Mama rindu Naufal :(

Sunday, June 28, 2009
Huhuhu..rindu la..kisahnya, last monday aku hantar Naufal balik kg, balik Ipoh..uhuk! uhuk!!terpaksa, nak buat macam mana..dia x berapa sihat..dan kebetulan aku pun ada masalah yang nak diuruskan sikit kat sini..so, supaya sakit dia tu x melarat, jalan terbaik hantar dia balik kg sat..dok ngan opah n wan dia..
Before this, Naufal dok nursery..tapi tau sajalah, bila kat nursery bukan semua attention dekat dia kan..kesian..masalah lagi jugak sebab si Naufal nie kalau selsema memang susah sangat nak hilang..kadang2 melarat-larat ..huhuhu!
Rindu?? Ya Allah, memang x payah cakap la rindunya aku kat dia..sebab sebelum nie aku x pernah pin berjauh dari dia..nak tidoq tgk muka dia..bangun tidoq pun tgk muka dia..Abahnya?? ala..dengan si abah tu dah selalu..so, x la heran sangat (jangan marah ya suamiku!)..hahaha!! Disebabkan penangan Naufal nie sampai x lena tidoq dibuatnya..siap ambik baju yang dia dah pakai tu simpan..buat hilang rindu, huhuhu!!!
Dah dekat seminggu Naufal kat kampung..aku dah bleh adjust skit2..walaupun rindu teramat sangat..nak x nak aku relakan jugak..sampai kena sibukkan diri buat reja walaupun kekadang x la ada reja sangat pun..bukannya apa, supaya aku x teringat sangat..sebab kalau teringat asik nak meraung ja..uuuwaaaaaaaaa!!!!!
Naufal, mama rinduuuuu Naufal!!!

Aku suka..

Friday, June 26, 2009
TAK MUNGKIN KERANA SAYANG
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
** Cop!!! Jangan speculate apa2 ok..ntah, x tau kenapa lately aku suka dengar lagu nie..sedapkan la pada aku..hehehe!!

Zoo Negara...

Wednesday, June 24, 2009
Last week, day after pegi genting kami bawak Naufal pegi jalan2 lagi..kali ni pegi kat zoo pulak..dia x pernah pegi sana lagi..tu yang bila sampai sana ja..dapat tengok banyak binatang..kagum ja muka dia..tapi tu la, bila nak amik gambar diamacam hesitate skit sebab takut..hahaha!!!

First time Naufal pegi Zoo..best oooo!!!

Few animals yang ada kat zoo tu..

Banyak binatang??..Dah namanya pun zoo kan..mestila banyak binatang2 yang ada kat sana tu..yang pelik2, yang x pernah jumpa pun ada..cuma tu la, ada jugak few tempat kat dalam zoo tu yang under renovation..so, close temporary.. :(
Antara view yang sempat kami capture..

Mama ngn abah yang c-buk!

Jangan katakan Naufal yang kagum..mak bapak dia pun macam jakun jugak sebenarnya..hahaha!..Iyalah, dah tua2 ni baru p zoo..so, kami pun excited macam Naufal jugak..hehehe!! Last time p zoo masa zaman2 belajaq dulu..Lama dah tu kan..Aritu x lama pun kat zoo sebab mendung..takut hujan.. :(

Tengok Naufal tu...bersungguh-sungguh!
Nasib baik jugak kami decide nak balik awal sebab masuk ja dalam kereta, terus hujan turun..kalau lambat sikit ja alamatnya jalan dalam hujan la kami..hehehe!!...nasib..nasib..So, pada sesapa yang nak bawak anak jalan..rasanya, Zoo pun would be great kan..Kiranya, sambil jalan-jalan kat zoo tu bleh jugak stimulate ur child's mind which is good for them...betul x?

......Selamat Melawat Zoo Negara.....



Genting lagi!

