja suka2..
  • laptop aku dah lama..outdated + suka rosak!! huh!..
  • yang nie ringan skit..senang nak usung sana sini..
  • yang nie advanced skit.."Yang kan suka berblog, bleh update bebila ja" hehehe!!..
Memang betul jugak apa yang Hubby kata tu..laptop aku yang lama tu memang banyak problem lately..Antaranya:
  • kekadang tu tengah buat kerja, padam tiba2..
  • cepat panas..guna sekejap jer dah panas..kalau guna cooler tu baru ok skit..
  • kabel pun problem, seingat aku dah 3 kali aku tukar dianye kabel..
  • suka hang..tensen!
***To Hubby: Thanks abang sebab belikan laptop baru..sayang abang!! ;) ***

Kembali ceria!

Alhamdulillah..segalanya sudah selesai..Now dah back to KL semula..My Hubby pun dah balik offshore..Alhamdulillah, demam dia pun x da dah..Ok, lupakan yang tu kejap sebab the best part sekarang ni is about Naufal..

Macam nie..Isnin lepas, on the way balik from Kedah tu singgah Ipoh jap..Niat di hati nak tengok Naufal..dah lama x jumpa..Tapi tu la..lain dirancang lain pulak yang jadi..instead of just visiting, alih2 terus ambik Naufal bawak balik KL..drastik sangat! Actually aku pun terkejut ngan decision hubby tu..sebab tiba2 ja..


Bila aku tanya dia cakap:
Aku:
Eh, kenapa bang..Betul ke ni bang..?
Hubby:
Betul la..Abg rindu sangat ngn Naufal..Nak stay lama skit..Nak tido ngan dia..
Aku:
:) sweet ja rasa
Hubby:
Lagi pun Abg sian dengan Yang..malam2 nangis..teringat Naufal..Abg dah jauh..
Aku:
La..Yang ok..(dalam hati touching nya..)
Hubby:
X pa Yang..Abg tau..Kita bawak balik yek..
Aku:
angguk kepala dan :)


Masa tu aku rasa macam nak lompat ja..seronok sangat rasa..sebab b4 this Hubby aku macam x setuju aku hantar kat nursery..bukan apa, dia rasa Naufal lebih terjaga di kampung, compare dengan duduk kat nursery..Selain nursery, we all kalau boleh nak hantar rumah pengasuh, tapi kat area aku nie x da orangnya..yang dekat umah aku tu, dia dah jaga 11 orang..x kan la aku nak tambah sorang lagi..kesian pulak Naufal nanti..

Berbalik pada cerita bawak balik Naufal td..Masa tengah packing2 barang tu mak mertua aku tetiba ja nangis..aku x pelik la bab tu sebab aku tau..dia mesti susah nak lepaskan Naufal sebab dah lama Naufal duduk dengan they all kan..memang la sedey..dan pada aku pulak, sebenarnya bila tengok keadaan tu rasa bersalah pun ada..aku faham perasaan sedey tu macam mana..

Tapi, aku kat tengah2..sian dekat Hubby sebab kadang2 bila dia balik, Naufal kat kampung..nak jengok cuti sekejap..x sempat..dia sedey..then kesian dekat mak mertua sebab dia pun dah sedey, sayang nak lepas Naufal balik.. :( Aku siap tanya Hubby lagi..betul ker x tindakan kami ni..Tapi, kata Hubby..Kalau x sekarang bila lagi..nanti lagi susah nak lepaskan..jadi, baik sekarang..makanya aku ikut la kata dia..



Gambar terbaru Naufal..taken last tuesday.. ;)
So, sekarang life aku semakin terisi balik sebab Naufal ada sama ngan aku..secara automatiknya, aku x sendiri lagi di KL ni..ada Naufal temankan..dan pasnie kalau Hubby balik, x da masalah lagi sebab Naufal dah stay sekali ngan aku..yeayyy!! InsyaAllah, walau sesibuk mana pun lepas nie, aku akan cuba buat yang terbaik demi Naufal..ok, sayang!! Ops, lupa pulak..kat umah aku sekarang ada sorang lagi la..Si Faten! Kebetulan dia pun dah dapat job kat KL..so, tambah lagi sorang kat umah..:) aku suka!!
By the way, arini 1st day Naufal kat nursery..masa aku hantar pagi tadi dia nangis..(pagi tadi aku dah syahdu wei bila dengar..dia kata "ma, itut.." sambil nangis..huhuhu!!) Ya Allah, kuatkanlah hatiku ni..erm, think +ve la kan..maybe dia x biasa lagi kat sana..hopefully, lepas nie dia ok.. :) InsyaAllah..






Dia sudah tiada..

Sunday, August 2, 2009
Aku baru saja kehilangan insan tersayang :( ..Semalam masa tengah dok sibuk usya2 barang suddenly received a called from my in laws..saying that tok aku dah x ada..erm, few days back mak memang ada cakap tok aku tu dah nampak uzur sangat..tapi x sangka la pulak dia akan pergi dalam tempoh terdekat nie..
Sebabnya, b4 aku dapat berita tu aku baru jer ckp ngan my sister in law yang tengah on the way balik to my kampung..sembang2 pasai nak balik kampung tengok tok..then, letak je phone x sampai 2 minit..she called again dan cakap tok dah x da..cepat sangat rasanya.. :(
Tapi kita nak buat macam mana kan..tok pun dah tua, dah 84 tahun dah..meninggal sakit tua la kiranya..apa pun semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..InsyaAllah..
Al-fatihah kepada nenda tercinta..
Hajjah Romlah binti Awang
..yang telah kembali kerahmatullah pada hari sabtu..jam 8 malam..semoga rohnya dicucuri rahmat..aminnnn...