Last weekend hubby balik..tak tau nak pegi mana tetiba ja bangun pagi ajak pegi genting..memula aku ajak pegi cameron tapi hubby said pegi sekejap je..balik hari macam x berbaloi..so, lastly decide pegi Genting..kira ok la coz last sekali pegi masa Naufal 8 months old..
Genting Highland Theme Park

This time pegi best skit sebab banyak benda Naufal dah bleh naik..dah bleh main..masa pegi dulu naik cawan yang pusing2 tu je..selebihnya dia tidoq..hahaha!!!! tapi tu la, bleh tahan lasak jugak dia..nak jalan sendiri..At first x nak naik apa, nangis..maybe dia takut kot..tapi dah lama sikit, terus nampak belang dia..hahaha!!
Faces of Naufal
The Pilot and his Co..Naufal ngan abah naik jet..
Berenti kat playground.."Pukui dia Abah!"
Puas jugak sebenarnya melayan hero nan sorang ni..nasib baik ada epul n faten (member kitaorang) yang sama2 join this trip.. They all pun sama2 melayan kerenah si awang kenit tu..dah puas ngan mama n abah, bermanja ngan uncle n aunty pulak (bukan kak ya Faten!)..thanks to both of them jugak sebab sabar dengan 'pay-l' Naufal..
Posing Naufal ngan Abah
My Little Bodyguard..Naufal dengan Mama pulak..
Masa kami p tu ramai org sangat coz weeked kan..biasalah!..Nak lagi kami pun sampai sana pun dah dekat kul 12..so, sah2 dah ramai org sampai dulu..hahaha!! Luckily this time p sana ada banyak performances..sempat jugak tengok red-Indian punya show..the clowns..few street games..n banyak lagilah!..tapi satu ja yang aku macam ralat skit sebab..niat di hati nak dapatkan Naufal balloon from the clown..tapi tunggu punya tunggu x jugak dapat..si badut asyik bagi dekat chinese2 people ja (no offence ok!)..so,sedey..huhuhu!
Keluarga kecil aku..hehehe!!

The old couple..R we abang?...hahaha!!!

We enjoy ourselves to the max tau..sebab chance x datang selalu..akibatnya, bila balik ja semua terbungkang kat umah..termasuklah si Naufal..hahaha!..Letih but puas hati..yea,yea!!So, once again we all berjaya spend our precious, short time together..successfully! Aku sangatlah suka!!!

**erm..terpikir pulak..next time nak p mana yek..?** :p

Singgahan penuh makna.. :)

Wednesday, June 17, 2009
Actually aku dah lama nak masukkan entri nie..tapi lately bz skit sebab kat sekolah ada banyak activities..kat umah pulak, bz ngan naufal..a-ah,naufal dah start duduk nursery..x tau la mcm mana..but setakat hari nie, setiap kali aku hantar ke sana ja mesti dia nangis..sian rasa..dah tu aku pun nangis sama..sudahnya jadi syahdu dah pagi2..huhuhu!!
Enough dengan part sedih2..like what we've noticed last week kan cuti sekolah..Aku balik kg mcm biasa lah..X dak jalan memana sangat pun..kot2 dekat ja coz granny x sihat so, most of the time lepak umah ja..rest!

Dah puas cuti, we decided balik KL on saturday..niat di hati nak bertolak awal, seawal pukul 8 pagi gitu..alih2 dekat kul 10 baru gerak..(aku nih, tetiba terasa sangatlah syahdunya masa nak balik tu..huhuhu!) Plan asal tu nak cepat skit sampai KL sebab hubby nak balik t'ganu pulak, esok tu dia keja.. :( sian la kat dia kalau sampai KL lambat..

So, back to the topic..dah dekat sampai Penang tetiba hubby kata nak singgah situ kejap..teringin nak makan pasembor pulak..huh? tu la..actually, dah banyak kali dia dok teringin nak makan pasembor tu tapi setiap kali tu jugak apa yang diplan mesti x jadi..hahaha!! luckily for him, this time merasa la dia pasembor tu..

Masa on the way ke seberang..

Medan kota, dekat kedai pasembor..nyummy!

Our small family

Aku posing sorang2 while the abah bz with his Jr.


Kat Penang sana 2 x lama pun..3-4 hours ja..tapi sempat la jugak jalan2 kat feringgi jap, makan kat padang kota jap.. lainnya enjoy naik feri ja..Naufal la yang seronok lebih..masa 1st time bawak dulu dia kecik lagi..so most of the time dia diam ja but this time, lain skit..bising! hahaha!!! selalu tengok lori..bas..alih2 kali nie feri...hehehe!!

Posing mama ngan Naufal

Turn abah pulak ngan Naufal

Yang paling best sekali bila tengok keletah Naufal..macam2 aksi dia kat dalam keta..bila letih dia tido..dah recharge dia enegetic balik..tunggang terbalik keadaan dalam kereta..

Antara aksi2 Naufal yang sempat aku capture..

Walaupun x lama, tapi aku dah cukup bersyukur sebab setidak-tidaknya kami dapat jugak luangkan masa as a family..bukan apa quality time bukan senang nak dapat, so bila dah ada peluang better gunakan sebaiknya..ya x? Hopefully, next time bleh jalan2 lagi..

Selamat Hari Bapa

Kalau bulan lepas meriah dengan sambutan hari ibu, jadi dis month giliran bapak2..ayah2, walid2, papa2, daddy2 dan yang sewaktu dengannya lah pulak yer..bukanlah maknanya bulan2 lain tu x best..x la macam tu kan..it just that dis month would be happier la sebab dis month kita sambut hari bapa!
Macam mak2, ibu2, mama2, mummy2 kita..jasa ayah or bapa pun tak kurang hebatnya..di situ terpikul tanggungjawab yang sama besarnya sebab ayah atau bapa adalah kepala keluarga..kiranya kepala kuasa gitu..tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga bukan sesuatu yang mudah dan boleh kita tengok sebelah mata ja kan..kalau ibu2 mendidik anak di rumah, ayah pulak kena keluaq cari rezeki di luar..jadi, jasa kaum bapa jugak x ternilai kan..

Suamiku..cewwwaaahh!! ;)


"Abang, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini..Semoga kita bahagia hingga ke akhir hayat..I luv u so much!!"

Ayah, Hj. Zainul..


"Terima kasih di atas nasihat, tunjuk ajar, kasih sayang dan segala-galanya..Pengorbanan dan jasa ayah x akan dapat dibalas sampai ke hujung nyawa..Sayang ayah!!"


Abah, Mohd Saad.. mertuaku!

"Encik polis nih, hehehe!! Terima kasih kerana memahami dan menerima diri ini seadanya..Sayang abah jugak!"
Juga...kepada semua kaum bapa x kira la kat mana sekali pun, Selamat Menyambut Hari Bapa or Hari Ayah..Semoga kalian semua berbahagia, bergumbira dan sentiasa dirahmati oleh Nya..Amin..




Kursus, kursus dan kursus......

Tuesday, June 2, 2009
Erm..akhirnya selesai jugak kursus 3 hari yang compulsory tu (kunun!)..Last 2 day, course was held kat Samat..tapi the last day, which is today course was held kat other skul..Kenapa kat tempat lain?.. sebab facilities kat sekolah nie a bit better then my school :(
multi reaction..?
Course today kena guna internet..kalau kat sekolah aku di sana nun, computers mostly not in good condition..lebih banyak rosak dari yang sempurna..habih, macam mana kan?..lagipun x dak wireless service..so, lagi susah la..

EduWebTv
Actually, kat sini(tempat dirahsiakan atas sebab menjaga nama baik peminjam ok) pun x semua computers bleh guna..tapi x terjejas sangat course coz ramai cekgu2 yang bawak laptop+broadband sendiri..contohnya diriku ini,hehehe!! Kiranya, yang x dak laptop tu bleh share guna desktop sek ni.. :)

Buang masa!
Overall, today's course lah yang paling best..hehehe!! ni pada aku lah ya, orang lain mungkin lain opinionnya..x gitu? sebabnya, course harini macam relax skit..past 2 days macam pening skit..headcount+kajian tindakan..huhuhu!! aku tensen sebab masa headcount tu dah half way, lappy aku buat hal..terus effected my whole day..huhuhu!!

Headcount

After this there'll be no more courese..good new kan?..hehehe..Apa pun, i did enjoy myself walaupun kekadang rasa x best..:p

Punca Kesesatan

Monday, June 1, 2009
AL-QURAN memberitahu, kejahatan muncul melalui tiga jalan iaitu mengikut kemahuan sendiri, nenek moyang tanpa berfikir dan kepatuhan bukan kepada Allah.Jalan pertama ialah kemahuan diri sendiri. "Kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu dengan tidak mendapat petunjuk Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.(al-Quran, surah al-Qasas: Ayat 50)

Maksud ayat di atas memberikan erti faktor terbesar penyebab kesesatan manusia adalah dorongan hawa nafsu sendiri. Sama sekali tidak mungkin bagi seseorang untuk menjadi hamba Allah, sedangkan dia masih menuruti hawa nafsunya. Dia akan terus memikirkan pekerjaan yang mendatangkan wang, usaha yang membawa kemasyhuran dan penghormatan kepada dirinya, bahkan mengejar apa saja memberikan kesenangan dan kepuasan.
Pendeknya, orang terbabit sanggup menempuh segala rintangan dengan pelbagai cara untuk mencapai tujuan terbabit, tanpa mempedulikan larangan Allah.Mereka tidak teragak-agak menipu, rasuah dan manipulasi asalkan kehendak nafsunya tercapai.Bagi orang ini, perintah tinggal perintah. Jadi, Tuhan bagi orang seperti itu ialah dirinya sendiri, bukannya Allah Yang Maha Agung. "Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqan: Ayat 43-44)
Menjadi hamba hawa nafsu adalah lebih jelek daripada menjadi haiwan. Jika melihat alam haiwan, tiada seekor pun yang mahu melanggar batas ditetapkan, bahkan rantaian kehidupannya hanya melaksanakan peranan yang ditentukan Allah.Tetapi manusia yang mempunyai segala-galanya apabila sudah menjadi hamba nafsu akan melakukan tindakan yang lebih 'hebat' bahkan membuatkan syaitan 'gementar.'
Jalan kedua menuju kesesatan ialah menuruti adat kebiasaan, kepercayaan dan pemikiran, malah amalan dan upacara kuno nenek moyang secara membuta tuli dan menganggap ia lebih penting daripada perintah Allah.Apabila perintah Allah dibacakan, orang yang suka menjadi pak turut nenek moyang akan bersikap keras dan hanya melakukan amalan biasa.Bagaimana orang yang terkena penyakit ini akan dapat menjadi hamba Allah? Tuhannya adalah nenek moyang, kaum keluarga dan suku bangsanya. Apakah hak bagi dirinya untuk mendakwa yang dia adalah hamba Allah?"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Turutlah apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: (tidak), bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami lakukannya. Patutkah (diikut) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham suatu apapun."(Surah al-Baqarah: Ayat 170)
Jahatnya kesesatan itu adalah sedemikian rupa, sehingga semua orang menjadi dungu di setiap zaman akibat terkena cengkamannya. Kepada anak cucu diingatkan menjaga pantang larang, kononnya mengelak musibah.Tetapi sebenarnya kesesatan menuruti kepercayaan karut marut nenek moyang itulah musibah terbesar, cuma ia tidak dimengertikan. Kesesatan mencegah mereka menerima petunjuk dari Allah, sehingga yang terang lagi bersuluh tidak kelihatan. Ketika Nabi Musa a.s mengajak kaumnya mengikuti syariat Allah, mereka menjawab: "Apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya?" (Surah Yunus: Ayat 78)
Jalan ketiga menuju kesesatan ialah kepatuhan kepada selain Allah, seperti mengikuti setiap kata dan perintah manusia yang jelas menyisihkan perintah Allah."Dan jika engkau menurut kebanyakan orang di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."(Surah al-An'am: Ayat 116)Maksud ayat di atas memberikan penjelasan bahawa manusia hanya boleh berada di jalan lurus apabila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan yang satu.

Petikan dari..Harian Metro...

P/s: Tetiba rasa insaf ja..